Malam itu membuatkan semua orang tidur lena tapi tidak bagi Aeris . Hujan lebat diluar beserta guruh itu membuatkan dirinya tidak dapat tidur akibat takut
Rei ? Entah kemana suaminya pergi . Dia baru terlelap sekejap tadi , terbangun sekejap tengok Rei tiada didalam bilik . Jam di dinding dilihat , sudah pukul 01.30 pagi .
Mana Rei ? Dia betul-betul perlukan teman . Dia memang tidak boleh tidur . Memanglah selalu kalau tinggal sorang dia buat tidak endah sahaja namun dia tetap takkan tidur
Mungkin memang dia perlukan peneman untuk tidur jika hujan lebat sebegini
Guruh yang tiba-tiba berdentum itu membuatkan Aeris laju menutup telinganya sendiri .
" Sakit ?! Sakit tak ?! Lain kali dengar cakap aku ! "
Aeris menutup telinganya sebelum memejam matanya rapat . Semua benda mula bermain di kotak pemikirannya semula .
" Aku tak suka kau tolak permintaan aku ! Kau memang nak kena kan ! "
" Aeris ? " bunyi pintu bilik yang dibuka serta suara yang memanggil dirinya itu membuatkan Aeris mengangkat wajahnya
Laju dia turun dari katil itu sebelum mara laju ke arah Rei . Terus tubuh Rei dipeluknya kuat , Rei yang tidak bersedia hampir terjatuh akibat Aeris yang tiba-tiba memeluk dirinya itu
Tangan Rei naik memeluk semula tubuh Aeris sebelum dia bingung sedikit dengan apa yang terjadi . Waktu itu juga bunyi petir menyambar semula
" Ahh ! " Aeris terus terduduk sebelum menutup telingannya semula
Rei terus melutut sebelum badan Aeris dipegangnya . " Aeris ? Hei , aku ni " Rei menarik Aeris ke dalam pelukannya semula
" Sa-saya takut .. " kata Aeris perlahan dengan nada seraknya
Rei terus mendukung tubuh Aeris dan dibawa ke katil semula . Perlahan-lahan dia meletakkan Aeris di atas katil sebelum dia juga berbaring disebelah isterinya
Aeris laju merapatkan diri ke arah Rei yang berbaring disebelahnya . Rei yang melihat itu mengangkat kepala Aeris berbaring di atas lengannya sebelum dia memeluk pinggang ramping Aeris dan ditarik rapat ke arahnya
Tiada ruang langsung ditengah mereka menunjukkan Rei memang memeluk erat Aeris waktu itu
Aeris yang terasa semakin baik apabila dipeluk begitu membuatkan dia berasa selamat . Perlahan-lahan dia mula dibuai mimpi dan terlena sendiri di dalam dakapan suaminya
" I'm here love . Sweet drems " sebuah kucupan hangat dilabuhkan didahi Aeris sebelum Rei turut terlena
.
Aeris terbangun apabila dia terasa ada gerakkan disebelahnya . Matanya perlahan-lahan memandang ke sebelahnya , Rei sedang meracau sendiri dengan suara teresak-esaknya
" Ta-taknak .. jangan pukul .. taknak " racaunya sendiri
Aeris perlahan-lahan duduk sebelum merepati Rei . Bahu suaminya digoyangkan perlahan " Rei .. awak mengigau ni . Bangunlah " kata Aeris masih dalam mamainya
" Taknak .. jangan pukul . Taknak " Rei masih lagi meracau dengan kepalanya digelengkan sekali
Aeris mengerut dahi , betul ke mengigau ni ? Aeris menepuk perlahan wajah Rei untuk menyedarkan lelaki itu
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...