Aeris dan Rei masing-masing diam sahaja berjalan bersama . Mereka baru keluar daripada hutan itu , kalau diikutkan tiada lah dalam mana . Aeris sahaja yang sesat hari tu
" Kau nak bawak aku pergi mana ni Aeris ? " tanya Rei setelah mereka berdiam diri dari tadi
" Ikut jelah " balas Aeris
Rei diam sahaja selepas itu dan ikut sahaja ke mana Aeris pergi . Aeris membetulkan masknya sebelum dia sudah nampak kedai yan dia mahu pergi itu .
" Kau yang nak sangat kahwin dengan aku . Pandai-pandailah kau usaha jawab depan mak ayah aku " kata Aeris kepada Rei sebelum dia mula berjalan meninggalkan Rei sendiri
Rei mengikut Aeris sebelum dia agak pelik Aeris masuk ke dalam kedai yang menjual pakaian tuxedo lelaki . Aeris melohat semuanya sebelum dia mencapai satu tuxedo lengkap dan dibawa ke kaunter
" Eh kau nak buat apa ? " tanya Rei apabila melihat Aeris sudah membawa baju itu ke kaunter
Aeris meletakkan baju itu ke atas kaunter . Perempuan cashier itu melihat tag harga sebelum leohat Aeris semula
Aeris mengeluh .. sudah tahu apa yang orang ini fikirkan
" Er tuxedo ni RM15,000 , cik .. boleh bayar ? " tanya perempuan itu dengan wajah yang tidsk yakin dengan Aeris
Aeris terus menyeluk ke dalam beg duitnya sebelum satu kad dibawa keluar dan diberi kepada perempuan itu
Gadis itu mengemam bibirnys apabila melihat kad kredit itu sebelum dia senyum kepada Aeris namun hanya mendapat jelingan kecil daripada Aeris
Selalu dah macam ni . Malas dah nak layan .
" Aeris kau buat apa ni ? " tanya Rei lagi sekali
" Diam jelah " balas Aeris
" Tak bagitahu aku , kau nak buat apa dengan baju tu ? " tanya Rei lagi
" Terima kasih ya cik , datang lagi " gadis itu menghulurkan baju itu kepada Aeris dengan senyuman manis
Aeris mengambil baju itu sebelum terus keluar daripada kedai itu . Rei mengikutinyabdsri belakang , mata Aeris melilau mencari tandas awam yang tidak jaih dsri situ
" Kejap lagi kau pergi tandas awam lelaki . Kau tukar baju , pakai baju ni " kata Aeris
" Nak buat apa ? " tanya Rei bingung
" Ish , kau ni .. kau sendiri dah tahu keluarga aku macam mana . Habis kau nak pakai macam ni je jumpa mereka ? Memang kau kena reject lah ! " kata Aeris menerangkan terus , dari tadi duk tanya-tanya
" Kau betul-betul nak kahwin dengan aku ni ?" Lain pula yang Rei tanya kepadanya
" Terpaksa " balas Aeris mendatar
Rei terdiam . Sabar Rei .. Aeris masih belum dapat terima dirinya , dia tidak boleh terus paksa Aeris untuk sukakan dia .
.
Aeris tunggu sahaja di luar menunggu Rei menyiapkan diri . Dia sendiri tidak tahu kenapa dia buat tindakan macam ni .. tapi benda pun dah buat .
" Okay ke ni ? "
Aeris terus menoleh memandang Rei yang bertanya kepadanya itu . Aeris terkaku melihat Rei yang segak ber tuxedo hitam itu dengan rambutnya diikat dan seperti biasa beberapa helai rambutnya dibiar dkiri dan kanannya
" Aeris ? Okay tak ? " tanya Rei lagi sekali
" Ha ? Haa okay . Dah ah jom " Aeris terus memalingkan wajahnya sebelum dia terus berjalan meninggalkan Rei
Rei memerhati Aeris sebelum tersenyum kecil , apa ingat dia tidak perasan ke ?
.
Dengan naik teksi sahaja mereka sampai di rumah banglo besar milik keluarga Aeris itu . Rei menanggalkan mask yang dipakainya sebelum disimpan
Aeris terus berjalan sebelum dia menekan loceng dahulu . Pintu dibuka oleh bibik rumah itu . Aeris senyum kecil sebelum masuk bersama Rei
" Ehh Aeris ! Tak bagitahu mama pun kamu nak datang " Datin Arna menegur anak perempuannya yang datang itu
" Saja je datang " balas Aeris
Aeris mendekati Datin Arna sebelum tangan ibunya disalam dan dikucup lembut . Mata Datin Arna terarah ke arah lelaki segak di belakang Aeris itu
" Uishh siapa ni Aeris ? Segak . Bakal menantu mama ke ? " tanya Datin Arna dengan usikannya
" Hm nampaknya macam tulah " balas Aeris
" Ha yeke ? Segaknya dia ! Kalau macam ni kaya ke tidak mama memang terima je Aeris " Datin Arna terus mendekati Rei sebelum menilik lelaki itu
" Assalamualaikum Datin " sapa Rei sebelum menunduk sedikit kepada Datin Arna
" Suara pun sedap Aeris ! Pandai kamu cari .. waalaikumsalam . Kamu nama apa ? Eh marilah duduk dulu jangan duduk depan pintu" Datin Arna laju menarik lengan Rei mengikutinya agar duduk di sofa ruang tamu itu
" Cik Sah ! Buatkan air untuk tetamu " laung Datin Arna
Aeris mengeluh perlahan . Dia mengikuti sahaja sebelum duduk di sofa berhadapan mereka . Nampak macam ibunya berkenan dengan Rei
" Nama saya Rei Koa Arien " kata Rei memberitahu nama panjangnya
" Unik nama kamu ya , saya panggil Arien lah boleh ? " tanya Datin Arna dia yang kelihatan teruja
" Boleh Datin " balas Rei dengan senyuman nipisnya
" Alah tak payahlah Datin . Panggil je mama , kamu pun bakal menantu mama juga " kata Datin Arna
Rei mengangguk sahaja sebelum memandsng Aeris dan mengangkat keningnya . Aeris menjelingnya sekali sebelum memeluk tubuh sendiri
" Papa mana ? " tanya Aeris
" Papa dekat atas . Nanti dia turun lah tu , eh kamu berdua makan sini lah ya ? Mama masakkan . Boleh Arien ? " memang Datin Arna ni teruja dengan Arien sahaja sampai lupa anak sendiri agaknya
" Saya tak kisah " balas Rei
" Haa bagus . Sebelum tu mama nak tanya kamu memang .. berduit ke ? Memang orang berada macam kami ? " tanya Datin Arna
Aeris tersenyum disebalik mask yan dipakainya . Dia tahu itu soalan yang bakal ditanya . Dia sebenarnya tidak mahu sangat kahwin dengan lelaki ini namun dia biarkan sahaja lelaki ini menghadap kedua ibu bapanya dahulu
" Erm .. saya sebenarnya orang biasa sahaja . Ini semua pun Aeris yang belikan " kata Rei jujur
Aeris rasa seperti mahu tergelak . Jujur sekali .
" Oh yeke tak apalah . Mama pun tak kisah sangat "
Sekarang bukan setakat Rei sahaja yang terkejut mendengar jawapan Datin Arna , dengan Aeris sekali membukat mata mendengar jawapan Datin Arna itu
" Siapa datang ? " kelihatan Dato Arez yang baru turun dari tingkat atas itu
" Ini bang ! Aeris balik bawa bakal menantu , dalam diam anak abang ni ya " kata Datin Arna teruja memberitahu suaminya
" Aeris ? Anak papa balik dah " Aeris mendekati Dato Arez sebelum tubuh papanya dipeluk sekejap
" Sihat papa ? " tanya Aeris setelah menyalam tangan Dato Arez
" Sihat . Aeris kerja apa sekarang ? Taknak masuk- "
" Oh no , jangan sesekali ajak Aeris masuk kerja pejabat papa tu " potong Aeris dahulu dia sudah tahu Dato Arez mahu cakap apa
" Dah agak dah . Ni siapa ni bakal menantu ni ?" Dato Arez juga duduk disebelah Rei
" Nama dia Arien bang . Kacak kan ? Sesuai betul dengan Aeris " belum sempat Rei mahu kenalkan diri Datin Arna sudah kenalkan dulu kepada suaminya
" Uish segak . Mana kamu kenal ni Aeris ? " tanya Dato Arez kepada anak perempuannya itu
" Dia selalu datang cafe . " balas Aeris ringkas sebelum dia melangkah pergi ke dapur
Malaslah mahu masuk campur pandai-pandai lah Rei menjawab soalan yang mama papa dia tanyakan
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...