Bab 53

226 16 1
                                    

Selepas seharian yang panjang mereka berdua meluangkan masa bersama itu , malam juga baru mereka pulang ke rumah . Memang dating habis .

Aeris membalut rambutnya dengan tuala sementara mahu menunggu rambut kering Aeris mencapai novel yang baru dia beli itu .

Rei pula sibuk memasak di dapur , Aeris dah kata nak tolong tadi tapi Rei tak bagi . Katanya ..

" Saya sebenarnya tak suka orang tolong dekat dapur , suka buat sorang-sorang "

Jadi Aeris pun biarkan sahajalah . Aeris mula membuka novel itu dan membaca helaian pertama dan bacaannya mula melanjut ke muka surat yang seterusnya

Rei yang sudah siap memghidangkan makanan di atas meja itu menanggalkan apron ditubuhnya . Laju kaki melangkah untuk naik ke atas mahu memanggil Aeris

" Love ? " Rei membuka pintu bilik itu dan matanya terus menangkap ke arah Aeris yang elok bersila di atas katil sambil membaca novel itu

" Eh , awak dah siap masak ? " tanya Aeris yang baru perasan dengan kehadiran Rei itu

" Hm , awak baca apa ni ? Sampai saya panggil pun tak sedar " Rei mendekati Aeris dan duduk disebelahnya

" Baca novel ni " Aeris menunjukkan novel itu kepada Rei disebelahnya

Rei memeluk pinggang Aeris dari tepi , matanya turut membaca satu persatu ayat di satu muka surat itu . Layankan sahajalah isterinya membaca

Aeris pula seperti tidak sedar kehadiran Rei disebelahnya . Dia tetap tekun membaca novel itu , nak fahamkan cerita mestilah kena fokus .

" Letak tepi dulu , kita makan dulu . Nanti sejuk pula makanan saya masakkan tu " Rei berkata dengan tangan merampas terus novel Aeris

" Eh ! Saya tak tanda lagi , nanti saya tak tahu muka surat mana " hampir-hampir sahaja Aeris mahu marah kerana Rei terus merampas novel itu dari dia tadi

" Ya , saya dah letak . Dah jom turun makan " Rei meletakkan novel itu ke atas meja

Tangan Aeris ditarik agar mengikuti dia untuk turun ke bawah . Kalau dia tak bawa Aeris turun , memang sampai ke sudah tidak makan lah mereka

" Come , duduk sini " kerusi ditarik lalu Aeris ditolak perlahan agar duduk di kerusi itu

Aeris terliur melihat spaghetti cabonara yang sudah siap terhidang di dalam mangkuk itu . Baru sahaja Rei mahu menghidangkan spaghetti itu ke pinggan namun Aeris menghalang dulu

" Saya buatkan "

Rei senyum nipis . Mata tidak lepas memerhati Aeris yang menghidangkan makanan untuk dirinya itu . Aeris duduk semula , selesai Rei membacakan doa mereka mula menjamah

" Sedap ? " tanya Rei

" Sedap ! " teruja Aeris menjawab kerena spaghetti ini memang sedap sungguh !

" Makan-makan , memang saya masakkan untuk awak pun " Aeris mengangguk sahaja mendengar

" Saya ada kerja sikit nanti .. kalau awak tidur dulu boleh ? Jangan tunggu saya " terus hilang selera Aeris nak makan apabila Rei bagitahu begitu

" Awak nak pergi mana ? "

" Saya nak jumpa Azri dengan Sara . Saya dengar diorang dah tahu lokasi Hairi dengan Hairina , nanti kena tangkaplah tu " jawab Rei

" Apa kena mengena dengan awak ? " soal Aeris lagi . Berat hati sebenarnya nak bagi Rei pergi

" Saya kena bagi maklumat lagi , semua benda saya penting . Penting la juga " jawab Rei lagi

" Hmm kalau macam tu " Aeris mengangkat wajahnya memandang Rei yang turut memandang dia itu

" Kerja awak penting ke atau-  "

" You , the answer will always be you . Tak perlu tanyalah sayang . Awak pun tahu benda tu " laju Rei memotong dengan pertanyaan Aeris . Sudah dapat agak apa yang isterinya itu mahu tanya

Aeris mencebik sendiri . Dah tahu tapi .. agh Aeris ! Kita kena faham dia tengah nak bebaskan kau dari semua ni .

" Hmm okay .. " perlahan sahaja suara Aeris menjawab . Tangan bergerak menyuap spaghetti itu ke dalam mulut semula . Baik sambung makan .

" Awak marah ke ? " tanya Rei . Nampak sangat perubahah mood Aeris itu

" Ha ? Tak adalah . Maaf , saya selalu ingat awak pentingkan kerja .. dan tak pedulikan saya sangat " Aeris menunduk . Entah kenapa dia pula yang segan sendiri .

" Awak cakap apa ni hm ? Mana boleh saya pentingkan kerja dari awak . " tergelak kecil Rei dibuatnya

" Ya saya tahu , tak apa . Kita selesaikan dulu benda ni .. nanti mesti semua okay balik " Aeris melakar senyuman nipis dibibirnya

" Ke awak nak ikut saya ? Tapi pukul 3 pagi nanti . Risau awak mengantuk je " Aeris berfikir seketika . Dia rasa dia sendiri tak mampu nak bangun pukul 3 pagi itu

" Takpelah .. saya nak tidur " ringkas jawapan Aeris dengan wajah selamba . Memang menunjukkan dia tiads minat nak bangun 3 pagi semata-mata nak bincang hal begini

" Kalau macam tu nanti saya teman awak dulu . Tapi awak kena tidur cepatlah , kalau awak tidur lambat nanti tidurlah sorang-sorang . Tak ada masa saya nak dodoikan  " sakat Rei

Aeris membuat muka . Muka tak puas hati dengan bibir bebel kecil sendirian . Rei yang sedar tindakan itu laju menegur

" Ha buat muka , orang cakap sikit tak boleh " tegur Rei suara ditegaskan

Aeris mengeluh kecil , ni malas ni . Dia bukan boleh kalau orang tegur macam tu . Sensitif sendiri dibuatnya

" Hei , saya cakap dengan awak ni . Jangan buat muka , saya gurau je pun " sambung Rei lagi . Sengaja menyakat , dia memang tahu Aeris cepat sensitif sendiri

" Sorry .. " Aeris gumam kecil . Wajahnya menunduk sahaja

" Apa ? "

" Saya cakap sorry lah , yelah saya salah " Aeris merengus kecil sebelum dia terus berdiri dengan pinggannya . Terus dis berjalan laju ke singki mahu membasuh pinggan ini

Rei yang melihat itu hanya geleng kepala kecil sahaja . Luar je nampak keras , hati tisu !

Apabila nampak Aeris laju mahu naik atas Rei menegur dengan memanggil dia .

" Aeris Nalia "

Aeris berhenti daripada mahu melangkah . Dia berdiri sahaja disitu dengan tangan bersilang di dada .

Rei berdiri dan berjalan menghampiri Aeris . Dia berdiri betul-betul di hadapan Aeris , terus tangan Aeris ditarik dibawa melingkar di pinggang dan dia memeluk tubuh kecil isterinya itu

" Okay .. maaf ya ? " tangan Rei menepuk perlahan belakang badan Aeris

" Hm .. " Aeris turut memeluk Rei , kepala disandar di dada lelaki itu

" Sikit-sikit merajuk , saya tak pujuk karang " saja Rei menyakat lagi

" Taknak pujuk tak payahlah " Aeris mahu menjarakkan diri namun Rei tidak melepaskan pelukannya . Hanya ketawa Rei saja yang dia dengar

" Sensitif sangatlah awak ni , nasib comel " sempat Rei mencubit perlahan pipi Aeris

" Awak teman saya tidur dulu kan kejap lagi ? " tanya Aeris apabila dia sudah menjarakkan dirinya

" Yes , my love . Saya teman awak "

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now