Bab 24

285 17 1
                                    

Aeris tersedar dari lenanya , dia ingat mahu pura-pura tidur sahaja namun tertidur betul-betul pula . Jam di phone dilihat sudah pukul 4.54 petang .

Aeris turun dari katilnya dan berjalan untuk turun ke bawah . Mana Rei ? Lelaki itu tiada di dalam bilik . Aeris memandang ke arah mereka yang duduk bersama di sofa ruang tamu itu

Waktu itu juga semua mata memandanf ke arahnya yang baru sahaja turun .

" Adik abang . Baru bangun " Aeriq menegur  adiknya dengan senyuman manis . Aeris hanya mengangguk sahaja

Aeris dudk disebelah Aeriq walaupun dia perasan sahaja Rei memandang dirinya namun dia tidak kisah .

" Adik lapar ke ? Nak makan ? Pergilah makan dulu " kata Datin Arna pula .

" Tak apalah . Aeris tak lapar .. kenapa semua berkumpul macam ni ? Ada apa-apa ke ? " mereka semua membuat muka biasa sahaja mendengar pertanyaan Aeris itu

" Mana ada apa-apa . Saja borak . Adik kan tengah tidur kalau tak boleh je borak sekali tadi " kata Aeriq sambil tangannya mengelus lembut kepala adiknya

" Kamu balik malam nanti ke Arien ? " Rei memandang ke arah Dato Arez yang bertanya itu

" Haah . Balik malam sikitlah bukannya jauh sangat pun dari sini ke rumah kami " balas Rei

" Aeris nak duduk sini tak boleh ke ? "

Semua mata memandang ke arah ke arah Aeris yang berkata begitu termasuklah Rei . Mesti Aeris masih merajuk dengannya sampaikan taknak ikut dia balik ni .

" Eh mana boleh macam tu . Kenalah ikut suami , kenapa ? Rei buli adik eh ? " gurau Aeriq itu mengundang tawa halus mereka namun Aeris senyum nipis sahaja

" Agak-agak ah takkan aku nak buli adik kau " balas Rei semula . Aeriq hanya ketawa kecil sahaja

" Adik pergilah makan dulu . Mama masak lauk kegemaran adik tau . " Aeris sudah teruja apabila mendengar Datin Arna berkata begitu
" Ketam ke mama ? " Datin Arna mengangguk

Laju Aeris bangun sebelum bergerak ke dapur . Dia memang suka ketam masak merah . Lauk kegemaran dia !

Rei juga turut berdiri baru sahaja dia berdiri Aeriq menegur dahulu " Nak ikut bini lah tu ." usik Aeriq . Rei memukul perlahan bahu lelaki itu dengan tawa kecilnya namun dia tetap pergi ke dapur

Aeris duduk terus di kerusi sebelum mula menjamah makanannya . Sampai tidak sedar Rei sudah duduk disebelahnya . Aeris makan sahaja dan tidak hiraukan Rei disebelahnya

" Sedap ke ? " tanya Rei dengan mata tidak lepas memandang isterinya . Aeris mengangguk sahaja , tengah makan takkan nak bercakap

" Nak sikit boleh ? " Aeris menjeling Rei disebelahnya sekilas . " Pergilah makan sendiri " balasnya selamba

" Tapi nak makan dengan kau . Nak sikit boleh ? " Rei mendekatkan dirinya dengan Aeris . Aeris mendecit perlahan namun dia tetap sudah bersedia mahu menyuap suaminya itu namun Aeriq yang baru muncul di dapur itu menghentikan Aeris

" Adik , suami awak ni tak boleh makan seafood . Adik suap dia ketam tak pasal-pasal hijau muka handsome dia ni nanti " tegur Aeriq nasib sahaja dia sampai cepat ke dapur . Niatnya mahu minum air sahaja .

" Ha ? Awak tak boleh makan seafood ? " bingung Aeris bertanya kepada Rei yang wajahnya selamba seperti tiada apa berlaku itu

" Aduh kau ni Arien . Main melantak je " Rei tergelak mendengar Aeriq yang gurau begitu . Aeriq beredar dari dapur meninggalkan mereka berdua selepas dia minum air

" Mengada . Tak boleh makan tak payah makan . " Aeris pula yang memarahi dirinya dan sambung makan semula .

" Kau kan merajuk dengan aku . Yelah taknak layan aku kan " Aeris mendengar sahaja . Dah tahu ? Takkan tak ada nak pujuk kot .

Rei berdiri dan menuju ke arah peti ais . Dia mencapai sesuatu sebelum duduk semula di sebelah Aeris . Aeris tidak meandang langsung malah menghabiskan makannya .

" Nah " Aeris memandang Rei yang meletakkan coklat di atas meja itu . Halah nak pujuk macam ni susah ni ! Dia dahlah memang suka coklat

" Taknak " Aeris berdiri dan pergi ke singki membasuh tangan dan pinggannya . " Betul taknak ? Taknak aku bagi Hairina . Dia suka- " laju Aeris memukul bahu suaminya itu .

Rei tergelak , ada hati nak merajuk konon .

" Dah makan . Aku tahu kau suka coklat . Makan semua ni " Aeris mencebik namun dia tetap duduk disebelah Rei semula dan membuka satu bungkusan coklat itu dan mula memakannya

" Pujuk pun dengan coklat je . Tak ada effort " selamba Aeris kata kepadanya . Mulutnya masih mengunyah coklat yang dimakannya itu , sedap !

Rei makin merapatkan diri dengan Aeris sebelum dia memeluk pinggang Aeris dari tepi dan mengelus lembut . Aeris menjelingnya kecil , mula dah .

" Aku minta maaf okay ? Aku tak ada niat pun nak tinggal kau macam tu je dekat rumah . Aku betul-betul ada hal tadi . Sorry my love " tutur Rei lembut ditepi Aeris , siapa yang dengar memang akan rasa terpujuk betul termasuk Aeris sekarang !

Aeris mengemam mulutnya , jangan senyum ! Aeris menggeliat sedikit mahu Rei melepaskan pelukan di pinggangnya , dia geli . Dia kan memang tidak suka dipeluk .

" Tepilah , peluk tak habis-habis " Aeris cuba menepis tangan Rei di pinggangnya itu .

" Cium boleh cium ? " kata Rei selamba dengan senyuman mengusiknya . " Ei gatal ! " Aeris tergelak juga , Rei turut tergelak sama . Dia suka melihat senyuman Aeris .

" Awak bukan tak kerja ke ? Ada hal apa ya ? " soal Aeris secara tiba-tiba itu membuatkan Rei terdiam kembali

" Adalah kerja aku . " balas Rei tanpa ragu-ragu

" Awak jumpa perempuan lain eh ? " Aeris mengecilkan matanya memandang Rei . Jangan macam-macam !

" Haah , banyak perempuan aku jumpa . Cantik-cantik " Rei membalas dengan nadanya meleret , Aeris yang mendengar mula panas hati .

" Dahtu pergilah dekat diorang . Tak guna " ayat akhirnya ditutur perlahan . Aeris sudah mahu berdiri namun Rei laju memegang tangannya sebelum tergelak kecil

" Gurau lah , mana ada . Tak ada perempuan pun . " Aeris mendengar itu menjelingnya lagi . Memang banyak kena jeling je suaminya ini !

" Sorry my love . Aku sumpah tak ada perempuan pun . Aku ada kerja sendiri kalau itu yang kau nak tahu , kerja halal . Jangan risau okay ? " Rei berkata lembut dengan tangannya bergerak mengelus lembut pipi Aeris

" Tak percaya . Pergilah jumpa banyak perempuan tu " Aeris berkeras lagi . Dia mahu jalan ke luar namun Rei memegang tangannya menghalang

" I love you , only you . Aku tak nampak perempuan lain dah selain Aeris Nalia Binti Arez ni . " Rei berkata lagi dengan tangannya memegang erat Aeris meyakinkan gadis itu .

Aeris diam melihat saja Rei yang memandang dirinya itu . Terpujuklah juga , saja je nak acah-acah mengada , suami kan ?

" Malam nanti kita balik ya ? Jangan mengada tau . " hidung Aeris dicuitnya . Rei senyum manis kepadanya .

" Kalau taknak balik ? " kata Aeris dengan wajah selamba . " Aku angkat kau . Tak kisahlah depan mama papa sekali pun . Aku angkat kau masuk kereta " balas Rei serious kepadanya

" Saya berat tau . Yakin je boleh angkat . Patah pinggang awak angkat saya nanti " gurau Aeris , tak adalah berat mana . Berat lah juga .

" Kau berat tong gas pun aku angkat " Aeris tergelak dia memukul perlahan bahu suaminya itu , agak-agaklah !

" Kau okay ? "

Soalan tiba-tuba yang Rei tanya itu membuatkan Aeris diam semula . Hanya matanya sahaja memandang Rei . Dia .. okay ?

" Saya .. saya okay " Aeris senyum nipis kepadanya

" Aku ada tahu ? Apa-apa aku sentiasa lindungi kau . Kau kena ingat tu " Rei memegang lembut kepala Aeris dan diusapnya perlahan . Aeris mengangguk sahaja

Dia percayakan Rei .

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now