Bab 28

269 16 3
                                    

" Kita nak pergi mana ? " Aeris bertanya serta menoleh memandang suaminya yang tekun memandu itu

" Somewhere " balas Rei dengan senyuman nipis

Aeris diam sahaja selepas itu . Pagi-pagi tadi pukul lapan tadi Rei suruh dia bersiap pakai baju kurung semua . Dia sendiri tidak tahu mana mereka mahu pergi

Aeris memerhati jalan apabila Rei sudah belok ke kiri dan masuk ke kawasan .. perkuburan ?
Aeris mengerut dahi kecil , siapa sebenarnya ni ?

Apabila Rei sudah berhentikan keretanya Rei menutup engin kereta dan keluar terlebih dahulu . Dia bergerak ke pintu sebelah Aeris sebelum pintu kereta itu turut dibukanya .

" Er .. kita nak melawat kubur siapa ? " tanya Aeris apabila sudah keluar daripada kereta itu .

" Nanti kau tahu lah " Rei mengambil botol air yang sudah siap diletak di dalam kereta itu . Rei berjalan dahulu di hadapan manakala Aeris mengikutnya di belakang

Aeris melihat berhenti di salah satu kubur yang berbatu nisan putih itu . Aeris turut berhenti disebelahnya sebelum melohat nama yang tertera di situ

Arrina Amirah Binti Zamri

" Ini lah .. mak kandung aku " kata Rei perlahan dengan matanya memandang lama disitu

" Itu .. " mata Aeris beralih ke sebelah itu pula yang ditunjuk Rei itu

" Itu ayah aku .. "

Koa Zaikh

Aeris senyum sebelum mengangguk sahaja . Mereka duduk di tikar yang sudah dibentang sebelum Rei tenung lama kedua-dua kubur itu dengan anak matanya yang berkaca

" A-aku .. aku dah lama tak melawat mereka .. a-aku tak kuat " Rei menunduk dengan air matanya yang sudah mengalir namun dibiarkan sahaja

Aeris memandang wajah Rei yang kekal memandang ke arah kedua kubur ibu bapanya itu dengan air matanya yang mengalir sendiri . Aeris memegang bahu Rei sebelum mengusapnya lembut bagai memujuk

" Lepas mereka tiada .. dua orang tua tu yang ambik aku .. huh bukannya jaga aku pun . Dari kecil sampai lah aku dah besar aku boleh buat hal sendiri baru aku bebas dari mereka . Aku memang jadi mangsa pukul mereka sahaja " Rei mula cerita kepada Aeris tanpa memandang wajah gadis itu

" Kita baca yasin dulu ya ? "

.

Di dalam kereta untuk pulang ke rumah mereka dua diam sahaja . Mata Rei masih merah-merah , mungkin kerana dia menangis tadi walaupun tidak teriak namun ari matanya yang mengalir itu cukup membuktikan yang dia belum kuat sepenuhnya

" Rei .. " panggil Aeris disebelahnya

" Yes my love .. kenapa ? " sahut Rei namun mata masih di jalan raya menumpukan perhatian pada pemanduannya

" Esok boleh saya masuk kerja ? .. saya janji esok je . " Rei yang mendengar permintaan Aeris itu mengeluh kecil . " Aeris .. kau tahu kan jawapan aku apa "

" I promise esok je .. bagilah saya jumpa kawan saya dulu . " pinta Aeris lagi

" Jumpa kat tempat lain tak boleh ? " Aeris menggeleng

" Diorang kerja .. saya tanya dah . " Rei diam tidak menjawab apa

" Saya nak jadi pekerja untuk sehari esok je sebelum saya mula berhenti kerja nanti .. boleh ? " Aeris tanya lagi dengan harapan Rei akan membenarkan

" I don't know .. aku tak berani nak cakap apa "

" Please , diorang chat saya nak jumpa saya esok .. " Rei yang mendengar nada Aeris seperti merayu itu mula serbasalah

" Fine my love .. but ugh aku tak nak bagi kau pergi sebenarnya " Aeris senyum nipis , dia tahu Rei risaukan dia . " Saya janji saya terus cari awak kalau apa-apa jadi " Rei menoleh sekilas ke arah Aeris disebelahnya dan turut tersenyum

.

Pagi-pagi lagi Aeris sudah sampai di cafe ini dengan wajah cerianya , ini hari terakhir dia jadi pekerja sebelum akan berhenti demi keselamatan dia .. dia tak rasa Hairi akan cari dia hari ini .

" Love .. ingat kalau ada apa-apa terus cari aku " pesan Rei yang berada di dalam keretaitu , tingkap keretanya diturunkan

" Okay awak , drive balik rumah elok-elok " Aeris senyum kepadanya serta tangan yang melambai-lambai ke arahnya

" Take care , my love " Rei mengenyitkan matanya kepada Aeris sebelum tingkap kereta dinaikkan semula dan dia mula memandu untuk pulang

Aeris menolak pintu cafe itu namun tidak boleh , kunci di dalam beg tangannya dibawa keluar dan terus dia membuka pintu itu menggunakan kunci miliknya .

" Lambat datang ke dua orang ni " Aeris melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul lapan tepat itu . Mungkin dia yang terlalu awal

Aeris terus memakai apron sebelum kain lap meja dicapainya . Mulalah dia mengelap meja di hadapan itu satu persatu .

Rei yang baru sampai rumah itu mahu berjalan masuk ke dalam namun langkahnya terhenti apabila phone miliknya berbunyi . Rei mengeluarkan phone di dalam poket seluarnya sebelum dia mengangkat panggilan itu

" Yes ? " Rei diam mendengar apa yang orang di dalam talian itu berkata padanya . Serta merta wajahnya berubah

" Shit ! " terus panggilan itu dimatikan dan laju dia masuk ke dalam keretanya semula sebelum memandu laju untuk ke cafe Aeris semula

Rei parking keretanya jauh dari situ dan apa yang buiatkan hatinya hancur apabila melihat .. cafe itu sudah pun terbakar .. orang ramai disitu sudah kecoh apatah lagi yang sudah mula telefon pihak bomba

"N-no Aeris ! " laju Rei keluar dari keretanya dan menghampiri cafe itu dan terus dia meluru mahu masuk ke dalam namun orang keliling memegangnya

" Encik ! Jangan encik bahaya " seorang lelaki itu berkata dengan tangannya berusaha menghalang Rei dari masuk ke dalam

" No ! My wife ! " Rei menolak semua tangan yang memegangnya namun dia masih tidak dapat melawan ketiga lelaki yang sedang memegang dirinya itu

" Jangan encik ! Kita tunggu pihak bomba ya ? Encik tak boleh masuk . Bahaya " kata lelaki itu lagi

Rei terduduk dengan air matanya yang mengalir tidak henti tiga orang lelaki itu menenangkan dia namun air matanya makin laju mengalir .. tidak .. Aeris tidak berada di dalam bukan ?

" A-awak "

Laju Rei memusing apabilqa mendengar suara yang memanggil dirinya itu . Rei memandang wajah Aeris yang turut terkaku melihat apa yang berlaku di hadapannya , laju Rei berdiri sebelum memeluk terus badan Aeris

" Aeris ! You scared me ! " Rei memeluknya kuat bagai tidak mahu lepas . Dia sangat-samgat takut !

" Ke-kenapa .. " tidak keluar suaranya mahu bertanya

Dia keluar dari cafe sekejap mahu ke kedai runcit sebentar . Balik-balik ..

" Shhh please just let me hug you " Rei mengemaskan pelukannya . Dia tidak kisah orang sekeliling memandangnya

Dia hanya mahukan isterinya berada di samping dia .

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now