Tiga minggu sudah berlalu dan tiada apa sangat yang berlaku . Aeris semakin pulih bahagian kepalanya sudah mula membaik jadi balutan sudah dicabut . Hanya tangannya sahaja
Hubungan mereka ? Makin erat . Aeris mula mengingati Rei namun tidaklah dia terlalu ingat . Hanya ingat umur dan nama lelaki itu sahaja
" Bila saya boleh keluar ni ? " tanya Aeris sendiri sambil mengeluh . Dia sudah bosan lama-lama duduk di hospital ini
" Tunggu sihat nanti keluarlah . Sihat cepat-cepat " balas Rei . Dia berada di atas katil duduk bersebelahan dengan Aeris
" Hm .. " Rei memandang Aeris yang mengeluh kecil itu . Rei senyum sendiri sebelum dia memeluk pinggang Aeris dari belakang , kesian mesti dah bosan tunggu .
" Awak taknak cerita apa-apa pasal saya ke ? Macam mana awak kenal saya ? Apa yang buat awak suka saya . Awak taknak kongsi dengan saya ke ? " tiba-tiba Aeris bertanya kepadanya . Rei memandang sekilas Aeris disebelahnya
" Tak ada yang menarik pun . Dah suka , sukalah . Lepastu kahwin . Habis " ringkas sahaja Rei berkata namun Aeris berdecit tidak puas hati
" Betul-betul lah awak " Rei tergelak kecil melihat wajah monyok Aeris
" The moment when I saw you , that's the first time I fell for you . And I keep falling for you deeper until today " ujar Rei dengan tangannya mengusap lembut sisi pinggang Aeris
Aeris tergamam mendengar , tidak dinafikan dia terharu mendengar itu namun dia mahu tahu juga macam mana Rei boleh tersuka dekat dia ?
" Bila first awak jumpa saya ? " tanya Aeris
Rei kelihatan seperti teragak-agak mahu menjawab namun dia berdehem seketika . " Aku kenal family kau dah lama . Waktu tu lah aku first jumpa kau " jawab Rei walaupun dia agak tidak yakin dengan jawapan sendiri
" Ya ? Macam mana boleh kenal family saya ? " tanya Aeris lagi
" Arwah mama aku dengan family kau rapat . Jadi memanglah aku kenal korang jugak , tak mustahil lah kalau aku boleh terjumpa kau sekali-sekala " Rei hanya melayan semua soalan Aeris itu tanpa banyak bunyi pun
" Oohhh macam tu " Aeris mengangguk kelala mendengar jawapan Rei
" What else , my love ? Tanyalah semua soalan yang kau nak . Aku jawab "
" Awak sayang saya ke ? " terus tergelak Rei mendengar soalan Aeris itu
Soalan ke ni ?
" Soalan apa ni sayangku ? Mestilah . I love you more than anything . You should know that too " Rei mengucup lembut pipi kanan Aeris dihujung ayatnya itu
" Jadi maksudnya family awak dah meninggal lah ? Itu yang tak ada datang melawat saya juga ? " tanya Aeris . Rei hanya mengangguk sahaja
" Hairina ? " teragak-agak Aeris menyebut nama gadis itu
" Kawan aku je . Dahlah tak payahlah fikir banyak sangat pasal family aku . Tak ada yang menarik " balasnya dengan tangan Rei mengusap lembut kepala Aeris
Telefon yang berbunyi itu menarik perhatian mereka berdua . Rei turun dari katil sebelum mencapai phone nya di atas sofa itu . Panggilan tak dikenali itu dijawab namun dia sempat merakam dahulu panggilan itu .
" Hello adik angkat kesayangan aku , apa khabar ? " Rei yang mendengar suara itu terus membuatkan hatinya panas . Hairi .
" Macam mana kau boleh- "
" Hahaha , korang ni semua memang bodoh lah . Ingat senang macam tu nak tangkap aku ? Kau tak habis belajar lagi lah Rei macam mana nak tumpaskan aku " kedengaran angkuh sekali cara percakapan Hairi didalam talian itu
Aeris melihat Rei yang sudah menggengam tangan sendiri menjadi penumbuk itu . Kenapa tu ?
" Kau nak apa lagi dengan aku ? "
" Oh tak ada apa . Cuma yalah , saja nak bagitahu . Kawan kau dua orang yang terpaling kuat tangkap aku haritu .. " Hairi menghentikan ayatnya
Nata Rei sudah membulat , apa sudah jadi dengan Azri dan Sara ?!
" Apa kau buat dengan diorang ?! Mana mereka ? Kau jangan main gila dengan aku Hairi " tegang nada suara Rei waktu itu . Usrat di tangannya timbul apabila dia mengempal terlalu kuat
" Hahaha , rileks . Tinggal diorang dua tepi jalan je pun . Apa lah hal besar sangat , bukannya mati pun " bengang Rei mendengar apa yang Hairi katakan . Lelaki itu membuat seolah-oleh itu bukan masalah besar
" Kau memang bangs-t ! " terhinjut bahu Aeris mendengar jerkahan Rei itu , lelaki itu tampak betul-betul marah
" Diorang dua dekat hospital dah . Yang kau kecoh sangat apahal ? Diorang ahli kau juga kan ? Takkanlah diorang ditinggalkan bodoh-bodoh macam tu je . " Hairi gelak sinis di hujung ayatnya , pasti Rei bengang dengan dia sekarang
" Aku akan pastikan satu keluarga kau akan dapat balasan . Jangan ingat aku main-main kali ni . Keluarga kau semua memang keturunan bodoh ! " Rei terus mematikan panggilan itu
Rei terduduk di sofa dengan tangan menekup wajahnya . Penat , dia penat dengan semua masalah ini . Nafasnya laju , Rei menekup wajahnya lama
Aeris yang melihat itu timbul rasa mahu memujuk suaminya . Baru sahaja dia mahu turun dari kati Rei sudah menegur
" Jangan turun . Kau nak apa ? " tanya Rei namun tangan masih menekup wajah sendiri
Aeris meletakkan kakinya ke atas semula . Dia mengemam bibirnya rapat , macam mana mahu cakap ni ?
" Erm .. awak " panggil Aeris perlahan
Rei mengangkat wajahnya memandang Aeris . Aeris melihat mata Rei yang jelas sudah sedikit merah-merah itu " Nak apa ? " tanya Rei
" Duduklah sini " Aeris mengesot sedikit memberi ruang kepadanya . Rei berdiri sebelum dia duduk juga di atas katil bersebelahan dengan Aeris
Aeris memandang wajah Rei lama . Lelaki itu menundukkan wajahnya sahaja , banyak benda bermain di fikirannya sekarang .. serabut . Dia benar-benar serabut dengan semuanya sekarang
" Aku penat Aeris .. " luah Rei perlahan . Matanya ditutup dengan satu keluhan terbit dari mulutnya
Aeris mendekatkan dirinya dengan Rei sebelum sebelah tangannya memaut lembut bawah dagu Rei dan ditolehkan ke arahnya
Mata Rei memandang ke arah mata Aeris , dapat Aeris lihat mata Rei yang sudah berkaca itu . Pasti lelaki ini betul-betul sudah penat dengan semuanya ..
Tangan Aeris teragak-agak mahu menyentuh pipi Rei namun Rei terlebih dahulu memegang lembut tangannya dan dilekap di pipinya sendiri . Rei memegang erat tangan Aeris yang melekap di pipinya itu
Aeris agak terkejut dengan tindakan lelaki itu namun dia membiarkan sahaja . Namun tangan Aeris tetap bergerak mengelus lembut pipi lelaki itu .
" Saya minta maaf kalah ini semua terjadi sebab saya " ujar Aeris . Dia tidak tahu kenapa dia rasa semua ini berpunca daripada dia
Rei menggeleng perlahan , matanya dibuka dan memandang Aeris dengan pandangan lembut " It's not you fault .. "
Aeris diam sahaja tidak menjawab . Aeris mengemam rapat bibirnya sebelum dia menarik sedikit kepala Rei agar menunduk dan laju bibirnya hinggap di dahi lelaki itu
Rei sendiri tersentak dengan tindakan Aeris itu namun dia membiarkan dengan senyuman nipis terlakar di bibirnya sendiri
Aeris menjarakkan wajahnya semula . Rei mengangkat wajahnya dengan mata memandang ke arah Aeris yang mengalihkan pandangan itu . Jujur dia malu !
" Erm .. " tidak terkeluar suara Aeris mahu bercakap
Rei tergelak kecil " What is that for , my love ? " tanya Rei bernada lembut . Aeris hanya menjongketkan bahunya sahaja dengan senyuman janggal
" I just thought you need it " kata Aeris dengan wajah merah-merahnya
" Yes , I really need you right now " Rei terus menarik lembut tubuh Aeris ke arahnya sebelum Aeris dipeluknya
Rei membenamkan wajahnya di leher Aeris . Aeris terasa lehernya seperti basah sahaja , dia tahu Rei menangis .. Aeris turut membalas pelukan Rei menggunakan sebelah tangannya
" Please know that .. I really love you "
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...