Aeris dan Rei sama-sama keluar dari rumah dan menuju ke arah motorbike masing-masing . Aeris menyapu sedikit bahagian seat motor itu yang agak berhabuk
" Ready , my love ? " bibir Rei terhias dengan senyuman sengetnya , sengaja mencabar .
" Senanglah semua ni " Aeris mahu memakai helmetnya namun Rei laju memegang lengannya itu
Aeris memandang bingung ke arah Rei yang tenungnya tidak lepas . Mata dikecilkan kepada lelaki itu " Awak dah kenapa ? Tepilah " tubuh Rei cuba ditolak namun Rei tetap berdiri dihadapannya
Kedua belah tangan Rei berada di motorbike Aeris disisi kiri dan kanan Aeris , mengepung isterinya itu ditengah-tengahnya
Aeris melarikan pandangannya , begitu dekatnya dia dengan Rei sekarang . Bertambah berbahang wajah Aeris apabila Rei tidak lepas merenung dirinya
" Hey .. " tangan Rei memegang lembut pipi kiri Aeris dan ditoleh memandangnya
" I will win this race " laju Rei tunduk mengucup hujung hidung Aeris dan menjauhkan dirinya semula
Tergelak kecil dia melihat wajah terkebil-kebil Aeris itu . Comel !
" Cis " Aeris menjeling kecil Rei yang masih ketawa melihat dirinya itu . Tak guna ya !
Vroom ! Vroom !
Terdengar bunyi engin motorbike mereka berdua yang dipulas-pulasnya . Nasib rumah yang mereka duduki ini tiada jiran . Kalau tidak mahu esok pagi jiran serbu rumah mereka kerana bising
" My love , are you ready ? " Aeris mengangkat tangan menunjukkan thumbs up kepada Rei , tanda dia bersedia .
" Let's- "
" Go ! " Laju Aeris memulas dahulu pemulas motorbike miliknya dan meluncur laju meninggalkan Rei
Rei yang melihat isterinya sudah agak jauh itu hanya senyum sinis sahaja . Visor helmet ditutup dan ..
Vrooomm !
Mereka janji untuk patah balik ke rumah sahaja . Dan sekarang yang berada di hadapan semestinya Rei . Aeris mendecit , dia tak mahu kalah !
Pemulas motor itu dipulas lagi mahu mengejar Rei . Tidak jauh sudah dari rumah mereka , kalau macam ni memang Aeris lah yang kalah .
Rei tersenyum sinis disebalik helmetnya itu apabila dia mendengar bunyi motor Aeris dari belakangnya . Berusaha betul mahu mengejar dia !
Sampai sahaja di rumah Rei mematikan motor miliknya itu dan berdiri disebelah motorbike dia . Aeris yang baru sampai dipandang dengan senyuman lebar di bibir .
Rei membuka helmet sebelum rambutnya dirapikan . Hujung-hujung rambutnya itu kelihatan basah sedikit , mungkin kerana berpeluh .
" I win " kata Rei bangga
Aeris turut membuka helmet dikepalanya itu . Sempat dia menjeling sekilas Rei yang masih berdiri disebelahnya itu .
" Fine , saya kalah . Apa denda dia ? " pasrah sungguh bunyi nada Aeris
" Aww, my love don't worry . Denda aku tak berat pun " Rei mendekati Aeris dan membisikkan sesuatu . Aeris yang mendengar itu tercengang
" Eh ini denda ke , atau awak ambil kesempatan ! " marah Aeris . Namun soalannya itu hanya mendapat tawa halus dari Rei sahaja
" Well , kau dah kalah . Jadi denda tu kau kena ikut . To be fair .. " Rei membetulkan sedikit tudung Aeris itu
" To be fair .. saya pun akan ikut denda awak tu" Rei berkata dengan menukar panggilan dirinya
" Boleh sayang ? Puas hati ? Ke awak nak tumbuk saya dulu baru awak puas hati dengan denda kita ni " gurau Rei dengan tawa halusnya
" Boleh ke ? " laju tangan Aeris sudah diabgkat namun Rei laju memegang tangannya semula
" Amboi , memang dah lama nak buat ke ? " usik Rei . Tangan Aeris yang dipegang itu diciumnya perlahan
" Dahlah jom masuk . 3 pagi dah ni , awak lah ni nak race pagi-pagi ni " rungut Rei
Aeris hanya ketawa halus sahaja . Mereka berdua masuk ke dalam rumah , gila keluar rumah pukul 3 pagi semata-mata untuk race sahaja !
.
Aeris mencelikkan matanya perlahan , dia menoleh memandang ke sebelah melihat wajah polos Rei yang nyenyak tidur di lengannya itu
Jam di dinding dilihat , sudah pukul 9 pagi . Masing-masing bangun lambat nasib sempat subuh pagi tadi .. tidak semena-mena Aeris tergelak kecil teringatkan subuh pagi tadi
Aeris melihat Rei yang baharu keluar dari tandas itu . Baru sahaja mengambil wuduk . Tubuh Rei agak terhuyung-hayang kerana dia yang masih mengantuk
" Awak boleh tak ? Kalau tak biar saya solat dulu " kata Aeris . Mengantuk betul Rei dilihatnya
" Tak apa .. saya boleh . Mengantuk sikit je ni " balas Rei , matanya dikerdipkan beberapa kali sebelum dia mula mahu mengangkat takbir
Selesai sahaja solat mereka Rei memusingkan tubuh menghadap Aeris . Aeris menyalam tangan suaminya itu . Rei tunduk mengucup lembut dahi Aeris
Rei terus melabuhkan kepalanya dibahu Aeris yang masih bertelekung itu . Aeris melihat mata Rei yang sudah tertutup itu . Mengantuk betul
" Hei , pergi naik atas katil lah kalau nak tidur pun . Tapi jangan lah tidur dulu .. kan subuh lagi ni " kata Aeris lembut
" Sebab saya taknak tidur lah saya sandar kat awak ni .. kalau tak saya dah baring atas katil " balas Rei perlahan dengan suara serak miliknya itu . Masih kedengaran seperti mamai
" Hmm , jangan tidur tau . Zikir dulu "
Habis sahaja zikir terus Rei memanjat tilam itu dan tertidur sendiri . Entah macam mana pula dia boleh tertidur atas lengan Aeris .
Aeris menolak perlahan kepala Rei yang tidur berbantalkan lengannya itu namun baru sahaja menolak sedikit Rei sudah mengumam kecil
" Hmm " tangan Rei seperti meraba-raba sebelum dia memeluk pinggang ramping Aeris itu
" Awak dah pukul 9 pagi ni . Lambat dah " kata Aeris
" Hmm .. kita bukan nak pergi mana pun . Saya mengantuk lagi ni .. " balas Rei perlahan . Tangannya menarik lagi Aeris merapat ke arahnya
Aeris membiarkan sahaja , seketika dia tersenyum nipis . Sebenarnya .. dia sudah mengingat semuanya . Ya , dia ingat siapa lelaki ini sebenarnya
Cuma diam juga teringatkan lelaki yang berjaya selamatkan dia dari rumah Hairi itu ..
' Siapalah dia .. kalaulah aku dapat jumpa ' bisik hati Aeris sendiri
Dia harap dia berpeluang berjumpa dengan lelaki itu . Dia mahu mengucapkan terima kasih kerana selamatkan dia pada hari itu .
Semoga dia dapat berjumpa dengan lelaki itu satu hari nanti ..
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...