Seminggu sudah berlalu . Hairi dan Hairina sudah diberikan hukuman yang setimpal buat mereka sama seperti kedua ibu bapa mereka sendiri . Mungkin itulah yang terbaik untuk mereka ..
Hubungan Aeris dan Rei juga menjadi lebih rapat hari demi hari . Mereka sudah menemui kebahagiaan mereka sendiri .
" Azri , nah " Sara yang muncul bersama dua gelas air itu dia meletakkan satu cawan di hadapan Azri
Mereka sedang lepak di kedai makan berdekatan dengan rumah mereka berdua . Tengah ada masa lapang , lepak sahajalah .
" Macehh Sara " dengan sengih dibibir Azri beri pada Sara
Sara hanya menggeleng kepala sahaja . Azri memang perangai suka menggedik. Nasib buat perangai dengan dia je ..
Eh ?
" Aku tengok Rei dengan Aeris tu dah bahagia dah , happy aku tengok diorang " kata Sara tersenyum sendiri
" Baguslah kalau diorang dah bahagia .. " balas Azri pula sambil dia menghirup sedikit teh ais menggunakan straw itu
" Kita bila pula Azri ? " kalini Sara memandang Azri pula
Tak pasal-pasal tersedak Azri dibuatnya , kena soal secara spontan begitu memang boleh tersedak lah .
" Eh kau ni .. manalah aku tahu . Bila-bila jelah kot " Azri menjawab kekok , tangan mengesat mulutnya sendiri
" Oh bila-bila ? Kita boleh kahwin lah eh ? " teruja Sara bertanya
" Ha ?! Kahwin ? Kita ? Kau biar betul ?! " Azri rasa macam nak tersedak untuk kali ke dua mendengar apa yang baru Sara cakapkan itu
" Kau .. kau tak suka aku ke ? "
Soalan maut dari Sara itu membuatkan Azri menelan kesat air liurnya sendiri . Wajahnya berubah merah-merah , malu ?
" Um .. apa kau merepek ni Sara , kau ni ish " Azri meraup rambutnya ke belakang , dia jadi gementar sendiri pula
" Hmm tak apalah . Aku nak balik dulu " air di dalam cawan itu Sara teguk sebelum dia berdiri dan mencapai beg tangannya
Azri yang melihat Sara yang sudah mahu pergi itu mula rasa serba salah namun dia tetap kaku duduk di kerusi itu . Macam mana nak berhentikan Sara ni ?
" Er .. Sara " walaupun Azri memanggil namun Sara hanya senyum kecil padanya
Sara laju berjalan keluar daripada kedai mamak itu . Kakinya melangkah untuk masuk ke dalam kereta , baru sahaja dia mahu mencapai kunci kereta di dalam beg tangan namun Azri muncul pula
" Sara sabarlah ! Aku- aku tak cakap apa-apa lagi kan ? Rileks lah " kata Azri . Tangannya naik menggosok belakang leher sendiri , malu sendiri pula rasanya
" Aku gurau jelah tadi . Aku memang nak kena balik pun sekarang , ada hal sikit . Nanti apa-apa kau call je aku eh ? Dah tepilah " selamba Sara menolaj Azri menggunakan beg tangannya
Sara masuk ke dalam kereta dan engin kereta itu dihidupkan . Azri garu kepala sendiri , dia mahu hentikan Sara namun dia was-was sendiri ! Tolonglah , kenapa perlu jadi macamni buat dia rasa serbasalah sendiri
.
Aeris yang sedang mewarnakan lukisannya itu pelik mendengar Rei yang ketawa sendiri di hujung bilik itu . Laju Aeris menegur
" Awak kenapa ? " tanya Aeris tapi tangan masih lagi bergerak mewarna lukisan pokok itu
" Azri "
" Kenapa dengan Azri ? " Rei menutup phone itu dan diletak ke atas meja semula . Dia menghampiri Aeris dan duduk disebelah isterinya itu
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...