Bab 7

459 25 1
                                    

" Kamu duduk mana Rei ? " tanya Dato Arez

Mereka semua sedang makan tengah hari bersama seperti yang diajak oleh Datin Arna tadi . Aeris diam sahaja menikmati makanannya membiarkan Rei bersembang dengan keluarganya , ada masa dia mencelah .

" Saya duduk area sini je Dato " balas Rei

" Ooh ya ke ? Baguslah kalau dekat . Uhm bila tarikh kamu berdua nak kahwinnya ? " tanya Dato Arez

Dan kemudian mereka berdua senyap . Aeris mengangkat wajahnya memandang Rei yan turut memandang ke arahnya itu . Rei sudah tersenyum gaya smirk nya sedikit sebelum menjawab

" Dalam sebulan lagi . Itu pun kalau semua nya boleh siap awal " kata Rei selamba

Aeris sudah membulat mata . Sebulan ?! Sukahati dia saja

" Tak sempat punya . Nak kahwin cepat-cepat buat apa " Aeris membantah

" Eh kamu ni , benda elok kenalah percepatkan . Tak apa macam ni nanti pelamin semua tu biar mama uruskan , mama ramai kenalan yang boleh buatkan . Kamu berdua pergi uruskan apa yang patut . Boleh ? " kata Datin Arna serta bercadang

" Mama .. cepat sangat sebulan . Aeris baru 22 tahun . Bagilah masa Aeris jalan-jalan dulu ke " Aeris berkata lagi

" Aeris .. kamu kenapa ni ? Waktu sebulan tu lama . Kamu siapkan lah bahagian kamu secepatnya lepastu pergilah berjalan sendiri . " kata Dato Arez , kenapa anaknya semacam sahaja .

Aeris mengeluh perlahan sebelum mengangguk sahaja . Kenapalah dia boleh setuju untuk berkahwin dengan orang yang culik dia ? Gila lah .

" Dah-dah .. makan . Arien , sedap tak ? " tanya Datin Arna kepada Rei yang dari tadi memandang Aeris dengan wajah dinginnya

" Ha ? Sedap-sedap . Saya suka " Rei tersenyum nipis sebelum menyambung menjamah makanannya

" Kalau Aeris ni malas masak lepas kahwin nanti bagitahu , dia ni memang pemalas sikit kalau bab kerja rumah . Tapi baguslah dia pandai berdikari duduk sendiri " kata Datin Arna , kepala anak perempuannya diusap lembut

Rei hanya tergelak kecil mendengarnya sebelum dia memasang wajah dinginnya semula . Wajah Aeris dipandangnya lagi .

Aeris yang terasa dirinya ditenung itu mengangkat wajahnya , matanya memandang Rei yang tajam memandang dirinya itu . Aeris menjeling kecil sebelum sambung makan , ingat dia takut ke . Memang tak lah .

.

" Kau ni kenapa ? Jangan bagi keluarga kau syak bukan-bukan boleh ? " tanya Rei terus dengan nada mendatar

Mereka berada di luar rumah banglo itu sekarang kerana Rei kata mahu bersembang dengan Aeris . Aeris dengan tidak rela mengikutnya

" Apa bendanya ? Kau tu . Suka hati cakap lagi sebulan nak kahwin , kau ingat aku sedia ? " tanya Aeris semula

" Habistu kau nak lagi dua bulan ? Tiga bulan ? Setahun ? Kau cakap dengan aku Aeris " tanya Rei lagi menyinis

" Tak secepat itu lah , aku ni kahwin dengan kau pun terpaksa tau . Sebab aku tahu stalker psiko macam kau memang takkan lepaskan aku . " sembur Aeris dengan mata memandang tajam ke arah Rei

" Tolong jangan ingat yang aku ni cintakan kau . Aku terpaksa okay , kalau diberi pilihan . Aku pun taknak kahwin lagi .. lagi-lagi dengan orang yang selamba culik aku lepastu buat macam tak bersalah " sambung Aeris lagi dengan nada kerasnya

Turun naik nafas Rei menahan amarahnya mendengar kata-kata Aeris itu . Terus sahaja dia berpaling sebelum menutup matanya , sabar Rei .. sabar .

" Aku .. aku minta maaf kalau ayat aku buat kau terasa .. tapi tolonglah " Aeris berkata lagi , dia memandang belaakng badan Rei yang membelakangkan dia itu

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now