Bab 42

269 16 1
                                    

Aeris mengerdipkan matanya beberapa kali . Dia melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 5.43 pagi . Dia nak mandi dulu sebelum subuh nanti

Aeris menegakkan badannya , baru dia sedar Rei tiada disebelahnya . Ke mana lelaki ni ? Sudah pagi pun keluar lagi

Aeris geleng kepala sahaja , malas mahu fikir panjang . Adalah kerja Rei tengah buat tu . Terus dia mencapai tuala sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik air dia terdengar pintu biliknya seperti dibuka

Pasti Rei sudah balik . Namun dia tetap mandi dahulu membersihkan badannya yang melekit kerana peluh itu . Tidur pun panas sebenarnya .

Keluar sahaja dari bilik mandi itu Aeris terjerit kecil " Rei ! Kenapa dengan muka awak ni ? " laju dia menghampiri lelaki itu yang sedang membuka first aid itu

" Nothing my love . Sikit je ni .. " jawab Rei . Bibirnya dipaksa senyum walaupun agak sengal

" Sikit ? Sikit ?! Eh muka awak tu- "

" Shh shh , sayangku jangan cakap kuat sangat . Nanti diorang terbangun nanti " Rei menarik Aeris agar duduk disebelahnya

" Kalau diorang terbangun sekali pun . Pagi-pagi nanti nak sarapan diorang akan nampak muka awak ni jugalah . Tak ada beza pun " balas Aeris geram

" Tolong sapukan " kapas di tangan Rei diberi kepada Aeris

Aeris mengambil sebelum dia dekatkan dirinya sedikit dengan Rei . Tangannya perlahan-lahan menyapu kapas yang sudah diletak cecair ubat itu di pinggir bibir Rei

Rei diam tidak memberi riaksi apa-apa . Dia kekal melihat wajah Aeris yang tekun sapukan ubat di pinggir bibirnya itu

" Awak bergaduh dengan siapa ni ? Sejak bila jadi gangster ? Tiba-tuba bertumbuk dengan orang pula " tanya Aeris sambil tangannya masih bergerak menyapu kapas itu di tepi mata Rei pula

" Orang pukul aku . Bukan aku pukul orang " balas Rei tenang sahaja

" Siapa pukul awak ? " tanya Aeris lagi . Serupa polis dah bertanya itu ini

" Biasalah . Musuh memerhati " ringkas Rei membalas

" Hairi pukul kan ? "

Riak wajah Aeris kelihatan selamba sahaja bila bertanya begitu . Rei memandang gadis itu lama , macam mana senang sangat dia tahu ? Tapi bukan Hairi yang pukul

" Bukan Hairi . Orang-orang dia je " balas Rei lagi , sesekali dia berdehem sikit apabila terasa pedih di kawasan yang disapu krim oleh Aeris itu

Aeris diam sahaja selepas itu tidak berkata apa-apa . Sudah siap letakkan ubat terus dia menyimpan kotak forst aid itu sebelum duduk disebelah Rei semula

" Kau okay ke ni ? Kenapa ? " dia tahu pasti ada yang tidak kena dengan Aeris sekarang

" Awak , Azri .. Sara . Semua banyak cedera sebab saya . Kenapa korang beria sangat jaga saya ? Saya ni orang biasa . Tak mendatangkan apa-apa hasil pun untuk korang sampai korang semua perlu jaga saya sampai macam ni " kata Aeris panjang

" Awak semua boleh je hidup macam biasa tanpa jaga saya ni . Saya dah besar , pandai-pandailah saya jaga diri sendiri " sambung Aeris lagi . Tiba-tiba dia berasa sebak sendiri

Rei mendekati gadis itu dan tangannya mula naik mengelus lembut pipi Aeris .

" Memang kau orang biasa . Kau tak mendatangkan apa-apa hasil pun untuk diorang . " kata Rei pula

" Tapi kau penting untuk aku . "

Terangkat wajah Aeris apabila dia mendengar kata lelaki itu . Penting ?

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now