Bab 10

448 24 1
                                    

" Adik kena awalkan sikit jangka masa nak kahwin adik " kata Dato Arez

Dia sedia maklum dan tahu dengan apa yang telah berlaku . Itu membuatkan dia bertambah risau dengan keadaan anak perempuannya itu .

" Dah report polis ? " tanya Datin Arna soalannya lebih kepada Aeriq

" Dah , semoga kalini baik-baik sajalah " kata Aeriq sebelum dia memeluk Aeris yang berads di sebelahnya

Aeris memandang Aeri disebelahnya sebelum dis tersenyum nipis sahaja . Dia sendiri risau .

" Macam mana dengan Arien ? Dia okay dah ke adik ? " tanya Datin Arna kepada Aeris

" Hm .. esok dah boleh keluar " balas Aeris

" Alhamdulillah . Nanti adik bincang dengan Arien lah kalau dia dah boleh keluar hospital nanti " kata Datin Arna

Aeris hanya mengangguk kecil sahaja .

" Aeris naik dulu " Aeris berkata sebelum dia terus berlalu dan naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik melukisnya

Aeris melihat lukisannya yang sudah mahu siap itu sebelum dia duduk di hadapan lukisan itu . Pensil diambil sebelum dia menyambung lukisannya

Tok tok !

" Siapa ? " tanya Aeris dari dalam biliknya

" Abang ni " sahut Aeriq dari luar bilik itu

" Masuklah " Aeriq membuka pintu bilik itu sebelum dia masuk ke dalam dan pintu ditutup semula

" Wah adik abang lukis apa ni ? " tanya Aeriq , dia mendekati Aeris

" Tengah siapkan lukisan ni . Kenapa abang masuk sini ? " tanya Aeris . Matanya masih melekat di lukisannya . Aeriq berkata " Abang nak tanya ni "

" Hm ? Tanya apa " Aeris meletakkan pensilnya sebelum menoleh memandang Aeriq

" Adik suka ke tidak dengan Rei tu ? " tanya Aeriq terus kepadanya

" Kenapa abang tiba-tiba tanya pasal dia ? " tanya Aeris semula

" Aih abang tanya dulu . Jawab " Aeriq berdiri tegak disebelahnya sambil memeluk tubuh

" Tak adalah suka sangat . Kenapa ? "

" Habis kenapa adik bawa dia jumpa mama dengan papa ? " tanya Aeriq lagi

" Sebenarnya dia tu yang sibuk sangat nak kahwin dengan Aeris . Aeris bagi jelah dia jumpa mama dengan papa , dah diorang suka .. kahwin jelah " senang jawapan yang Aeris berikan

" Senang je kan ? Adik , tak baik mainkan hati dia macam tu . Adik memang tak suka dia langsung ? " tanya Aeriq

" Tak suka . " ringkas jawapan Aeris

" Habis kenapa nak kahwin dengan dia ? "

" Sebab dia- " takkan nak cakap dia stalker ? Gila ke !

" Sebab dia .. dia nampak ikhlas . Aeris je yang belum suka dia . " Aeris membetulkan ayatnya

" Adik janganlah anggap semua lelaki sama macam .. dia . Abang tahu adik jadi macam ni sebab benda-benda lama tu . Tapi kita kena teruskan hidup kita , yang berlalu lupakan tapi jadikan pengajaran " pesan Aeriq panjang kepada adiknya dengan bernada lembut

Aeris menangguk sahaja mendengarnya . Aeriq mengusap lembut kepala adik perempuannya itu , apa-apa pun dia akan tetap utamakan adiknya .

.

" Kau okay tak ? " tanya Aeris

Rei mengangguk sahaja disebelahnya itu . Sekarang mereka dalam perjalanan untuk mencari baju kahwin , laju kan ? Tapi sudah seminggu dah sejak Rei masuk hospital haritu

Aeris terasa sedikit janggal kerana .. dia dapat rasa Rei kurang bercakap dengan dirinya . Atau memang Rei kurang bercakap sebelum ini

" Kepala kau okey dah ke ? " Aries bertanya lagi

" Okey " balas Rei sepatah

Aeris kemudiannya mendiamkan diri sahaja menunggu mereka tiba di butik pakaian itu nanti . Rei tenang memandu sebelum mereka tiba di butik itu

Rei menoleh ke sebelah . Aeris tidur . Rei menarik sedikit topi yang dipakai oleh Aeris itu sebelum Aeris terjaga apabila terasa topinya ditarik

" Turun cepat " kata Rei sebelum dia turun daripada keretanya dan Aeris keluar sama

Mereka berdua berjalan bersama sebelum masuk ke dalam butik itu .

" Hai , ini Cik Aeris dengan Encik Arien ya ? " tanya seorang gadis pekerja disitu menyapa mereka

" Iya " balas Aeris

" Oh Datin Arna dah tempahkan baju untuk korang berdua , mari saya tunjukkan " gadis itu berjalan dahulu sebelum Aeris dan Rei megikutnya dari belakang

" Ini bajunya , boleh cuba ya " kata gadis itu sebelum senyum ramah kepada mereka

Rei dan Aeris berpandangan sessma sendiri sebelum mereka mencapai baju mereka dan menukar pakaian mereka

Aeris melihat pantulannya di cermin . Dia suka baju yang baginya tidak begitu menyerlah , cukup cantik dimatanya sahaja . Dan baju kahwin ini dia suka .

" Aeris , are you done ? " suara Rei menegur dari luar bilik persalinannya

" Ya dah " Aeris membuka pintu biliknya untuk keluar

Mereka masing-masing terpegun memandang sesama sendiri . Rei tidak mengalihkan pandangan langsung daripada Aeris , terpukau melihat kecantikkan gadis itu

Aeris yang bila ditenung begitu terasa mukanya membahang , terus dia keluar sebelum memandsng di hadapan yang mempunyai cermin besar itu memantulkan penampilan mereka berdua .

" You so beautiful , my love "

Suara Rei yang menegurnya itu membuatkan Aeris mengemam bibirnya sebelum dis menoleh ke sebelah memandang Rei yang segak berbaju melayu itu

" Kau pun handsome . Bolehlah " puji Aeris sebelum dia memandang ke arah cermin besar itu semula

" I know . And girl beside me is more beautiful , like angel " Rei berkata lagi sebelum matanya melirik ke arah Aeris disebelahnya

Aeris tidak dapat menahan senyumannya dari terlakar . Senyuman nipis terlakar dibibirnya sebelum dia perasan mukanya merah-merah

" Why your face suddenly so red ? Kau okey ke Aeris ? " cemas sedikit Rei bertanya , bukannya dia tidak perasan

" A-apa ? Ish aku okaylah ! " Aeris mengibas mukanya sendiri dengan tangan sebelum dia mengalihkan pandangan daripada Rei

Rei melihat Aeris disebelahnya sebelum dia tersenyum sendiri , dia tahu Aeris malu . She's so cute !

Mereka berdua keluar daripada butik itu selepas sudah tukar baju itu . Mata Aeris mengecil memerhati satu sampul surat yang berada di cermin kereta Rei itu

" Kenapa Aeris ? Kau okay ? " tanya Rei sebelum dia turut memandang ke arah sampul surat yang berada di cermin keretanya itu

Mereka berjalan ke arah kereta itu sebelum Rei mengambil sampul surat itu dan dibukanya . Beberapa keping gambar dikeluarkan sebelum mereka melihatnya

Ini .. gambar mereka sekarang yang baru sampai tadi

Rei melihat belakang gambar itu sebelum ternampak tulisan merah yang bertuliskan ..

You guys look so happy , cemburu lah I Aeris .. but it's okay , enjoy okay

" Rei .. " Aeris mendekatkan diri dengan Rei sebelum lengan jeket Rei digengam kuat

" I'm here love , it's okay " Rei menyimpan semula gambar itu

Aeris mengenggam erat jeket hitam Rei sebelum dia mula berasa risau . Rei melilaukan matanya ke sekeliling sebelum dia menoleh memandangn Aeris disebelahnya

" Masuk kereta " Rei menolak perlahan bahu Aeris sebelum Aeris masuk laju ke dalam kereta

Rei menyimpan sampul itu di dalam kereta di dashboard . Terus dia memandu untuk meninggalkan tempat itu .

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now