Rei memandu laju untuk pergi ke hospital yang menempatkan isterinya semula . Lajunya berdegup laju , dia terlalu risaukan Aeris sekarang .
Sampai sahaja terus dia keluar dari kereta dan laju berlari untuk naik ke tingkat wad isterinya semula . Aeriq yang berada di hadapan pintu wad itu ditujunya
" Macam mana boleh hilang ?! " tanya Rei kuat kepada Aeriq
" Aku tak tahu . Aku sampai-sampai je memang dia dah tak ada dalam wad ni . " balas Aeriq sambil tangannya meraup rambutnya ke belakang
Dia sendiri cemas apabila masuk sahaja di dalam wad Aeris sudah tiada dalam bilik itu . Apabila bertanyakan kepada nurse di sini balas mereka tiada seorang pun perasan !
" Cctv ? Kau check dah cctv ? " Aeriq laju menggeleng kepala
Terus Rei berjalan laju untuk ke bilik security, Aeriq di belakangnya mengikut . Apabila sampai sahaja terus dia redah masuk ke dalam bilik security itu
" Encik ni kawasan- "
" Check the cctv . Now ! " Rei memberi arahan
" Tapi encik tak ada- "
Tanpa banyak cakap terus Rei mengeluar satu kad dari poket seluarnya dan ditunjukkan tepat di hadapan wajah security itu . Security itu melihat kad itu dengan mata terkebil-kebil sebelum mengangguk sahaja
Rei merengus perlahan sebelum simpan semula kad itu di dalam poket seluarnya . Matanya juga melihat di skrin yang mempunyai tempat diletakkan cctv itu
Aeriq juga turut sama melihat dengan teliti di skrin itu .
" Mainkan rakaman cctc dekat tingkat 2 " Security itu mengangguk sahaja mengikut kata Rei
Rei melihat sebelum dia perasan sesuatu . Kenapa semua orang yang lalu disitu seperti .. orang yang sama
" Arien .. macam ada yang tak kena je .. " Aeriq mula bersuara bukannya dia tidak perasan yang rakaman cctv itu juga pelik semacam
" Ni rakaman bila ni ? " tanya Rei . Nadanya mula kedengaran tidak senang
" Em .. rakaman harini encik " jawabnya
" Kenapa dari tadi orang sama je ? Cuba awak tengok sendiri " Rei mula menunjukkan jarinya kepada setiap skrin cctv itu . Benar , semuanya seperti berulang
" Aku rasa dia dah hack sistem cctv ni " kata Aeriq pula
" Damn it ! " Rei mengusutkan rambutnya . Nafasnya berombak laju
" Kita check balik dalam wad dia . Awak tolong check balik semua rakaman cctv ni " Aeriq terus menarik Rei keluar mengikutinya semula
Mereka sama-sama menuju ke wad Aeris semula sebelum masuk ke dalam . Semua tempat dilihatnya mungkin ada tinggalkan apa-apa kesan .
" Arien " Rei memandang Aeriq yang memanggil dirinya . Di tangan Aeriq terdapat sepucuk surat
Laju Aeriq membukanya dahuku sebelum wajahnya berubah . Matanya memandang ke arah Rei disebelahnya . Rei terus merampas kertas itu sebelum dia pula yang membaca isi surat itu
Saya minta maaf .. tapi , saya masih tak dapat terima awak .. memori awak dengan saya tak ada satu pun yang datang .. itu membuatkan saya ragu-ragu dengan awak ..
Saya harap awak akan dapat hidup senang lepasni .. tanpa saya , awak tak perlu risaukan saya ..
Saya masih cintakan Hairi .. perasaan saya padanya tak pernah hilang .. maaf Rei .. saya minta maaf
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...