Rei meletakkan tubuh Aeris dilantai sebelum tubuh Aeris itu disandar ke dinding . Sekarang ni baju Aeris basah kuyup termasuk tudungnya sekali
" Takkanlah aku nak tukar .. " katanya sendiri sebelum dia menanggalkan mask miliknya sendiri . Lemas
Rei berdiri sebelum dia memandang lama tubuh Aeris itu . Dia memang tidak akan tukarkan pakaian gadis itu , dia takkan buat sesuka hati dia sahaja
Rei menanggalkan jaket hitamnya sebelum dia tinggal bersinglet sahaja . Dia turut duduk di sebelah Aeris dan bersandar di dinding sama . Kepalanya menoleh seketika memandang Aeris yang kepala tersandar di dinding itu
Perlahan-lahan tangannya naik menanggalkan topi yang dipakai Aeris itu sebelum melihat wajah mulus gadis itu . Tanpa sedar dia tersenyum nipis melihat wajah Aeris itu .
" I love you , Aeris Nalia .. " ucap Rei sendiri sebelum dia terlelap sendiri disebelah gadis itu dengan dia pun keadaan basah kuyup
.
Aeris tersedar dari lenanya apabila cahaya matahari memasuki ruangan matanya . Perlahan-lahan matanya dibuka sebelum dia menoleh ke sebelah , terkejut dia melihat Rei yang tertidur bersandar di bahunya itu
Apa lelaki ni buat tidur sekali dekat lantai ni ? Aeris perlahan-lahan mengalihkan kepala lelaki itu menegak dan disandar ke dinding sebelum Aeris menyentuh pakaiannya sendiri
Terasa lembab kerana basah terkena hujan semalam . Dalam diam dia brasa syukur kerana lelaki ini tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya
" Hachumm ! " Aeris menutup hidungnya yang tiba-tiba ter bersin itu
Aeris mencari tisu sebelum matanya terlihat ke arah kotak tisu yang berada di atas meja itu . Terus dia mencapainya dan diambil dua helai tisu dan mengesay hidungnya
" Hachum ! Hachum ! " laju Aeris menutup hidungnya sendiri
Rei yang terdengar bunyi bersin itu terus terbangun sebelum dia memandang ke arah Aeris yang turut melihat ke arahnya itu
Aeris terdiam . I-ini .. ini lelaki yang ..
Ini lelaki yang berada di cafe nya tempoh hari !
" Kau- hachum ! " tidak sempat Aeris mahu bercakap bersinnya sudah menganggu
Rei perlahan-lahan berdiri sebelum merenggangkan ototnya . Aeris melihat sahaja .. tidak dinafikan lelaki ini memang ada rupa .
" Kau tak sihat ke ? " tanya Rei
" Sihat . Belum nak mati lagi " balas Aeris sinis semula . Ingat nak berbaik ke ? Dah culik orang macam ni .
" Aku ambil ubat selsema kejap . Tapi kau kena makan dulu " Rei mengambil jaket hitamnya sebelum dia mahu keluar dari bilik itu
" Kau ni kenapa ya ? Kau nak apa sebenarnya ? Aku .. " Aeris terdiam sekejap apabila terasa mahu bersin
" Aku taknak duduk sini lah . Lepaskan aku lah" kata Aeris sebelum dia mengesat hingusnya yang meleleh itu
Rei malas mahu melayan . Terus dia keluar daripada bilik itu sebelum dia turun ke bawah . Nantilah bebel Aeris .
Aeris menjeling perlahan lelaki itu sebelum dia duduk semula di lantai . Bersinnya tidak henti , dia mahu mandi . Nak tukar baju tapi tiada baju .
Rei keluar daripada bilik air sebelum dia mengeringkan rambutnya yang tidak melebih paras bahu itu . Rei mencapai tshirt biru pekatnya sebelum dipakai begitu juga seluar panjangnya
Rei membawa juga baju untuk Aeris sebelum dua bungkus roti vanilla dan sebotol air mineral dibawa sekali
Sampai sahaja di hadapan pintu , Rei membukanya sebelum dia melihat Aeris yang masih duduk di lantai sambil menongkat dagu itu
" Makan ni . Ni baju , pergi mandi " Rei meletakkan semuanya di atas meja
" Aku nak balik .. " Aeris berkata lagi
Rei mengeluh perlahan . Dia penat mahu mendengar ayat itu . Namun pergerakkannya terhenti apabila Aeris mengangkat wajahnya . Anak mata gadis itu berkaca melihatnya
" Tolonglah .. aku taknak duduk sini .. tolonglah .. aku nak balik " rayu Aeris dengan suara seraknya
Dia tahu mungkin lelaki ini sukakan dirinya tapi apa pun ini bukan jalannya . Takkan lelaki ini mahu mengurung dirinya disini sahaja . Sampai bila ? Dia tetap perlu pergi ke kerja .
" Lepaskanlah aku .. tolonglah . Kalau betul kau sukakan aku .. bukan macam ni caranya " kata Aeris lagi
" Habis tu ? Kau rasa kau nak terima aku ke ? Aku tahu kau tak akan pandang pun orang macam aku ni lah . Aku ni tak ada harta , aku tak kaya . Aku tahu kau takkan pandang aku " Rei mula bersuara dengan nada dinginnya
" Tapi aku sayangkan kau .. aku cintakan kau sangat Aeris . Aku tak boleh biarkan kau kahwin dengan orang lain . Aku nak kau . " sambung Rei lagi . Dia hanya tenang berdiri di hujung pintu dan bersandar di pintu itu
" Bagilah aku masa .. aku tak kenal kau lagi . Ini bukan caranya untuk buat aku sukakan kau .. " balas Aeris pula
" Tak boleh . Aku tahu kau akan lari kalau aku lepaskan kau . " balas Rei pula
" Kalau betul kau nakkan aku .. " Aeris diam seketika
" Jumpa keluarga aku . Kalau kau betul-betul nakkan aku " sambung Aeris dengan mata memandang tepat ke arah Rei
" Huh " Rei tergelak sinis
" Aeris , Aeris .. " Rei mula berjalan mendekati Aeris sebelum mencangkung dihadapan gadis itu . Aeris menundukkan wajahnya
" Aku tahu kau memang berdikari . Tapi aku bukannya tak tahu keluarga kau orang berada . Kau rasa mak ayah kau akan terima aku yan memang tak ada apa-apa ni ? " kata Rei . Aeris mengerut dahi kecil , memang semua benda lelaki ini tahu ke ?
" Aku tahu keluarga kau nakkan orang yang sama darjat seperti mereka . Diorang manalah pandang orang macam aku ni Aeris .. " sambung Rei lagi , suaranya berubah perlahan
" Tapi " Rei memandang Aeris semula dengan pandangannya tajamnya
" Aku tak akan biarkan benda tu jadi penghalang untuk aku dapatkan kau . Apa aku nak , aku akan usahakan sampai dapat . " sambung Rei lagi dengan suara kerasnya
Aeris menelan air liur mendengarnya . Kenapa lelaki ini seperi terlalu obses kepada dirinya ? Apa yang dia ada ?
" Baik . Kalau itu yang kau nak , aku akan jumpa keluarga kau " Rei mula berdiri sebelum memandang Aeris
" But my dear .. "
" Once your parents agreed . You can't run from me . Kau tak akan terlepas dari aku , kau akan sentiasa jadi milik aku Aeris Nalia . Always . "
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...