Bab 31

259 17 3
                                    

Apabila nampak Rei sudah keluar Aeris menghembus nafas lega . Dia memandang Aeriq yang tenang duduk disebelahnya itu sebelum soalan mula terpancul dari mulutnya

" Abang apa dah jadi sebenarnya ni ? Aeris tak . Macam mana dia jadi suami Aeris pula sedangkan Aeris bercinta dengan Hairi ? " soal Aeris , dia benar-benar keliru dengan keadaan sekarang ni

" Adik kahwin dengan dia dalam 5 bulan dah , Hairi ? Adik dah lama buang dia . Adik kemalangan dengan Rei .. adik disahkan hilang ingatan dari kemalangan tu " tenang nada Aeriq terangkan kepada Aeris

" Kenapa pula adik buang Hairi ? Apa sebabnya ? " tanya Aeris lagi

" Kalau abang cakap sekarang pun belum tentu adik percaya . Adik rehatlah dulu .. jangan fikir sangat sekarang . Nanti sakit kepala adik tu " kata Aeriq lembut

" Apa nama dia ? Lelaki tu "

" Suami adik ? Rei Koa Arien . "

Aeris mengerut dahi kecil mendengar nama itu . Kenapa .. nama itu seperti selalu didengarnya dan seperti begitu sebati dalam dirinya ? .. serta merta kepalanya berdenyut terus Aeris memegang kepalanya

" Adik , adik kenapa ? Adik pening ke ? Abang dah kata jangan fikir sangat .. " laju Aeriq merapati arah Aeris

" A-adik okay .. cuma .. adik rasa macam nama tu adik selalu dengar " kata Aeris perlahan

Aeriq diam sahaja memandang adiknya itu . Cepat atau lambat , Aeris tetap akan ingat semuanya semula .

.

Rei mengangkat wajahnya apabila melihat Aeriq keluar daripada wad itu . Dia turut bediri dan menghampiri Aeriq

" Dia dah tidur baru lepas makan ubat . Aku balik dululah .. kau jaga dia elok-elok ya . Aku sentiasa percayakan kau Rei " Rei mengangguk sahaja . Aeriq berlalu dan Rei perlahan-lahan masuk ke dalam bilik wad itu

Wajah lena Aeris dipandang , Rei mendekati ke arahnya sebelum berhenti betul-betul sebelah katil Aeris . Mahu saja dia mengelus pipi isterinya itu namun dia tidak mahu buat Aeris terjaga

" Aku sentiasa sayang kau Aeris , tak kiralah kalau kau tak ingat aku sekali pun .. " katanya perlahan

Waktu itu jugalah hujan turun dengan lebatnya . Akibat rasa terlalu penat Rei duduk di kerusi sebelah katil Aeris itu dan dia letakkan kepalanya di katil Aeris . Lama-lama dia terlelap sendiri

Sewaktu petir kuat menyambar Aeris tiba-tiba terjaga dengan dahinya yang berpeluh serta nafas seperti dikawal , kenapa .. kenapa dia rasa situasi begini seperti pernah terjadi ?

Rei ketika itu juga langsung terbangun apabila terasa ada pergerakan di katil itu . Matanya memandang ke wajah Aeris yang sikit pun tiddak memandang dirinya itu

" Aeris ? Kau okay tak ? Kenapa ni ? " suaranya masih serak membuktikan dia masih dalam keadaan agak mamai

Aeris memandang Rei sebelum dia memandang pelik kenapa lelaki ini yang berada disini dan bukan abangnya ?

" Mana abang aku ? Kenapa kau yang ada kat sini ? " tanya Aeris

" Abang kau balik dulu , dia minta aku jagakan kau " balas Rei . Rambutnya yang menutupi matanya itu diraup ke belakang

" Ke-kenapa .. kenapa aku rasa tak sedap hati " Rei memandang Aeris . Kenapa isterinya boleh tiba-tiba tanya begini ?

" Why , love ? Kenapa ? " tanya Rei

" A-aku .. " Aeris diam dan dia termenung sendiri telinganya mendengar bunyi hujan yang lebat di luar itu

" Aku tak suka .. a-aku tak suka dengar bunyi hujan .. aku tak tahu kenapa " katanya bernada agak sesak

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now