Hairi mengeluarkan pisau dari poket seluar dan dia bermain-main dengan hujung mata pisau itu . Matanya memandang kembali ke arah Aeris dan Rei .
" Apa kau buat dekat sini ? Datang sorang , kau memang memintakkan " kata Hairi pada Aeris
" Kenapa kau culik family aku sekali ? Apa kena mengena dengan diorang Hairi? Kau dah gila ? " tanya Aeris . Nada suaranya dikawal agar tidak tertinggi suara
Kalau dengan Hairina mungkin dia boleh menang . Tapi dengan Hairi .. tenaga lelaki memang lagi kuat berbanding wanita .
" Siapa kata tak ada kena mengena ? " tanya Hairi semula
Dia mendekati ke arah Aeris dan dengan tindakan drastik tangannya naik mencengkam belakang sanggul Aeris yang dilapisi dengan tudung itu
" Hairi ! "
" Agh sakitlah ! "
Serentak suara Rei dan Aeris , Rei tidak mahu melihat Hairi berkasar dengan Aeris . Dia tidak boleh ! Dengan tangan dan kakinya yang terikat sekarang .
" Aku tanya siapa kata tak ada kena mengena ? Kau tahu apa ha perempuan ?! " kuat suara Hairi bertanya semula dengan tangannya mencengkam kuat sanggul Aeris itu
" Aku tak tahu ! Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku ? Kau nak apa ?! " Aeris memegang tangan Hairi yang mencengkam sanggulnya itu . Sakit ! Dia cuba jauhkan tangan Hairi namun tidak boleh
" Nak korang semua mamposlah ! "
Serentak dengan itu Hairi menghentakkan kepala Aeris di dinding dengan agak kuat . Aeris memegang kepalanya yang terasa sakit dan sengal sekali . Rasa berpusing kepalanya seketika .
" Hairi ! Don't touch my wife ! " Rei mula meronta-ronta . Pergelangan tangannya semakin merah apabila dia cuba melepaskan diri
" Apa ? Jangan sentuh macam mana ? " Hairi menarik lengan Aeris untuk berdiri semula
" Macam ni ke ? "
Buk !
Tidak sangka Hairi menumbuk terus pipi kanan Aeris tanpa sempat gadis itu mengelak . Aeris terjatuh semula , tangannya baik menyentuh pipinya sendiri .
" Hairi ! Kau memang tak guna bodoh ! Dasar pengecut , kau memang lemah dari dulu lagi ! Dasar tak sedar diri ! " Hairi hanya ketawa sinis mendengar kata Rei itu
" Ya ? Hmm sekurang-kurangnya aku lagi kuat dari kau " balas Hairi
" You're not . Kau pengecut , kalau tak kenapa kau beria serang aku waktu aku kena gari macam ni je ? Kalau kau anak jantan kau lepaskan aku ! " provok Rei lagi
Dan ya Hairi rasa tercabar . Aeris memandang Rei lama .. dia tidak mampu berkata apa-apa takut terkena lagi penumbuk dari Hairi . Lelaki ini bukannya waras sangat
" Kau memang memintakkan ? "
Rei senyum sinis kepada Hairi , haraplah yang lelaki itu membuka gari dia . Memang habis Hairi ni dia kerjakan !
" Tapi .. aku nak tunjuk something dulu dekat isteri kau ni . So kau duduk diam-diam ya " Hairi berjalan menghampiri pintu di hujung itu dan dibukanya
Aeris berdebar-debar menunggu apa lah yang terjadi kepada keluarganya sendiri . Dia berharap agar tiada siapa yang cedera .
Namun harapannya musnah apabila melihat Datin Arna yang ditarik keluar dari situ dengan matanya berdarah dan badannya juga lemah sahaja
" Hairi ! Apa kau buat dekat mama aku ?! " Aeris sudah berdiri dan mahu mendekati Hairi namun lelaki itu menghalakan pisau ke leher Datin Arna
" Dekat . Kau dekat aku kelar leher dia " ugut Hairi
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...