Aeris mencelikkan matanya , tersedar dari tidur sendiri . Aeris menoleh memandang ruangan kosong disebelahnya itu . Tiada ? Mata Aeris memandang pula ke arah jam di dinding bilik itu , sudah pukul 3.46 pagi .
Vroom !
Tersentak Aeris apabila dia terdengar bunyi engin motor yang baru dihidupkan itu . Dengan langkah masih mamai dia turun dari katil dan berjalan ke arah tingkap . Rei baru sahaja nak keluar tu .
" Haih .. kenapa aku rasa tak sedap hati ni " gumam Aeris sendiri
Aeris meraup wajah sendiri . Dia tengah fikir antara dia mahu ikut Rei secara senyap ? Atau pun duduk sahaja di rumah ? Tapi macam seronok juga kalau ikut Rei senyap-senyap kan ?
" Malas lah , baik tidur "
Baru sahaja Aeris mahu ke katil semula namun terdengar bunyi pagar rumahnya yang seperti bergegar sendiri . Laju Aeris menoleh semula memandang ke arah luar
" Oh not this time .. " Aeris mengeluh kecil apabila melihat 3 orang lelaki bertopeng sudah panjat masuk ke kawasan rumahnya
Aeris laju mencapai phone miliknya yang berada di atas meja . Baik dia call polis dulu sebelum call Rei . Apa-apa polis dulu !
Sebaik sahaja sudah membuat laporan Aeris berlari laju ke pintu dan menguncinya . Dapat dia dengar bunyi tapak kaki yang sedang berjalan di luar bilik itu
" Eh pintu ni tak bukak lagi . Mesti perempuan tu dalam ni ! " suara salah seorang dari mereka bersuara di luar pintu bilik Aeris
Aeris memandang tombol pintu yang sedang cuba dibuka oleh mereka . Aeris memandang pakaian tidur ditubuhnya sendiri , seluar panjang longgar , baju lengan panjang . Okay !
Aeris laju menyarungkan tudung di kepala sendiri . Jalan terakhir dia satu je , tingkap .
" Dia mesti dalam ni ! Tembak tombol pintu ni cepat ! " arah suara garang itu
Aeris membuntang mata , mereka boleh bawak pistol ? Memang kerja gila ! Tanpa membuang masa Aeris terus melompat keluar dari biliknya melalui tingkap
Apa ? Ingat dia nak duduk sahaja dalam bilik tu tunggu mereka masuk ? Lepastu terima je apa yang jadi ? Memang tidaklah ! Kita kena bijak cari jalan .
Aeris sembunyi di stor belakang rumah . Memang tiada siapa yang perasan , pintu ditutup namun dibuka sedikit biar ada ruang .
" Woi dia tak ada ! Mesti dia dah lonpat keluar dari tingkap ni " kuat betul lelaki itu cakap hingga dengar sampai ke luar rumah
Aeris rasa menyesal pula tidak sempat mencapai phone sekali sewaktu dia mahu lompat tadi . Kalau tidak boleh dia hubungi Rei sekarang minta tolong juga .
" Ah aku tahu dia masih dalam kawasan rumah ni . Cari dia sampai dapat ! " arah salah sorang dari mereka
Aeris menutup pintu stor itu dengan perlahan dan menguncinya . Dia cuba kekal tenang walaupun jantungnya berdegup laju sekarang. Jika dia gelabah maka tindakan dia akan jadi gelabah sekali jadi dalam situasi begini dia perlu bertenang .
" Apa yang diorang nak sangat dari aku ? " Aeris berfikir sendiri . Fikirannya sendiri pun kusut sekarang
Aeris bersembunyi dengan baik sekali kerana dalam berapa minit sahaja polis sudah tiba di rumahnya . Aeris keluar daripada stor dengan segera
" Cik , cik yang buat laporan tadi ke ? " tanya polis itu sebaik sahaja melihat Aeris menghampiri mereka
Aeris menganggguk sahaja . Matanya melihat ke arha tiga orang lelaki yang sudah ditangkap itu . Nampak mata mereka memandang tajam ke arah Aeris
Pandangan tenang sahaja Aeris beri kepada mereka . Tahu ini angkara siapa . Aeris terus memberikan keterangan ringkas kepada polis itu walaupun dia tetap kena beri penerangan panjang nanti
.
Sara dan Azri sedsng menunggu Rei untuk sampai ke rumah mereka . Sara berada di rimah Azri , jangan risau kakak Azri ada sekali di rumah itu .
" Kakak kau mana ? " tanya Sara sebaik sahaja dia duduk di sofa bersebelahan dengan Azri itu
" Dia tidur dah " balas Azri . Tangannya lenguh menepuk lembut belakang badan kanak-kanak lelaki disebelahnya itu
" Kenapa kau biar Esra tidur kat kau ? Pergi lah letak dalam bilik dia " kesian pula Sara melihat Esra yang tidur melentok di bahu Azri itu . Ini anak kakak Azri itu .
" Hm sekejaplah aku bawa naik atas . " dengan berhati-hati Azri mengangkat tubuh budak lelaki itu ke bahunya dan dibawa masuk ke bilik
Sara duduk sahaja di ruang tamu itu menunggu Rei . Namun dia pelik juga dah hampir satu jam mereka menunggu namun lelaki itu tidak sampai lagi .
" Mana si budak koala tu ? Lambatnya sampai . Dah dekat satu jam ni " Azri mula membebel . Orang dah mengantuk ni tunggu
" Macam lama sangat je , kau tak cuba call dia ? " tanya Sara
" Jap " phone di dalam poket Azri bawa keluar , lantas nombor Rei dicari dan dihubungi
Namun phone itu seolah-olah sudah dimatikan sahaja kerana tidak dapat dihubungi .
" Tak dapat ? " tanya Sara . Azri menggeleng perlahan sebelum meraup wajahnya .
" Aku rasa tak sedap hati .. " Sara mengumam kecil
" Kau cuba call Aeris . Mana tahu Rei tak gerak lagi ke , dia tertidur ke . " cadang Azri pula
Sara terus mencapai phone disebelahnya itu dan dia cuba pula menghubungi Aeris. Dia berharap sangat kalau Rei lambat mungkin Rei ada dirumah Aeris .
" Lah bini dia pun tak angkat phone . " Sara memandang skrin phone yang sudah gelap itu
" Aduh masalah " Azri meraup rambutnya kebelakang , kusut .
" Kita pergi rumah dia , sekarang . "
.
Aeris yang baru sahaja mahu tidur itu terus bangun semula apabila pintu rumahnya diketuk . Aeris merungut kecil , dia tengah mengantuk ni .
" Takkan Rei , tertinggal kunci ke " gumamnya sendiri dengan kaki mula mendekat dengan pintu rumah itu
Sebaik pintu rumah itu dibuka Aeris pelik sendiri apabila melihat Azri dan Sara yang muncul di depan rumahnya sekarang .
" Azri ? Sara ? "
" Are you okay ? Kau kenapa muka segar lagi 4 pagi macam ni ? " soal Sara serius
" Tadi .. tadi ada orang nak tangkap aku . So , aku sempat call polis . Sebab tu aku- "
" Ha ?! Serius ? Kau okay tak ? Diorang cederakan kau ? " bertubi-tubi soalan Sara berik kepada Aeris yang masih mamai itu
" Aku okay .. " perlahan sahaja Aeris membalas
Sejujurnya dia mengantuk . Tolonglah bagi dia tidur sekejap .
" Rei mana ? " Azri pula bertanya
" Eh Rei ? Bukan dia dah gerak pergi rumah korang ke ? " Aeris mila berasa hairan . Rei dah keluar satu jam yang lepas takkan tka sampai lagi .
" Azri ! Diorang mesti dah rancang semua ni ! " Sara bersuara dengan cemas . Wajahnya diraup dengan tapak tangannya sendiri
" Rancang ? Apa ni ? Eh mana laki aku ? Dia tak sampai rumah korang ke ? " giliran Aeris pula menyerang mereka dengan soalannya
" Sekarang kita kena check cctv . Kena cari Rei , aku rasa jantan tak guna tu dah mula dah " kata Azri pula
" Wait .. don't tell me " Aeris memandang mereka berdua bergilir
Rasanya dia sudah dapat tangkap apa yang sedang terjadi sekarang .
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...