Rei melihat wajah Aeris yang tenang masih tidur itu . Puas dia menjawab semua soalan yang diberi isterinya itu . Sibuk tanya pasal Hairi .. nak marah pun tak boleh .
Dah cerita apa yang Hairi buat padanya pun namun isterinya tidak percaya . Katanya dia saja reka cerita . Rei sendiri penat mahu menjawab .
" Takkanlah senang sangat dia kena tangkap .. " gumam Rei sendiri
Aeris yang sudah bangun itu dipandangnya . Rei terus berdiri dan menghampiri Aeris .
" Kau nak makan ? Kau tak makan lagi " tanya Rei lembut sambil tangan bergerak mengeluarkan bekal dalam beg plastik itu
" Kau kata kau suami aku kan ? " tanpa ragu Rei mengangguk kepalanya . Dah kenapa tiba-tiba tanya soalan begini ?
" Kenapa kau ber ' aku-kau ' dengan aku kalau kau betul suami aku ? Takkan suami sendiri kasar dengan isteri ? " terus terang betul Aeris bertanya
" Ha ? Aku tak biasa .. dah memang macam tu " senang Rei menjawab . Tangannya membuka bekas makanan itu mahu suapkan Aeris makan
" Dah tu aku panggil kau apa ? "
" Kau suka panggil aku Koala . Kau bahasakan diri ' saya-awak ' " jawab Rei , matanya kini memandang mata Aeris
Aeris mengerut dahi kecil " Koala ? Nama kau .. " Aeris berhenti seketika , Rei melihat Aeris seperti berfikir sendiri " Rei Koa .. Arien ? "
Rei mengukir senyuman . " Betul lah tu . Macam mana ingat nama aku ? "
" Entah .. dia teringat sendiri . " ringkas sahaja jawapan Aeris berikan . Rei membuka bekas makanan itu dan sudu diambil
" Boleh aku- "
" Tak sedaplah telinga aku dengar kau bahasakan diri kau-aku . Cuba tukar saya-awak balik " Aeris memandang Rei lama sebelum menjelingnya kecil . Macam-macam !
" Suka hati la ... " Aeris mendekatkan sedikit wajahnya dengan Rei dengan senyuman sinisnya " Aku tak biasa "
Rei turut tersenyum nipis . Belum sempat Aeris mahu undurkan kepalanya tangan Rei laju memegang belakang kepalanya menggunakan sebelah tangannya
Aeris terkejut dia mahu menolak namun tidak tahu kenapa dia rasa .. rasa tidak mahu tolak tindakan Rei itu
" First of all .. " nada Rei perlahan bagi Aeris cukup menggoda !
" You're my wife , second .. " Rei mendekatkan lagi wajahnya sehingga hidung mereka hampir berlaga
Aeris terasa sesak nafasnya apabila terasa hidung mereka sudah berlaga . Dia mahu menjarakkan wajahnya namun tangan Rei menahan belakang kepalanya itu
" Tak manislah sayang , ber kau-aku dengan suami awak ni " sebelah tangan Rei bergerak menyelitkan rambut Aeris ke belakang telingannya
Aeris terdiam dengan mata terkebil-kebil memandang Rei yang masih tidak menjarakkan wajah itu .
" Um .. " tidak terkeluar suara Aeris mahu bercakap , nervous !
" Hm ? Yes my love . Anything you want to say ? " Rei sengaja melagakan hidung mereka secara perlahan dan itu membuatkan wajah Aeris semakin membahang sendiri
" Boleh jauh sikit tak ? Sa-saya tak selesa lah " tergagap-gagap Aeris dibuatnya dengan wajah sudah merah menahan malu
" Hmm ? Taknaklah . Best apa dekat-dekat macamni ? " sebelah tangan Rei mengusap lembut pipi kiri Aeris mebuatkan Aeris tidak senang duduk
" Saya lapar .. nak makan " kata Aeris cuba mencipta alasan tapi dia memang lapar sebenarnya
Rei terus menjarakkan wajahnya dengan senyuman nakal dibibir . Suka tengok wajah merah Aeris yang sedang malu itu. Comel !
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...