Sebaik sahaja pelukan mereka terlerai Aeris senyum nipis . Tangannya bergerak mengesat air mata Rei yang mengalir itu . " Hmm .. kalau awka tak kisah .. boleh awak ceritakan pasal keluarga awak dekat saya ? " tanya Aeris
Rei tidak menjawab , hanya matanya sahaja memandang Aeris sebelum dia mengeluh kecil
Mungkin dia perlu ceritakan ..
" Aku tipu kau " sebaris ayat itu membuatkan Aeris mengerut dahi tidak faham " Ha ? Tipu apa ? " soal Aeris
" Aku tipu .. yang aku tak ada family . Mummy daddy aku memang dah tiada . Jadi aku duduk dengan keluarga angkat aku .. " terang Rei dengan nada mendatar sebelum dia sambung ..
" Yang paling siksa "
Aeris mahu menyoal namun dia biarkan dahulu dia mahu Rei sendiri yang ceritakan kepadanya .
" Mummy aku , mak angkat aku .. dan " Rei berhenti seketika sebelum matanya memandang Aeris " Mama kau , mereka bertiga kawan baik dulu "
" Ha ? " terlepas dari mulut Aeris . Dia kelihatan bingung
" Mereka bertiga kawan baik dulu .. sampai lah satu masa waktu mummy aku sakit .. Allah tarik nyawa mummy aku . Aku tak faham apa-apa waktu tu Aeris .. aku baru 10 tahun . " Rei bercerita sambil dirinya cuba mengingati perkara perit itu
" Aku ingat lagi .. yang mama kau cerita dekat aku yang dia dengan mak angkat aku bergaduh sebab tak mahu jaga aku "
" Arna .. aku dah ada anak . Itu pun kami hidup sederhana je lagi . Aku bukannya tak mahu jaga Arien tapi macam mana pula dengan Hairi ? Hairi pun umur 12 baru . Dia mestilah perlukan perhatian aku juga " panjang lebar Maria menerang
" Aku ni mengandung Maria .. tak lama lagi nak bersalin dah . Aku tak boleh beri perhatian sangat pada Arien nanti .. " balas Arna pula . Perutnya yang membulat itu dipegang
" Hmm .. tak boleh ke letak dia dekat mana-mana untuk orang jaga ? " tanya Maria . " Dia anak Arrina , Arrina harapkan kita je untuk jagakan Arien . Kau lupa ? Zaikh dah meninggal . Siapa lagi dia nak harapkan ? " balas Arrina lagi
" Aku memang tak boleh jaga . Aku minta maaf .. aku memang sayang Arien tapi aku memang tak mampu untuk jaga dia . " Maria menunduk . Terasa kesal tidak mampu menjaga Rei
" Aku boleh bagi kau duit setiap bulan untuk jaga Arien . Aku mampu bagi " Maria mengangkat wajahnya kembali memandang Arna
" Ha ? Tak menyusahkan kau ke Arna ? Aku tak mahu bebankan sesiapa " balas Maria namun Arna menggeleng kepala
" Tak . Aku tak kisah , asalkan salah sorang dari kita dapat jagakan Arien .. aku minta maaf tak dapat jaga . Aku pun nak bagi perhatian dekat anak pertama aku .. aku harap kau faham aku Maria " tangan Maria di atas meja itu digenggam perlahan . Maria senyum nipis dan mengangguk sahaja
" Mama taknak jaga awak ? " tanya Aeris semula . Rei mengangguk " Aku tak salahkan mama kau . Dia pun baru nak masuk anak satu waktu tu kan .. baru nak dapat Aeriq " Rei tergelak kecil
" Lepastu ? Apa yang jadi dekat awak Rei ? " tanya Aeris dengan perasaan yang ingin tahu . Rei kelihatan agak susah untuk cerita padanya , dia melepaskan nafas berat
" It worst .. " Rei memejamkan matanya erat . Teringat segala kejadian buruk yang menimpa dirinya waktu itu
" Mama tak pernah jumpa aku langsung . Maria tu pula ? Hm .. memang taklah dia jaga aku baik-baik . Dia buat aku macam kuli batak dia adalah . Sama lah dengan Hairi kesayangan kau tu- "
" Awak ni " Aeris memotong dengan wajah cemberutnya . Tidak suka Rei kata begitu
Rei tergelak melihat wajah kelat Aeris " Main-main je sayang .. kau sayang aku je kan ? " tanya Rei dengan menaikkan kenngnya beberapa kali
" Sambung " Aeris menyuruh . Malas mahu melayan Rei
" Balas lah dulu " Aeris menjeling kecil , mula dah perangai mengada dia . " Yaa sayang sangat . Dah sambunglah balik " Rei ketawa kecil . Sempat dia mengucup sekilas pipi Aeris sebelum mahu sambung cerita semula
Aeris apa lagi , tergamamlah dia dengan wajah agak terkejut apabila dicium tiba-tiba begitu .
" Aku tersiksa duduk situ .. aku kena pukul , kena dera , tapi dia pandai . Lepas dera dia mesti letak ubat , bukan sebab sayang aku tapi sebab taknak badan aku ada kesan lebam-lebam . " sambung Rei
" Sampailah aku masuk asrama .. aku belajar rajin-rajin . Impian aku memang aku nak keluar dari rumah tu dan dapat sara hidup sendiri " Rei menghabiskan ceritanya disitu dengan air mineral diteguk perlahan
" Parut belakang leher awak ni ? .. sebab mereka lah ? " tanya Aeris . Tangannya menyentuh perlahan kesan di belakang leher Rei itu . " Ya . Sebab perempuan tu juga "
" Hairi pun pukul awak ? "
" Dia lah orang yang paling kuat pukul aku . Aku memang takkan maafkan diorang semua atas apa diorang buat " nada Rei serius jadi dia tahu Rei tidak main-main
" Hairina tu memang kawan ke ? "
" Tak . Dia adik Hairi sebenarnya .. maaf yang tu pun aku tipu kau " Rei sengih sahaja apabila Aeris memandangnya dengan pandangan tidak puas hati
" Saya .. saya tak sangka hidup awak susah macam tu . Awak hilang kedua-dua ibu bapa awak dalam umur 10 tahun ... awak duduk pula dengan mak angkat awak yang memang tak jaga awak dengan baik . Sampai besar sekarang pun awak masih hadap masalah lagi .. " Rei diam mendengar apa yang Aeris mahu ulas itu . Rei menongkat dagu memandang Aeris
" Tapi .. saya masih macam tak faham . Cerita ni macam bercelaru sangat " Rei hanya mengangguk sahaja , dia tidak ceritakan semuanya . Masih ada yang belum diceritakan
" Awak ada mix kan ? "
" Mana tahu ? "
" Saya macam teringat yang awak pernah beritahu saya " balas Aeris dengan gayanya seperti cuba mahu mengingat namun Rei menghalang
" Jangan perah otak sangat nak ingat .. sakit kepala kau nanti . Aku ada mix jepun .. belah ayah " jawab Rei . Aeris memerhati semula wajah Rei , kalau lihat memang adalah sedikit macam nak ke arah orang jepun itu
" Love what you see ? " Aeris terundur sedikit apabila Rei mendekatkan wajahnya . " Saya tengok je muka awak . Adalah nampak macam ada mix sikit " jawab Aeris
" Awak reti cakap jepun lah ni ? " Aeris tiba-tiba seperti teruja pula . Dia mahu dengar juga Rei cakap jepun .
" Sikit - sikit bolehlah . "
" Cuba cakap sikit "
" Aishitemasu " Rei berkata dengan nada perlahan . Matanya memandang lembut ke arah mata Aeris yang tidak faham apa Rei cakap itu
" Apa tu ? " soal Aeris bingung
" Sayang kau "
Cup !
Terus pipi Aeris diciumnya lagi sebelum dia rebahkan badannya semula . Aeris terkedu , tangannya naik memegang pipinya sendiri sebelum dia senyum kecil sahaja
" Gatal ! " bahu Rei dipukulnya perlahan . Rei hanya melepaskan tawa sahaja
" Aku keluar sekejap boleh ? "
" Nak pergi mana ? "
" Nak melawat kawan aku . Dia dekat hospital juga tapi bukan hospital sini lah , dekat hospital lain " balas Rei
" Ooh , pergilah " Aeris turut membaringkan badannya disebelah Rei namun mata melekat di kaca television
" Nanti abang kau datang . Jaga diri tau , jangan degil " pesan Rei disebelahnya
" Ya pandai-pandailah saya jaga diri bila abang saya dah sampai nanti " Aeris layan sahaja membalas
" Aku gerak dululah nanti boleh datang sini balik . Tak boleh tinggal kau lama-lama " Rei turun dari katil dan mencapai kunci keretanya . Dia pinjam kereta Aeriq dulu nasib Aeriq ada dua kereta
" Kenapa pula ? Abang saya kan ada " tanya Aeris apabila Rei tidak boleh tinggalkan dia lama-lama
" Nanti rindu kau . " selamba sahaja Rei balas dengan hujung bibirnya ternaik sedikit
" Mengada lah awak "
Rei hanya sengih sahaja " Saya pergi dulu ya isteri . " Aeris membuat muka mendengar bahasa Rei begitu , saja je tu !
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...