Aeris diam sahaja merenung ke luar tingkap dari dalam kereta itu . Dia duduk di seat belakang memandangkan Sara dan Azri duduk di depan
Mereka akan hantar Aeris untuk tinggal beraama keluarga Aeris dahulu sementara mereka masih mencari Rei dan dua orang dalang itu
" Aeris .. jangan risau okay ? Rei tu kuat . Kitorang akan cari dia sampai jumpa " Sara bersuara cuba untuk menenangkan Aeris . Dia tahu fikiran Aeris pasti serabut sekarang
" Kalau dia kuat sekali pun .. kalau Hairi tu tembak kepala dia .. dia mati juga . " pastah sahaja nada Aeris menjawab
" Apa kau cakap ni ? Kata-kata tu satu doa tau . Kau memang nak benda tu jadi ke ? " tidak sengaja Azri termarah Aeris , tidak suka apa yang Aeris katakan itu
" Kau ni , tak payahlah marah dia " Sara pula bersuara perlahan kepada Azri
" Aeris .. kau isteri dia . Kau kena yakin dengan dia . Percayalah .. dia kuat tu " kata Azri lagi
Aeris diam sahaja tidak menjawab apa-apa . Dia risaukan Rei , sungguh risau . Dia memang rasa nak buat kerja gila nak cari Rei sorang-sorang sekarang .
.
Rei menghela nafas berat . Lenguh rasa tangan dia yang diikat ke atas kiri dan kanan dengan kaki juga turut diikat sehingga dia melutut sekarang
Tidak sangka pula dia boleh kena serang sewaktu mahu ke rumah Azri tadi . Salah dia juga sebab tak peka
" Hero dah bangun "
Suara yang baru menyapa itu membuatkan Rei rasa menyampah . Perlahan-lahan kepalanya diangkat dan dia memandang tajma ke arah lelaki yang senyum mengejek padanya itu
" Aku dah agak .. kau memang takkan hidup tenang kalau tak bunuh aku kan ? " kata Rei pada lelaki itu
" Hahaha , kau tahu . " mengejek betul nada suara Hairi ketika itu
Dia duduk mencangkung di hadapan Rei yang masih terikat itu . Tak sangka dia dapat juga tangkap Rei .
" Aku tak kisah kalau kau nak bunuh aku sekali pun . Tapi kenapa kau kacau Aeris ? Kenapa kau kacau isteri aku ?! " tanya Rei dengan nada tertahan hendak marah
" Aeris ? Hmmm mungkin sebab aku memang suka dan obses sangat dengan dia ? " jawab Hairi dengan senyuman sinisnya
" Apa yang kau nak dari Aeris ?! "
" Kau nak tahu ? Kau nak tahu kisah dia ? " tanya Hairi
Rei malas hendak mengangguk . Cerita sahajalah ! Nak bertanya-tanya pula .
" Mak aku .. tak suka dia . Bukan tak suka dia je , dengan mak Aeris tu pun mak aku tak suka " jujur Hairi
Rei diam walaupun dia sudah mula fikir macam-macam . Bukan ke mereka kawan baik dulu dengan mama Rei sekali ? Kenapa begini pula ceritanya .
" Hm , tak guna pun aku cerita dekat kau . Aku nak cerita depan Aeris . Depan muka dia , biar dia sendiri pun tak suka dekat mak dia sendiri ! " turun naik dada Hairi menahan marahnya
" Habis apa kaitan dengan aku ? Kenapa kau tangkap aku sekali ? Kau nak apa ?! " tinggi nada suara Rei bertanya
" You ? Hmmm " Hairi membuat gaya seperti sedang berfikir
" Aku bagitahu kau satu benda .. " Hairi semakin dekat dengan Rei
" Kematian mak ayah kau tu .. "
" Dah dirancang "
Buntang mata Rei mendengar satu kebenaran yang keluar dari mulut Hairi dengan gaya lelaki itu seperti mengejek dan menyinis dia .
" A-apa ? "
" Kau tahu sebenarnya ayah kau tu dulu .. dia bercinta dengan mak aku . " satu lagi kebenaran yang susah untuk Rei terima
" Ayah kau tu dah janji nak bertunang dengan mak aku , tapi .. datangnya mak kau . Mak kau musnahkan semuanya ! " tengking Hairi tiba-tiba
" Memang mak kau , mak aku dengan mak Aeris kawan .. tapi diorang semua kawan makan kawan ! " Hairi berdiri semula dengan marah yang masih membuak-buak dalam dirinya
" Kenapa ayah kau kena berpaling dari mak aku dan senyap-senyap bercinta dengan mak kau .. kawan mak aku sendiri ! Yang paling bodoh mak Aeris tu tahu tapi dia buat tak tahu je ! " Hairi seperti sudah mahu gila jadinya mengingatkan semua kisah pedih maknya itu
Rei terdiam , kelu lidahnya mahu membalas apa-apa .. tak .. tak mungkin maknya boleh jadi seperti itu ? Tanpa sedar air matanya mengalir sendiri
Maknanya .. dia tidak boleh salahkan Hairi sepenuhnya yang mahu membalas dendam ini kerana puncanya mak mereka sendiri ..
" Aeris tu .. kau ingat aku hamak sangat dekat dia ? Ya aku tahu korang ingat aku nak bolot harta macam dekat semua awek-awek lama aku yang aku pernah buat dulu . " Hairi tergelak sini di hujung ayatnya
" Tapi tujuan dia sama je .. cuma ya mungkin aku tak terkawal waktu aku hampir .. " Hairi melirikkan matanya ke arah Rei yang masih menunduk itu
" Hampir hilang kawalan " sebaik sahaja Hairi menghabiskan ayatnya itu dia gelak sendiriRei memandang tajam ke arah Hairi yang memandang dengan pandangan merendahkan dirinya waktu itu . Rei tahu apa yang Hairi maksudkan .
" Jadi .. apa kena mengena dengan kitorang ? " tanya Rei mendatar
" Aihh dah mak , bapak buat salah anak dia kena lah tanggung sekali kan ? " jawab Hairi selamba
" We don't know anything , itu masalah mak kau dengan mak kitorang . Kau ingat kitorang terjebak ke ? " bidas Rei semula
" Peduli apa ?! Mak aku dah cukup sengsara sebab mak korang berdua ! Dia hampir bunuh diri sebab mereka buat tak endah dengan mak aku ! Sampailah waktu kena jaga kau , baru terhegeh-hegeh minta tolong mak aku ! " tengking Hairi di hadapannya
Rei tidak mahu membalas apa-apa . Dia rasa dalam hal ni .. memang mak mereka yang salah . Tapi Hairi tak sepatutnya lepas dendam pada orang lain .
" Sebab tu hari ni aku nak lenyapkan korang semua .. termasuk Aeris sekali . Sebabkan kau anak diorang korang sekali patut mati . Kau sumbat mak aku dalam penjara kan ? " Rei senyum sinis sahaja mendengar soalan Hairi itu
" Ya , mak bapak kau tu memang dah ada rekod jual dadah . Ni kalau tahu terlibat dengan kes pembunuhan .. memang- "
Buk !
Terteleng wajah Rei sebaik sahaja tumbukan Hairi singgah di pipinya . Rei hanya gelak kecil sahaja , Hairi yang geram terus menumbuk wajah Rei bertubi-tubi dengan sepakan di bahagian perut lelaki itu
" You .. deserved this ! "
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...