Bab 23

261 21 2
                                    

Aeris terundur apabila Hairi berada dihadapannya . Macam mana lelaki ini boleh berada disini ? . Sara dan Azri pantas berdiri disebelah Aeris .

" Kalau nak buat kecoh dekat sini baik tak payah . Boleh berambus " kata Azri lagi , nadanya keras . Gerun Aeris , dia tidak pernah dengar Azri berkata dalam nada serious begitu

" Kau sibuk asal ? Aku nak jumpa sayang aku . Noneof your business " Hairi merapati Aeris namun Sara laju menarik Aeris berdiri dibelakangnya . " Cakap pakai mulut . Tak payahlah nak dekat-dekat " kata Sara

" Bawak dia cepat Hairi . Malas lah aku nak layan diorang ni " wanita itu mula bersuara sebelum keluar daripada cafe itu . Hairi memandang Aeris sebelum dia senyum sinis kepada gadis itu

" Let's go sayang . Come with me " Hairi mahu menarik lengan Aeris namun Azri menepisnya laju " Jangan sentuh kawan aku ! " Azri menolak sedikit tubuh Hairi sehingga terundur lelaki itu

" Menyemaklah si-l ! " Hairi turut mula naik angin dengan bertindak menolak semula Azri ke belakang . Aeris cuak , dia nak buat apa sekarang ni ? Memang tidaklah dia mahu ikut Hairi dan wanita itu !

" Kau sini ! " Hairi mula bertindak kasar . Tubuh Sara ditolaknya sehingga hampir sahaja gadis itu terjatuh . Aeris mengundurkan dirinya " Kenapa sayang ? You takut dengan I ke ? " Hairi berjalan lagi merapati gadis itu

" A-apa kau nak lagi Hairi .. " Aeris memandang sekelilingnya . Memang tiada apa-apa untuk dijadikan senjata . " Nak you lah sayang . " Hairi selamba memegang lengan Aeris sebelum dirarik merapat ke arahnya

Aeris cemas . Takut . Dia menarik agar terlepas dari genggaman Hairi . Sara laju merapati mereka sebelum Aeris ditarik ke arahnya dan disembunyi di belakang badannya

" Keluar sebelum aku panggil polis . Berambus dari cafe ni ! " Sara memandang tajam ke anak mata Hairi yang jelas geram dengan tindakannya itu . Azri laju berdiri disebelah Sara .

" Hairi ! Kau tunggu apa lagi ?! Angkat jelah Aeris tu ergh lembab " wanita itu yang berada di luar mula merungut .

Nasib orang awam yang lalu lalang disitu tidak begitu peduli tentang mereka . Nasib juga pagi ini tidak terlalu ramai orang selepas pelanggan mereka keluar tadi .

" Don't touch my wife ! "

Mereka serentak memandang ke arah Rei yang laju masuk ke dalam cafe itu sebelum tubuh Hairi ditolak menjauh oleh mereka bertiga .

" Wow , hero dah sampai . " Hairi gelak mengejek sahaja disitu . Rei memandang Hairi dengan pandangan mata helangnya . Sampai kesini dia ganggu Aeris ? Memang cari nahas .

" Kau jangan menyibuklah ! Hairi ambik Aeris tu ! " wanita itu bersuara lagi . Sara kalini tidak tahan terus dia menarik wanita itu masuk sebelum didudukkan dikerusi cafe itu . " Kau kalau kau berbunyi lagi , aku tampar muka kau " keras nada suara Sara

Wanita itu menjeling sekilas Sara yang tiba-tiba mengarah dia begitu . Ingat dia takut ke !

Rei pantas berdiri dihadapan isterinya yang menunduk ketakutan itu . Aeris laju tangannya angkat memegang erat baju di pinggang Rei itu

" Kau jangan buat kecoh . Bincang dengan aku nanti . Bukan dekat sini " kata Rei kepada Hairi . " Aku taknak bincang . Aku nak dia " selamba Hairi menjuihkan bibirnya ke arah Aeris dibelakang Rei itu

" Jumpa nanti . Bukan sekarang . Blah , bawak orang tua tu berambus sekali dari cafe ni " wanita itu menjenggil mata mendengar Rei mengelar dirinya begitu

" Diam . Kau jangan berbunyi " laju Sara memintas dahulu kepada wanita itu

" Baik , kalau kau nak bincang . Jumpa kitorang nanti . Datang harini pun saja nak suprise sikit . Okay , cau . Aeris sayang .. " Hairi meleretkan suaranya sebelum memandang Aeris yang langsung tidak memandang dirinya itu

" Jumpa you nanti my sayang " Hairi terus membantu ibunya itu berdiri sebelum keluar daripada cafe itu . Sempat wanita itu menjeling Sara

Azri merapati Sara yang menutup pintu cafe itu . " Wei , kau okay ? " tanya Azri . Sara mengangguk sahaja sebagai jawapan

Rei berpusing sebelum memandang Aeris yang masih menunduk itu . " Aeris .. " Rei mengelus lembut pipi kanan isterinya itu .

Aeris tidak berkata apa malah terus sahaja dia memeluk tubuh suaminya erat dengan tangisannya sekali . Rei turut memeluk kembali tubuh isterinya dengan erat . Sara dan Azri berpalingkan wajah mereka , single .

" Aku bawa Aeris balik dulu . " Sara laju ke dapur sebelum beg tangan Aeris diambil dan diberi kepada Rei . Rei menggalas beg tangan Aeris itu sebelum dia menarik Aeris keluar sekali bersama

" Aku bawa motor . Tak apa ke ? " Aeris mengangguk sahaja . Rei memakaikan helmet putih itu dikepala Aeris sebelum helmetnya juga dipakai .

.

Sampai-sampai sahaja dirumah mereka Rei turun dahulu sebelum Aeris turut turun . Tangan Aeris dipegangnya , sejuk . Rei diam dahulu dan mereka berjalan bersama hingga depan pintu

" Kau duduk rumah mama dulu . Aku nak keluar sekejap " kata Rei kepadanya . Aeris bertanya " Awak nak pergi mana ? " wajahnya kelihatan dingin sahaja

" Aku ada hal . Kejap je- "

" Awak tak kisah pasal saya ke ? Baik tak payah ambik saya kalau awak nak keluar balik . Buang masa " Aeris memintas percakapan Rei sebelum terus berjalan mahu masuk ke dalam rumah

" Aeris . Aeris " Rei mencapai lengan isterinya namun Aeris merentap perlahan tangannya semula .

" Pergilah keluar , ada hal sangat kan " Aeris terus membuka pintu dan ditutup terus . Rei dibiarkan duduk diluar . Rei mengeluh perlahan sebelum meraup wajahnya

Dapat Aeris dengar bunyi motor Rei sudah dihidupkan . Dia pergi juga ! Aeris menggeleng kepala perlahan , topi beanie dikepalanya ditanggal kasar .

Nampak seperti tiada orang sahaja di rumah . Pasti Datin Arna dan Dato Arez sudah keluar , pembantu rumahnya cuti harini selalunya . Jadi sorang-sorang sahajalah dirumah .

" Sibuk betul dengan kerja dia . Tunggulah aku ni dulu , apa-apanya entah " bebel Aeris sendiri . Kaki laju menaiki tangga satu persatu naik ke atas

Jap ? Sejak bila dia boleh jadi seperti mengada begini ? Aeris menggeleng perlahan . Ah serabutnya fikiran ni . Aeris terus masuk ke dalam biliknya sebelum menukar pakaiannya

Aeris bebaring di atas katilnya . Lama-lama dia terlelap sendiri . Namun dia terbangun apabila phone miliknya berbunyi . Aeris mencapai phone miliknya sebelum melihat nama yang tertera di phone itu

" Nombor siapa pula ni ? Haih malaslah " Aeris meletakkan phone di atas meja semula dan kembali berbaring . Namun phone itu tidak berhentu berbunyi

" Bingit nya ! Siapa ni ? " Aeris mencapai kasar phone miliknya sebelum dia block terus nombor phone itu . Lantakkan !

Dalam beberapa minit Aeris terlelap sendiri . Dia tersedar apabila pintu biliknya dibuka , pasti Rei . Biarlah , tadi kan sibuk sangat dengan kerja , bukannya hiraukan dia pun .

Rei menutup pintu bilik itu perlahan-lahan apabila dia nampak Aeris sedang tidur itu . Rei berjalan mendekati Aeris , tangan kanannya menyentuh lembut pipi isterinya itu

Aeris diam sahaja dengan matanya masih tutup . Pura-pura sahaja .

" Kalaulah kau tahu macam mana aku sayang sangat dekat kau .. dan macam mana rasa aku bila nampak kau sakit .. " Aeris mendengar Rei berkata perlahan kepadanya

Aeris diam sahaja sambil mendengar . Apa maksudnya ?

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now