Bab 27

253 16 3
                                    

" Dia abang awak ? " Aeris tanya sekali lagi dengan nada suara agak tertahan

" Ya .. kenapa ? " Hairina mula berasa pelik melihat reaksi Aeris yang seperti terkejut sungguh itu

" Tak- "

" Balik . "

Serentak mereka memandang ke arah lelaki yang baru muncul dengan wajah ketatnya . Aeris sudah kecut perut melihat pandangan tajam Rei kepadanya .

" Abang .. macam mana tahu- "

" Kau jangan jumpa isteri aku . Aku warning kau sekali , Hairina " Rei berkata kepada Hairina pula dengan nada tegangnya

" Ke-kenapa nak marah Hairina ? Aeris yang nak jumpa . Abang nak marah Hairina kenapa ? Abang tak pernah marah Hairina " Hairina memandang Rei dengan mata layunya

" I never trust any of you , until now " Rei bersuara perlahan kepada Hairina

Terus dia memegang tangan Aeris agak kuat dan dibawa isterinya keluar daripada cafe itu . Aeris memandang ke arah kereta abangnya , aik .. mana Aeriq ? Tak guna !

" Mana Aeriq ? " tanya Aeris kepada Rei namun suaminya tidak menjawab malah hanya membuka pintu kereta dan menolak sedikit Aeris agar masuk ke dalam

Aeris hanya ikut dan duduk ditempatnya seperti biasa walaupun dia gerun juga sekarang dengan pandangan menikam Rei ke arahnya

Rei turut masuk ke dalam kereta namun belum sempat dia masuk Hairina muncul semula sebelum menyambar lengan lelaki itu . Aeris dengan Rei dua-dua tersentak melihatnya

" Abang , Hairina tak macam tu .. kenapa abang tak percayakan Hairina ? " Hairina bertanya dengan wajah sedihnya terhadap lelaki itu

" Apa benda kau ni ?! " Rei merentap lengannya

" Abang .. Hairina yang selalu tolong abang kot waktu kecil . Kenapa bila dah besar abang layan Hairina macam ni ? " air matanya sudah mengalir di hadapan Rei . Aeris yang melihat dari dalam kereta dia yang berasa cemas

" Berambus . Aku tahu niat korang semua , belum sampai masanya lagi " Rei terus masuk ke dalam kereta dan pintu ditutup kuat

Aeris memakai seatbelt miliknya . Rei terus memandu meninggalkan kawasan itu . Kereta itu dipandu agak laju , Aeris memegang seatbeltnya . Laju sangat !

" Rei .. bawa perlahan-lahan lah . Laju sangat ni . " Aeris menegur dengan mata memandang ke jalan

Rei diam tidak bersuara . Panduannya masih sama masih laju dengan wajah ketatnya sahaja . Aeris jadi makin gerun , takkan jumpa Hairina sahaja boleh buat dia marah begini ?

Sampai sahaja di rumah Rei terus mematikan engin dan keluar dari kereta terlebih dahulu tanpa menunggu Aeris

" Rei ! " Aeris turut keluar dari kereta sebelum mengejar langkah suaminya

" Rei " lengan Rei dipegang dan Rei berhenti juga ketika itu

" Saya minta maaflah kalau awak marahkan saya " Aeris berkata kepada Rei dengan nada perlahan

Rei menoleh memandang Aeris dengan pandangan matanya yang tidak lagi tajam seperti tadi . Aeris tidak tahu apa maksud disebalik pandangan itu .

" Dah . Masuk " itu sahaja balasan Rei . Dia menarik lengan Aeris agar ikut masuk ke rumah bersamanya

Masuk sahaja ke dalam terlihat Datin Arna yang baru sahaja keluar dari dapur itu . Terus dia menuju ke arah mereka

" Adik ! Kenapa keluar ? Bahaya tau . Adik tahu kan apa yang tengah jadi ? Nak keluar juga " marah Datin Arna kepadanya

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now