Mereka masih berada di rumah Dato Arez . Aeris masih berada di dalam bilik Datin Arna manakala Rei duduk di ruang tamu bersama Aeriq bersembang ringkas
" Kau bahagian ? Dengan adik aku ? " tanya Aeriq tiba-tiba
" Bahagia sangat , kahwin dengan crush kot . Mestilah bahagia " balas Rei bangga betul dibuatnya
" Eleh menyampah aku " Rei tergelak kecil mendengar balasan Aeriq itu
" Hmm , papa mana ? " tanya Rei apabila dia baru sahaja perasan yang dia tidak nampak langsung Dato Arez
" Oh kejap lagi- "
" Assalammualaikum "
Mereka berdua serentak memandang ke arah Dati Arez yang baru saja masuk ke dalam rumah . Mata Dato Arez memandang ke arah Rei yang sudah mula berdiri dan menghampiri dia .
" Papa .. " Rei menggulurkan tangannya . Dato Arez menyambut , Rei tunduk menyalam tangan lelaki itu
" Bila sampai ? " tanya Dato Arez
" Baru je , papa dari pejabat ke ? " tanya Rei pula cuba berbual dengan bapa mertuanya
" Iya " sepatah Dato Arez menjawab
Rei memandang Aeriq sekilas . Takut pula dia , Aeriq mengangkat keningnya beberapa kali dengan senyuman nipis . Tangan Aeriq ditunjuk kepada ayahnya , menyuruh Rei bercakap dahulu
Rei menghembus nafas , dia mahu bercakap namun Dato Arez sudah bersuara dahulu
" Arien "
" Ya papa ? "
" Papa minta maaf , papa terlalu pentingkan keselamatan Aeris sampai papa rasa kamu tak jaga Aeris dengan baik .. sedangkan kamu lah yang selalu jaga dia dalam keadaan kami terlalu sibuk " Dato Arez mula berbicara dahulu dengan rendah hatinya
Rei hanya mengangguk kecil sahaja . Namun dia tersedar , dah kenapa dia angguk ?
" Em , tak apa . Mungkin ada silap dari Arien juga . Maaf kalau Arien tak jaga Aeris dengan baik " sambung Rei pula
Dato Arez menepuk perlahan bahu menantunya itu . Dia sedar memang inilah menantu terbaik dia .
Mereka pula memandang ke arah Datin Arna dan juga Aeris yang baru turun dari bilik mama nya itu . Aeriq senyum lebar memandang ke arah Datin Arna yang sudah turun itu .
Nampaknya .. memang itulah penyelesaiannya
" Papa " Aeris menghulurkan tangan kepada Dato Arez
Namun Dato Arez memeluk anak perempuannya itu . Aeris membalas pelukan bapanya , dia mula terasa tubir matanya panas sahaja . Dia cepat sensitif sendiri .
" Dah jangan nangis " Dato Arez mengusap perlahan kepala Aeris
Aeris hanya senyum sahaja dan matanya memandang Rei pula . Rei turut memandang ke arahnya dengan senyuman manis tidak pudar di bibir lelaki itu .
" Hari ni kita dinner sama-sama dekat luar nak ? " tanya Datin Arna seperti memberi cadangan
" Boleh je . Kitorang ikut je " jawab Rei
Dato Arez menghampiri Datin Arna sebelum dia mengucup lembut dahi isterinya itu . Bukannya dia tidak sedar dengan perubahan kecil Datin Arna . Dia juga sudah memujuk namun tidak berkesan .
Rei menarik Aeris ke arahnya . Dia memeluk Aeris dari tepi dan bahu gadis itu diusap lembut . Aeris turut memeluk Rei namun dia bahagian pinggang lelaki itu sahaja .
Aeriq yang melihat mereka mula rasa jealous sendiri dia turut berdiri dan mendekati ke arah Rei dan Aeris . Selamba tangan Aeris ditarik ke arahnya dan dia memeluk adiknya sendiri
Terkebil-kebil Aeris dibuatnya . Dia memandang Rei yang wajah juga seperti tidak puas hati
" Eh , isteri aku tu " Rei menunjuk ke arah Aeris
" Adik aku " bidas Aeriq semula . Aeris hanya menggeleng kepala kecil
" Ah takde-takde " Rei menarik tangan Aeris ke arahnya semula . Aeriq tergelak kecil begitu juga dengan Rei . Aeris memeluk kedua-duanya sekali dari tepi sahaja . Dia pendek , sampai pinggang jelah
" Apa kamu ni rebut si Aeris pula . Aeris , Arien pergilah baik rehat dulu . Tak payahlah balik rumah " kata Datin Arna
" Baik mama "
.
Aeris duduk elok sahaja di atas katil dengan tangan membaca novel inggeris itu . Tekun dia membaca untuk menghadamkan jalan cerita itu di kepalanya sendiri .
" Eih sudah-sudahlah tu membacanya " Rei menghampiri dan berbaring di sebelah Aeris
" Kacaulah awak , pergilah main jauh-jauh " Aeris menghalau namun matanya masih melekat di novel itu
" Cerita pasal apa tu , love ? " tanya Rei
Aeris memandang minat ke arah Rei . Jika lelaki ini mahu tahu dia sedia cerita dari A sampai Z !
" Awak nak tahu ? " tanya Aeris teruja nadanya
" Cerita lah " kata Rei namun dia masih berbaring dengan sebelah tangan menutup matanya
Aeris mencebik kecil , gaya macam tak berminat je . " Tak apalah , tak best pun " Aeris memandang ke novelnya semula
Rei yang mendengar itu terus dia duduk bersila dan tangan menongkat dagu sambil memandang Aeris .
" Come , I'm listening .. "
Aeris senyum gembira , dia mahu bergerak ke arah Rei namun dia teragak-agak pula . Rei yang melihat itu menegur " Kenapa ? "
" Em .. nak sandar boleh ? " malu ! Sumpah Aeris malu , dia memang malu namun dia nak cerita dalam keadaan Rei boleh melihat setiap muka surat novel itu
Tergelak kecil Rei mendengarnya . Terus dia menarik Aeris merapat ke dirinya sendiri sebelum dia memeluk pinggang ramping Aeris . Belakang tubuh Aeris bersandar sepenuhnya pada Rei
" Macam ni , saya taknak cerita tapi saya nak tanya jelah . Awak rasa kalau sebagai perempuan boleh terima ke kalau suami diorang ada best friend perempuan ? " tanya Aeris membuka topik ceritanya itu
Rei menggeleng sahaja .
" Ha so dalam novel ni dia cerita macam tu lah tapi dia versi fantasi jadi macam lelaki tu raja perempuan tu orang bawahan biasa je " sambung Aeris lagi
" So lelaki raja tu ada kawan perempuan ? Raja juga lah ? " tanya Rei pula dan Aeris mengangguk sahaja
Dan Aeris terus sahaja menyambung ceritanya tentang novel itu . Rei pula setia mendengar dan menjawab apa yang Aeris tanya , sekali sakala layankan ajelah isteri .
" So you love this kind of storyline ? " tanya Rei apabila Aeris sudah habis ceritakan tentang novel itu
" Suka lah juga , saya ada banyak lagi novel dan saya enjoy semua genre " jawab Aeris
Rei mengangguk sahaja . Dah kesudahannua dia pun mengikut membaca sekali setiap kali Aeris membuka muka surat baru dia juga tekun membaca sampai dia pula yang emosi macam ..
" Jahatnya lelaki dia . "
" Eih isteri dia ni baik sangatlah "
" Apa benda ni ? Aduh laki dia ni "
Aeris pula yang tergelak mendengar celoteh Rei yang setiap kali dia geram dengan watak dalam novel itu .
Kesudahannya mereka bacalah novel itu sama-sama sampai habis .
Selamat berpuasa !
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...