" Aku bagi korang kepercayaan untuk jaga anak aku ! Kau tengok harini apa jadi dekat dia ? Korang semua buat kerja ke tak ?! " kuat suara Dato Arez menyinga di ruang tamu rumah besar itu
Dia memerahi Rei , Azri dan Sara yang menunduk berdiri di hadapannya itu . Datin Arna dan Aeriq kekal disebelah Dato Arez memandang mereka
" Rei ! Apa kau buat ? Kau kata kau nak jaga dia , sekarang ? Dia yang terlantar dekat hospital . Kau tak jaga dia elok-elok ke ?! " kalini Dato Arez memandang tajam ke arah Rei
" Saya lindungi dia sehabis baik , maaf . Saya tak sedar kereta Hairi langgar saya " jawab Rei tenang kepadanya
" Dah lah tu .. semua dah jadi . Rei dah cuba jaga adik dengan baik , benda nak jadi kita boleh buat apa ? " Aeriq bersuara pula , dia mahu redakan keadaan
" Dia tak alert dengan keadaan . Aku bayar kau untuk jaga anak aku Rei , untuk lindugi dia . Kau yang patut berada dekat hospital tu bukannya anak aku ! " suara Dato Arez meninggi semula
" You ? Sedar tak apa yang you tengah cakap ni ? " Datin Arna menyampuk apabila terasa kata Dato Arez itu seperti berlebihan
" Maaf dato . Kami dah cuba jaga dia dengan baik , tapi Dato kena ingat .. bukan anak Dato saja yang kemalangan tadi " Azri pula bersuara dengan mata memandang ke arah Dato Arez
" Rei pun kemalangan sama . Dato tak tahu betapa risaunya dia pada Aeris waktu tu .. ini bukan melibatkan nyawa Aeris sahaja tapi nyawa Rei sekali . " sambung Azri lagi
Dato Arez hilang kata mendengarnya , dia sedar dia keterlaluan .. dia terlalu ikutkan perasaan
" Selama 2 tahun dia perhatikan dan jaga Aeris dari jauh . Dia yang pastikan Aeris tu selamat .. walaupun dia hanya perhati dari jauh "
Dato Arez meraup wajahnya . Wajah Rei dipandang , dia dapat lihat wajah kecewa lelaki itu .
Tanpa kata Dato Arez berlalu dan naik ke atas untuk masuk ke biliknya . Datin Arna yang melihat itu mengeluh kecil sebelum memandang wajah mereka semula
" Saya minta maaf bagi pihak Dato , dia terlalu risaukan Aeris . Kami tahu korang semua dah buat yang terbaik untuk jagakan Aeris " kata Aeriq kepada mereka . Dia menghampiri Re sebelum bahu lelaki itu disentuhnya
" Thank you for protected my sister .. and for loving her . " kata Aeriq serta senyum kecil . Bahu Rei ditepuk beberapa kali
" Kamu semua boleh balik . Maaf atas sikap Dato hari ni " kata Datin Arna
.
Rei berjalan agak laju untuk masuk ke wad Aeris . Apabila sudah berada di hadapan pintu wad Aeris itu terus pintu dibukanya dan membulat matanya melihat Aeris yang sudah duduk dan bersandar di katil hospital itu
" Love ! Kau dah bangun ? Kau okay tak ? Kau nak makan ? Aku boleh belikan " bertubi-tubi Rei bertanya , dia menghampiri gadis itu yang tampak bingung
" K-kau siapa ? "
Rei terdiam . Tak mungkin .. Aeris lupakan dirinya juga ?
" Aeris .. Ae-Aeris kau bergurau kan ? K-kau main-main kan ? Kau ingat aku kan ? " suara Rei bergetar bertanya kepada Aeris
Aeris mengerut dahinya kecil sebelum memegang kepalanya yang berbalut itu " Sa-saya kat mana ni ? Kenapa saya dekat sini ? "
" Love , kau tak ingat ? Kita kemalangan , k-kau tak sedarkan diri . Aeris .. Aeris kau ingat aku kan? " Rei meraih tangan Aeris dan dipegangnya namun Aeris menarik tangannya semula
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...