Bab 36

259 15 4
                                    

Rei menghampiri ke arah Sara yang duduk di kerusi sebelah katil Azri itu . Azri dan Sara terkejut dengan kedatangan lelaki itu , macam mana dia boleh tahu mereka di sini ?

" Bro , macam mana kau- "

Tidak sempat Azri mahu habiskan soalannya Rei laju memeluk tubuh lelaki itu . Azri dan memandang Sara yang turut terkebil-kebil memandang ke arah mereka berdua

Azri hanya menepuk perlahan belakang badan Rei sahaja . Rei menjarakkan dirinya sebelum memandang ke wajah mereka berdua

" Aku minta maaf .. " ujar Rei perlahan

" Kenapa pula ? " tanya Sara

" Aku dah banyak menyusahkan korang .. aku terlalu sibuk nak jaga keselamatan Aeris sampai lupa keselamatan orang lain " sambung Rei lagi . Nadanya kedengaran kesal

" Ish , apa kau cakap ni ? Kau tu suami dia . Mestilah apa-apa kau kena utamakan dia dulu " Sara senyum kepadanya membuktikan yang mereka tidak apa-apa

" Betul lah tu , kitorang pun sayang je Aeris tu macam adik kitorang . Kitorang sendiri ikhlas nak jaga dia waktu kerja dekat cafe tu " kata Azri pula menyokong kata Sara itu

Rei tidak membalas apa-apa , dia hanya diam mendengar . Azri menepuk perlahan bahu Rei yang berdiri tegak disebelahnya itu

" Maaf Hairi terlepas , kitorang tak alert dengan serang hendap dia waktu kitorang nak bawa dia ke balai haritu " kata Sara kepada Rei . Rei menggeleng kepala sahaja

" Tak apa .. biarkan dia senang-senang dulu . Aku pasti dia akan datang balik " ujar Rei tenang , dia yakin Hairi akan muncul dengan rancangan lain pula

" Aeris macam mana ? " tanya Azri

" Dia okay . Sihat je " balas Rei

" Dia tak ingat kitorang ke ? " Rei memandang Sara yang bertanya itu . Dia tahu gadis itu juga berharap Aeris ingatkan mereka

" Dia akan ingat .. cuma bukan sekarang "

" Hairi tu nak apa lagi ? Aku tak fahamlah . Bukan ke diorang semua curi perhatian perempuan untuk songlap duit diorang ? Aku nampak si Hairi ni macam obses dengan Aeris . Bukannya untuk niat keluarga dia " kata-kata Azri membuatkan Rei berfikir sendiri . Dia tahu , dia dah lama tahu

" Semua perempuan-perempuan yang dia tackle tu , semuanya dia tackle yang kaya-kaya .. aku masih tak faham macam mana diorang boleh terlepas " sampuk Sara pula

" Semua perempuan tu macam tak buat report apa-apa pun pasal Hairi ni .. aku memang rasa dia ada buat something . " Azri menyambung lagi kata-katanya

" Mesti diorang kena ugut " Rei pula yang menyampuk kata-kata mereka itu

" Korang tahu kan , si Maria tu ada kaitan dengan mak Aeris dulu ? "

soalan Rei itu membuatkan Azri dan Sara kedua-duanya terus duduk tegak dengan riak wajah terkejut memandang lelaki itu . Azri dan Sara berpandangan sesama sendiri " Apa maksud kau ni ? " soal Sara

" Mak angkat kau tu ? .. ada kaitan dengan mak Aeris ? " tanya Azri pula . Riak wajah terkejut mereka tidak dapat disorok lagi waktu itu

" Habis takkan mak Aeris tu tahu Hairi tu anak- "

" Dia tahu . Sebab tu .. " Rei hentikan bicaranya seketika , dia kelihatan teragak-agak

" Apa Rei ? Kau cakap kasi habis boleh tak ? " Azri mula geram dengan Rei yang bercakap tidak habis itu

" Sebab tu .. keluarga diorang , upah aku . Untuk pantau Aeris dari jauh "

Sara dan Azri kedua-duanya ternganga kecil mendengarnya . Mereka sebenarnya rakan baik Rei dan Rei yang meminta tolong mereka untuk jagakan Aeris sekali , cuma mereka tidak tahu cerita penuh

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now