Bab 26

271 15 1
                                    

Sampai sahaja di rumah Datin Arna mereka disoal macam-macam namun Rei hanya memberi jawapan kereta habis minyak tepi jalan dan malas nak pandu balik rumah

Nasib mereka percaya sahaja dan tidak soal apa-apa lagi selepas itu . Aeris dan Rei naik terus duduk di dalam bilik mereka , Aeris elok berbaring di katil sambil tunggu Rei keluar dari bilik air

Sebaik sahaja Rei keluar dari bilik air Aeris duduk dan bersandar di katil sambil melihat Rei yang sedang mengeringkan rambut menggunakan tuala kecil itu

" Taknak mandi ? " Aeris geleng sahaja bagi menjawab soalan Rei itu . Rei memakai short pants paras lutur miliknya sebelum duduk di atas katil disebelah Aeris

" Kau okay ? " Aeris berpaling memandang Rei seketika sebelum mengangguk sahaja

" Kau diam dari tadi .. betul ke okay ? Kalau ada benda tak kena ceritalah kat aku " Rei mendekati lagi ke arah Aeris . Tangan kiri Aeris diraih dan dipegang lembut

" Saya tak pernah tahu lebih pasal awak .. pasal keluarga awak . Awak taknak cerita dekat saya ke ? " Rei terdiam mendengar soalan dari Aeris itu , memang ini soalan yang dia mahu tanya dari tadi ?

" Tak ada yang menarik pun cerita aku Aeris . Tak penting pun untuk kau tahu " balas Rei ringkas

" Tak penting ? Saya ni isteri awak . Senang je awak kata benda tu tak penting , mestilah saya nak tahu " Aeris membalas semula dengan pandangan tidak puas hatinya pada Rei

" Aku tak berminat nak cerita pasal diorang . Kita .. tak payah cakap pasal diorang boleh ? " Aeris memandang raut wajah Rei yang kelihatan berubah itu . Pasti kisahnya tidak begitu baik sekali .

Aeris senyum nipis sahaja , dia tidak mahulah begitu memaksa namun .. dia tetap mahu tahu jawapan dan dia tahu mana nak dapatkannya .

" Tak apalah .. rehatlah . Awak mesti penat kan . " Aeris senyum nipis . Tidak mahulah Rei ingat dia terasa ke apa

" Sorry .. a-aku taknak ingat apa-apa pasal diorang . Maaf aku tak boleh cerita .. " Rei bersuara perlahan nadanya terselit rasa bersalahnya

" Tak apalah , saya okay . Hmm rumah kita macam mana ? " Aeris menukar topik perbualan mereka . " Nanti esok aku settle kan semua . Buat masa ni .. kita tinggallah sini dulu " balas Rei

" Macam mana awak tahu banyak pasal saya ? "
tanya Aeris lagi

" Sebab aku nak tahu . Aku boleh tanya . Dan aku dapat semua jawapan , senang kan ? " jawab Rei dengan tenang

" Awak memang tahu semua cerita ? " perkataan semua ditekankan . Dia benar-benar mahu tahu jika Rei tahu semua cerita tentangnya

" Not all . " pendek balas Rei

Aeris diam , dia agak lega bila Rei tidak tahu semuanya . Mungkin dia sudah tahu pasal Hairi tapi tidak tahu apa yang dia lalui .

" Jomlah tidur . Penatlah " Rei menarik tangan Aeris untuk baring semula . Aeris perlahan-lahan baringkan badannya dan mengiring ke arah suaminya

" Kau jangan fikir sangat ya ? Nanti kau stress pula , aku taknak tengok kau stress sebab benda macam ni " pesan Rei . Tangannya naik mengelus lembut pipi Aeris

Aeris mengangguk sahaja . Matanya ditutup dan dia cuba untuk tidur . Dia tahu dia nak buat apa esok .

.

Rei pagi-pagi sudah keluar katanya mahu selesaikan beberapa masalah dari semalam . Rasanya Aeris sudah dapat tahu pekerjaan Rei walaupun lelaki itu masih tidak mahu beritahunya

" Eh adik nak keluar ke ? " Aeriq menegur adiknya yang baru turun dari tingkat atas itu .

" Haah , hm Arien tak balik lagi eh ? " tanya Aeris matanya memandang sekeliling , haraplah Rei belum balik

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now