" Nanti dulu ! "
Rei dan Aeris menoleh ke arah Hairina yang sedang berdiri dengan memegang kepala sendiri itu . Rei memandang ke arah Hairina dengan pandangan yang sungguh tajam
" Abang .. "
" You ! Kau nak jual bini aku ?! Kau memang bangs-t kan Hairina ! " marah Rei dengan nada tingginya
" Hairina suka abang ! Kenapa abang tak pernah nampak ? Hairina nak abang sorang je ! " luah Hairina dengan teresak-esak sendiri
Rei tergelak sinis mendengar " Kau bodoh ke ? Aku tak anggap kau lebih . Aku takkan anggap korang semua ni lebih dari apa-apa ! " balas Rei
" Weih Rei ! Sudahlah , kita kena blah cepat . " Azri menarik lengan Rei agar turun ke bawah dengan segera
" Kau memang tak guna kan perempuan ! Sebab kau ! " kini Hairina memarahi Aeris yang berdiri di belakang Rei itu pula
" Abang dia tak cintakan abang ! Dia cuma gunakan abang je ! Dia cintakan abang Hairi ! Perempuan ni penipu ! " kata Hairina lagi
" Kau jangan tuduh isteri aku Hairina ! "
Hairina terdiam , Rei marahkan dirinya .. sebab perempuan tu ! Tak guna !
" Abang .. Hairina sayang- "
" Aduh semaklah perempuan macam ni ! " Azri laju menerpa ke arah Hairina sebelum gadis itu ditarik masuk ke dalam bilik Aeris itu semula
" Apa kau nak ni ? Lepas ! Lepaskan ! Abang tolong Hairina abang ! " rayuan Hairina tidak diendahkan
" Rei , bawa Aeris . Aku settle kan perempuan ni kejap " Rei mengangguk sahaja
Rei terus mendukung tubuh Aeris dan dia berjalan laju turun ke bawah . Apabila sampai di hadapan kereta dia menolak Aeris masuk ke dalam kereta , dia turut masuk
" Woi , mana Azri ? " tanya Sara yang duduk di hadapan belah penumpang itu
" Tu " Sara melihat Azri yang sudah keuar dari rumah itu
Azri masuk ke dalam kereta dan terus memandu meninggalkan kawasan rumah itu . Mereka tahu Hairi berada di mana kerana mereka dapat track menggunakan nombor plate kereta lelaki itu
" Aeris ? Kau okay ? " tanya Sara
Aeris hanya mengangguk lemah sahaja . Dia tidak dapat bayangkan apa yang bakal berlaku pada dirinya jika mereka bertiga tidak tolong dia
Sepanjang perjalanan itu mereka hanya berdiam sahaja . Rei mengerling ke arah Aeris yang bersandar di seat kereta itu . Tangannya naik mengusap lembut kepala isterinya itu membuatkan Aeris toleh memandang Rei
Terus dia mendekati lelaki itu dan kepalanya disandarkan di dada Rei . Rei hanya membiarkan , tangannya tetap bergerak mengusap lembut kepala Aeris yang bersandar padanya itu
" Lapar tak hm ? " tanya Rei perlahan . Aeris mengangguk sahaja , dia belum makan apa-apa lagi malam ni
" Azri singgah kedai makan mana-mana . Bungkus makanan " kata Rei kepadanya
" Kitorang pun lapar juga . Taknak belanja sekali ke ? " Azri bertanya dengan gelak halus dihujung ayatnya
" Bayar sendiri " balas Rei
" Kedekut . Apa salahnya sekali-sekala- "
" Sekali-sekala kau ! Seminggu lebih berapa kali aku belanja kau ha ? " Rei mula mengungkit , sedap dia je kata kedekut .
" Janganlah ungkit aduh kau ni " Azri merungut kecil dengan bibirnya memuncung kecil . Sara disebelahnya membuat muka meluat , dah lali dengan perangai Azri

ANDA SEDANG MEMBACA
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...