Bab 47

250 12 2
                                    

Terlopong mulut Aeris melihat apa yang baru sahaja dia baca di berita dalam phone pagi itu . Ibu bapa Hairi dan Hairina .. ditangkap ?

Dipercayai terlibat dengan kes rasuah dan juga pengedaran dadah .

" Morning my love " Rei yang baru muncul itu mengucup sekilas pipi Aeris dari tepi

" Awak- "

" Yea I know , aku dah tahu . Terkejut ? " potong Rei terus , dia memang dah tahu dah pun

Aeris menggeleng kecil " Tak sangka .. habis Hairi dengan Hairina ? " tanya Aeris

" Mereka tak dijumpai , kalau ikutkan diorang kena panggil juga untuk siasatan . Tapi entah , dah hilang awal-awal " balas Rei ringkas . Tangannya lincah membancuh air coklat di dalam cawan itu

" Macam mana diorang boleh kena tangkap ? Saya rasa awak tahu " teka Aeris , dia memandang lama ke arah Rei

" Pandai betul teka . Tapi betullah tu , tapi .. bukan aku yang tangkap diorang pun " Rei membalas . Dia mendekati Aeris dan duduk disebelah isterinya itu

" Habis siapa tangkap ? "

Rei senyum nipis " Azri "

Mata Aeris membulat , tidak sangka itu nama yang akan disebut oleh Rei . Azri ?

" Dengan Sara "

Lagi sekali Aeris rasa mahu pengsan sahaja . Mereka berdua polis ?

" Diorang berdua polis ? Awak tahulah ? " Rei mengangguk sahaja menjawab soalan itu

Sudah lama dah dia tahu yang Sara dan Azri anggota polis . Sebab itulah mereka berdua banyak membantu Rei , memudahkan siasatan mereka

" Kenapa diorang nak saya sangat ? Apa yang saya ada ? " tanya Aeris , lama dia pendam soalan itu mahu ditanya

" Maybe kau penting untuk mereka . Dan mungkin juga sebab anak lelaki diorang yang angau sangat dekat kau tu " balas Rei ada nada perli dihujung ayatnya itu

Aeris hanya tergelak kecil sahaja , dia tahulah siapa yang Rei maksudkan . Aeris memandang wajah Rei yang tekun melihat phone itu . Rei yang terasa dirinya diperhatikan menoleh memandang Aeris

" Kenapa pandang aku lama-lama ni ? " tangan Rei naik mengusap lembut pipi Aeris itu

" Saya .. "

Rei menunggu Aeris yang tiba-tiba menggangtungkan ayatnya itu .

" Saya rasa saya .. "

" Rasa apanya ? Cakap habislah " geram pula Rei melihat Aeris yang bercakap separuh-separuh itu

" Hm tak ada apalah . Jom lah sarapan , saya dah siapkan " laju Aeris menukar topik

Aeris berdiri dan mahu pergi ke dapur namun dia tersentak apabila pinggangnya ditarik dari belakang sebelum dia terduduk semula di sebelah Rei

Aeris mengeluh perlahan , mula dah !

" Nak cakap apa sebenarnya ni hm ? Cakap jelah " Rei menarik Aeris merapat ke arahnya apabila terasa gadis itu mahu jauhkan diri

" Tak adalah . Saya .. saya lupa . Nanti kalau dah ingat saya cakap balik " mudah Aeris memberi alasan

" Really love ? You sure ? " Rei mendekatkan wajahnya kepada Aeris . Hujung hidung mancungnya mengena pipi kiri Aeris itu

Aeris diam sahaja tidak menoleh . Gila ke nak toleh ? Salah langkah !

" Ya , tak ada apalah . Dah jom " Aeris mahu berdiri semula namun Rei tidak melepaskan pelukan di pinggangnya

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now