Malam itu juga mereka berempat pulang dari pantai itu . Tak adalah lambat sangat pukul 7 dah gerak untuk pulang dah , nanti malam sangat tiada cahaya . Nanti gelap .
Sara dan Azri dari dekat pantai mereka berdua seperti malu-malu sesama sendiri . Mungkin tidak sangka yang mereka tersuka antara satu sama lain sedangkan mereka ingat hubungan mereka akan kekal kawan sahaja .
Rei dengan Aeris pula yang geli hati melihat gelagat mereka . Memang mereka berdua yang rancang semua ni . Azri yang minta tolong jadi mereka buat sahajalah cadangan begitu .
" Awak " Aeris menepuk perlahan pinggang Rei dari tepi . Rei masih memegang pedal motor itu dan mata fokus pada jalan sahaja .
" Yes ? " sahut Rei nasib dia masih boleh dengar
" Saya lapar " adu Aeris dengan suara yang sedikit kuat mahu bagi Rei mendengarnya
" Lapar ? " tanya Rei semula
" Lapar ! " tinggu sedikit nada Aeris menjawab
" Tunggu sampai rumah ya ? Dah duduk diam-diam belakang tu " Rei menarik tangan Aeris agar memeluk dirinya semula dan Aeris patuh dengan melingkarkan tangannya pada perut suaminya itu
Lapar ..
.
Bukannya Rei bawak dia keluar makan pun . Mereka duduk dirumah sahaja sementara Rei sedang masakkan untuk makan malam mereka . Aeris tolong sikit-sikit sahaja memandangkan Rei yang tak bagi dia tolong .
" Aku malu gila wei ! Aku ingatkan dia reject aku . Aku dah fikir nak bawak diri dah tadi " adu Sara yang berada di dalam talian phone bersama Aeris itu
" Kau je takut lebih , tapi yelah .. aku pun tak sangka Azri suka kau . Dia pun macam kasar-kasar je dengan kau selalunya . " balas Aeris pula
" Aku lagilah tak sangka , aku rasa mungkin dia kesiankan aku je kot " Aeris mengeluh kasar mendengar ayat Sara yang sudah mula overthinking itu
" Cukup . Dah-dahlah dengan overthinking kau . Aku nampak dia ikhlas je tadi , dah jangan fikir bukan-bukan " laju Aeris membalas semula
" Love ! Turun makan " laung Rei dari tingkat bawah
" Eh laki aku dah panggil , pergi dulu ! " Aeris terus menamatkan panggilannya dan laju kakinya melangkah turun ke bawah
" Saya masak nasi goreng biasa je .. awak tak kisah kan ? " tanya Rei sambil tangan membuka apron ditubuhnya itu
" Tak , jomlah makan "
Aeris menyendok nasi goreng itu dan diletakkan ke dalam pinggang sendiri dan pinggan Rei sekali . Selesai Rei membacakan doa mereka berdua diam menjamu nasi goreng itu .
" Kalau saya nak cakap-cakap dengan awak sikit kejap lagi boleh tak ? " tanya Aeris tiba-tiba
" Cakap apa tu ? "
" Adalah , boleh ke ? " tanya Aeris lagi " Mestilah boleh , dah habiskan nasi goreng tu dulu " Rei menjawab dengan tenang sahaja gayanya
Aeris nak borak santai-santai je . Borak apa ? Adalahhh
.
" Awak nak borak apa ni ? " tanya Rei sebaik sahaja mereka berdua duduk di sofa dalam keadaan bersebelahan
" Saya nak tanya sikit .. " Aeris menyelesakan duduknya dengan menyandarkan diri di sofa itu
" Tanyalah "
" Hm .. kenapa awak bersungguh sangat jaga saya ? Sedangkan saya ni perempuan biasa je . Saya benci awak waktu mula-mula dulu adalah , tak ada secebis rasa suka dekat awak lamgsung . Tapi awak je yang bersungguh sangat jaga saya " panjang lebar Aeris berkata serta bertanya pada Rei
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...