Aeris menyarung tudung sarung hitam itu sebelum dia memakai cardigan coklat itu . Semua Rei yang bagikan , dia pakai sahajalah .
" Makan " Rei masuk ke dalam biliknya sebelum dia meletakkan pinggan yang berisi nasi goreng itu ke atas meja
Aeris melihat nasi goreng itu dengan mata yang bersinar dia memang lapar . Laju dia mendekati ke arah meja itu yang Rei masih lagi disitu
Dapat dia bau wangian mint menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya membuatkan dia mengangkat wajahnya tiba-tiba memandang Rei .
" Kenapa ? Kau nak aku suap ? " tanya Rei apabila melihat Aeris tiba-tiba memandangnya
Laju Aeris menggeleng kepalanya sebelum dia mengambil pinggan berisi nasi goreng itu dan duduk di atas katilnya . Rei hanya memerhati sebelum dia mahu keluar semula dari bilik itu
" Kenapa belakang leher tu ? " bukan setakat Rei , namun Aeris sendiri terkejut apabila dia terlepas soalan itu dari mulutnya
Tangan Rei terus menyentuh parut di belakang lehernya itu dan dia mendiamkan diri sahaja .
" Nothing " balas Rei dan dia terus mahu keluar daripada bilik itu
Aeris menunduk sebelum menggeleng perlahan kepalanya . Macam manalah boleh terlepas tanya !
Rei turun ke bawah dan terus masuk ke dalam biliknya . Dia diam sahaja sambil tangan menyentuh belakang lehernya yang berparut garisan itu
Matanya tertutup rapat apabila terkenang semula kejadian perit dirinya dulu ..
" Budak ni menyusahkan tahu tak ! Dah main bukannya reti nak kemas ! " bebel wanita berumur 43 itu . Matanya tajam memandang ke arah kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun itu
" Ma-af .. ibu " kata lelaki itu perlahan
" Ibu ? Siapa ibu kau ?! Kau takkan jadi anak aku ! Budak pembawa si-l ! " balas wanita itu serta menengking budak lelaki yang berdiri di hujung dinding itu
" Kau ni menyusahkan aku . Kenapalah tak mati sekali waktu ibu bapa kau kemalangan dulu ? Tak pasal-pasal menyusahkan kitorang yang kena jaga kau ! " sambung wanita itu lagi
" Woi " lelaki yang berusia 47 yang berada di muka pintu itu menegur
" Eh abang , kenapa ? " tanya wanita itu
" Aku nak air . Buatkan aku air budak " matanya memandang ke arah budak lelaki itu
Wanita itu memandang ke arah budak lelaki itu sebelum menarik tangan budak lelaki itu dengan kasar
" Kau pekak ke ? Tuan minta air kan ? Pergi buatlah lembab ! " tubuh budak lelaki itu ditolak kuat menyuruhnya keluar
Budak lelaki itu dengan takut-takut keluar daripada bilik itu sebelum dia turun ke bawah dan pergi ke arah dapur . Dia dah biasa diperlakukan begini .. seperti orang gaji
Budak lelaki itu mula membancih kopi yang diminta sebelum dengan tidak sengaja cawan yang dipegangnya itu terjatuh akibat tangannya tidak sengaja tertolaknya
Bunyi kaca yang terjatuh pecah itu menarik perhatian pasangan suami isteri yang berada di bilik itu
" Apa benda kau buat ha budak bodoh ?! " wanita itu turun ke bawah dengan muka bengisnya sebelum mendekati budak lelaki itu
" Sa-saya tak sengaja .. " katanya perlahan . Matanya jelas terpancar ketakutan
" Tak guna kau si-l ! Kau memang suka menyusahkan aku kan ?! " akibat naik gila serpihan kaca yang agak besar dari cawan kaca itu diambil dan ditala ke arah budak lelaki itu
Budak lelaki itu memusingkan badan dan kepalanya kebelakang dan serpihan kaca itu terkenalah di bahagian belakang lehernya
" Argh ! " terus budak lelaki itu terjatuh sebelum memegang belakang lehernya yang sudah terasa cecair darah mengalir
" Huh ! Bodoh punya budak ! " marah wanita itu
" Suruh buat kopi pun susah . Bengap betul , dahlah biar jelah dia " lelaki itu memanggil isterinya untuk naik ke atas semula
Wanita itu terus menjeling budak lelaki itu sebelum berjalan ke arah suaminya
" Kau kemas semua ni ! Kalau aku turun nampak bersepah kaca-kaca ni , siap kau ! " kata wanita itu berbaur arahan serta amaran
Budak lelaki itu mennangis kerana rasa takut dan sakit di bahagian belakang lehernya . Dua pasangan itu terus naik ke atas tanpa mempedulikan budak lelaki itu
Namun semua nya itu dibuat juga sebelum dia merawat luka di belakang lehernya sendiri ..
Rei memejamkan matanya yang sudah mengalirkan air mata itu . Bayangkan dia baru pecahkan cawan sahaja sudah kena seteruk itu , boleh bayang bagaimana seksaannya yang lain pula ?
Rei mula mengusutkan rambutnya sendiri sebelum dia menumbuk dinding beberapa kali , cara untuk melepaskan semua . Sakit .. sakit itu akan sentiasa berparut di hatinya dantak akan pudar
" Aku benci kau !! Aku benci korang !! Korang memang si-l !! " katanya dengan marah dan tangan yang bergerak menumbuk dinding tidak henti
Aeris yang sedang makan terhenti apabila teedengar sesuatu dari bilik bawahnya . Dengan suara terjerit dia mula berasa sedikit risau
" Dah kenapa pula dia ni " Aeris terus meletakkan pingannya di atas meja sebelum dia mengambil keputusan untuk turun ke bawah
Perlahan-lahan pintu bilik itu dibuka sebelum matanya membuntang melihat Rei yang menumbuk dinding itu tnapa henti
" Ya Allah ! Weih ! " laju Aeris menghampirinya sebelum menarik tubuh lelaki itu
" Lepaslah ! Aku nak bunuh diorang ! Diorang jahat ! Aku benci diorang ! " amuk Rei sendiri sebelum meronta menolak Aeris
" Sudahlah ! Kau kenapa ni ? Jangan sakitkan diri sendiri ! Sudah ! " kata Aeris kuat juga
Rei seperti baru tersedar , terus dia terduduk sebelum tangisannya mengalir dengan laju . Aeris menjauhi sedikit tubuh Rei sebelum dia melihat tangan lelaki itu yang sudah luka
Aeris memandang Rei sebelum dia terasa sesuatu .. rasa apa ni ..
Aeris menyapu ubat di luka-luka tangan Rei itu . Dia yang mahu tolong tadi . Dia tidak menyentuh langsung tangan Rei hanya menyapukan ubat sahaja
Rei tidak lepas pandangannya daripada Aeris . Matanya melekat memandang wajah Aeris yang merawat luka tangannya itu
" Aeris .. "
Aeris mengangkat wajahnya seketika sebelum mengangkat keningnya tanda ' apa ? ' , dia tunduk semula sebelum menyapu ubat di luka itu lagi
" Jangan tinggalkan aku Aeris .. " kata Rei bernada sayu sahaja
Aeris terdiam . Kenapa lelaki ini terlalu beria dengan dirinya yang tiada apa-apa ni .
" Aku merayu Aeris .. jangan tinggalkan aku " sambung Rei lagi kedengaran merayu
" Aku tak faham . Aku ni orang biasa , kenapa kau terlalu bergantung pada aku ? " tanya Aeris nada mendatar
" Kau takkan faham .. " balas Rei
" Jangan bergantung pada aku . " kata Aeris pula sebelum dia menyimpan semua ubat itu
" Kau .. aku perlukan kau . Kau .. kau lain Aeris . " sambung Rei lagi
Aeris diam sahaja sebelum dia mengeluh perlahan . Dia memandang Rei yan sedang duduk bersandar sambil mata masih memandang dirinya itu
" Aku tak tahu .. takkan aku nak suka hati saja kahwin dengan kau . Orang yang aku tak kenal" kata Aeris , ini melibat perkahwinan bukan benda main-main
" Aku tahu kau susah nak percayakan aku tapi .. percayalah . Aku memang sayangkan kau , aku sayangkan kau lebih dari diri aku sendiri . " sambung Rei lagi nadanya betul-betul kedengaran yakin dan ..
Ikhlas
YOU ARE READING
Forever Her Protector
Storie d'amoreRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...