Bab 49

229 13 1
                                    

Rei dan Aeris akhirnya terbangun juga selepas tidur mereka yang panjang itu . Terus mereka berdua makan tengah hari dengan lauk daging masak kicap yang baru Aeris masak itu

" Love , nak tolong apa-apa ke ? " tanya Rei yang baru muncul di dapur itu

" Tak apalah . Dah siap dah ni , hm awak tu .. yang bersiap bagai nak pergi mana ? " bukan dia tidak perasan Rei yang sudah pakai jaket hitam itu

" Saya nak jumpa Azri dengan Sara . Kes ni dah nak selesai , saya pun dah bosan hadap kes Hairi dengan Hairina ni " Aeris hanya tertawa kecil mendengarnya

Aeris tiba-tiba mematikan dapur gas sebelum dia duduk disebelah Rei . Rei diam sahaja memerhati Aeris yang sudah duduk disebelahnya itu

" Erm .. memang kena pergi jumpa diorang ke harini ? " Rei mengerut dahi kecil . Dah kenapa pula ni ?

" Saya memang nak jumpa diorang pun .. kenapa ? Awak nak pergi mana-mana ke hari ni ? " tanya Rei pula

" Tak adalah cuma .. kalau jumpa diorang esok tak boleh eh ? " minta Aeris pula . Entah lah dia cuma rasa dia nak duduk dengan Rei je sekarang ni

Rei tergelak mendengar Aeris minta begitu " Dah kenapa tiba-tiba ni sayang ? Pelik semacam je awak ni "

" Tak apalah , kalau awak nak pergi jumpa diorang pergilah . " senyuman nipis Aeris tayang padanya

Aeris berdiri semula dan mahu menyalin masakannya itu ke dalam mangkuk . Rei turut berdiri , terus jaket hitam yang dipakainya itu ditanggalkan dan diletak di kerusi . Tinggallah Rei yang masih bersinglet hitam sahaja

Terus dia merapati tubuh Aeris itu dan memeluk tubuh isterinya itu dari belakang. Dagunya berlabuh di bahu kiri Aeris . Aeris membiarkan sahaja walaupun jujur dia malu

" Awak taknak saya keluar eh ? " tanya Rei

" Tak adalah . Awak kan kerja , boleh je kalau awak nak pergi .. " balas Aeris , nadanya kedengaran biasa sahaja

" Kalau saya ajak diorang datang sini , boleh ? Awak marah ke ? " tanya Rei lagi . Aeris menggeleng kepala sahaja

" Tapi- "

Tok ! Tok !

Pintu rumah mereka yang diketuk itu mengalih perhatian mereka berdua . Rei melepaskan pelukan di pinggang Aeris itu dan berjalan menuju ke pintu rumah yang masih diketuk itu

Sebaik sahaja dibuka , terpampanglah wajah Dato Arez dengan pandangan ketatnya sahaja . Tangan disilang ke dada . Rei memaniskan wajahnya , senyuman tipis diberikan

" Papa " Rei menghulurkan tangan namun hanya dipandang sepi oleh Dato Arez

" Mana anak aku ? " tanya Dato Arez mendatar

" Aeris ada . Masuklah dulu papa " Rei memberi ruang untuk Dato Arez masuk ke rumahnya

Dato Arez masuk sahaja tanpa banyak kata . Aeris yang baru muncul dari dapur itu memerhati pelik ke arah papanya yang tiba-tiba muncul disini hari ini ?

" Papa .. " Aeris menghampiri Dato Arez . Dia duduk dihadapan sofa bertentangan Dato Arez

" Papa nak bawa Aeris balik " Aeris mengeluh kecil mendengar

" Papa apa lagi ni ? Hairi dah tak kacau adik . Dia pun tunggu masa je nak kena tangkap . Apa lagi yang papa tak puas hati ? " tanya Aeris . Nadanya sedaya upaya dikawal agar tidak mahu kedengaran biadap

Rei turut duduk disebelah Aeris . Dalam masa begini dia malas mahu masuk campur . Baik dia hanya diam dan mendengar sahaja apa yang mereka berdua mahu katakan .

" Adik , jangan lawan cakap papa . Selama ni papa yang jaga dan besarkan Aeris . Bukan dia , sekarang Aeris taknak ikut cakap papa ? " tegas Dato Arez

" Papa adik minta maaf sangat tapi tempat adik dekat sisi suami Aeris sendiri .. papa kenapa benci sangat dekat Arien ? Dia dah buat macam-macam untuk adik " balas Aeris pula

Rei memegang tangan Aeris , Aeris menoleh memandang Rei disebelahnya . Rei hanya senyum dengan kepalanya digelengkan sedikit

Tanda dia tidak mahu Aeris terlalu melawan kata Dato Arez itu .

" Ini keputusan papa , Arien sendiri dah cakap kalau dia selamatkan Aeris . Dia akan bagi Aeris pada papa , kenapa dia tak tunaikan kata-kata dia sendiri ? " kalini Dato Arez menyerang Rei pula

Aeris terus menoleh memandang Rei yang masih tenang disebelahnya . Rei berdehem kecil , kalini dia perlu bercakaplah .

" Maaf mungkin saya tak tunaikan apa yang saya cakap . Saya boleh bagi Aeris dalam jagaan papa semula .. tapi jika kalau Aeris nak . " Rei juga menegaskan ayatnya itu

" Kamu tak ada hak . Dia anak aku , aku lebih berhak jaga dia " kasar Dato Arez membalas

Rei memeluk Aeris dari tepi , tangannya berlabuh di bahu Aeris " Dia juga isteri saya , dan saya suami dia . Saya juga berhak jaga dia "

" Papa please .. " Aeris merayu kecil

Kenapa papanya berubah macam ni ? Kenapa papanya terlihat seperti membenci Rei ?

Dato Arez mengeluh kecil , wajahnya ditunduk seketika " Aku cuma taknak anak aku sakit lagi .. aku dah tengok semua . Sengsara dia waktu dulu .. waktu jantan tak guna tu hampir rosakkan dia " kata Dato Arez

Rei membalas lembut " Tak apa , papa boleh yakin dengan saya .. saya akan jaga Aeris dengan sebaiknya . Kalau papa tak yakin dengan Arien .. " Rei memghentikan ayatnya

" Takkan Arien yang papa cari untuk jagakan anak papa ni kan ? "

Aeris mengerut dahi , tidak faham . Cari Rei ? Papa cari Rei untuk jagakan dia ? Apa semua ni ? Aeris masih bingung namun dia tahu ini bukan masa untuk bertanya

" Papa ! "

Mereka semua serentak memandang ke arah Aeriq yang tiba-tiba muncul di depan pintu rumah itu . Sebenarnya Aeriq mengikuti Dato Arez , dia terasa tidak sedap hati . Tidak sangka pula papanya sampai ke sini

" Papa , apa papa nak buat lagi ni ? " soal Aeriq . Tidak dijemput pun terus dia masuk dalam rumah itu

" Abang .. tak apalah " Aeris bersuara , tidak mahulah Aeriq bertengkar dengan papanya pula

" Along .. papa masih tak yakin dengan dia . Hairi tu pula abang angkat dia , dia berkemungkinan- "

" Apa ? Papa nak cakap yang Arien rancang semua ni ? Papa nak cakap Arien nak bagi Aeris ni dekat si Hairi tu ? Macam tu ? " potong Aeriq terus

" Papa .. " Aeriq meraup wajahnya , macam manalah Dati Arez boleh fikir begitu jauh

" Papa can't you see ? Papa tak nampak ke macam mana Arien ni sayangkan Aeris ? He loves her so much ! " sambung Aeriq lagi

" Papa cuma tak yakin .. papa tak mahu Aeris sakit lagi . Papa taknak tengok dia sengsara lagi sekali .. " balas Dato Arez . Suaranya mula mengendur

" Apa kaitan dengan Arien papa ? Papa Arien dah jaga Aeris sehabis baik papa . Papa lupa ke Arien ni siapa ? " Aeriq bersuara lagi

Kalini Aeris lagi pelik . Kenapa seperti ada satu rahsia yang dia tidak tahu ? Rei yang duduk disebelah Aeris mengeratkan peluk dia bahu gadis itu

" Papa lupa ke ? Arien ni lah orang yang papa upah untuk jagakan Aeris dari jauh . Dia lah orang yang jaga Aeris selamani , kita sendiri pun tak mampu pantau Aeris macam mana dia pantau Aeris ! " sambung Aeriq tanpa sedar yang Aeris masih belum tahu apa-apa disitu

" Apa ? Apa along cakap ni ? "

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now