Bab 20

336 23 1
                                    

Aeris masih di dalam bilik untuk menukar baju . Rei sudah tunggu di bawah , dia masih belum lupa apa yang Rei buat tadi . Rasa macam nak tercabut jantung dia tahu .

Aeris mencapai hoodie putihnyadan disarung ke tubuh sendiri , besar hoodie ini jadi dia selesa . Tudung sarung hitam dicapainya dan dipakai di kepala , dia mengemaskan sedikit awning tudung itu .

Aeris keluar daripada bilik dan turun ke bawah dia melihat Rei yang sedang duduk di sofa sambil menunggu dirinya itu . Lelaki ini pakai baju yang .. sangat mengancam ya

Dia memakai baju tshirt hitam namun jarang jadi agak nampak tubuh badannya sendiri . Aeris mendekati Rei sebelum menegurnya

" Awak asal pakai baju jarang-jarang ni ? " tanya Aeris terus kepadanya

" Dah malam . Bukan orang nampak pun " balas Rei pula , tangannya bergerak mengemaskan rambutnya sendiri

" Cepatlah keluar " Rei berdiri apabila Aeris sudah mengajaknya itu . Mereka keluar daripada rumah bersama dan Aeris mengunci pintu rumah mereka

" Naik motor mana ? " tanya Rei .

" Hmm motor awaklah " balas Aeris

Rei mencapai helmet putih di atas meja kecil diluar rumah itu sebelum kepala Aeris dipegangnya perlahan . Helmet putih itu dipakaikan di kepala Aeris . Aeris membisrkan sahaja Rei yang membuat itu

Rei turut memakai helmet hitam full face miliknya dan engin motor itu dihidupkan . Aeris terus teruja mendengar bunyi motor itu apabila sudah dihidupkan , tak sabar !

" Dah naik . " Aeris menutup pintu pagar sebelum berjalan ke arag Rei . Perlahan-lahan dia naik ke atas motor itu sebelum dia fikir nak pegang mana ni ?

" Jangan pegang belakang . Bahaya " awalawal Rei sudah menegurnya

Aeris tiada pilihan selain dia memegang baju milik Rei dikiri dan kanannya . Memang tidaklah nak peluk . Rei melihat tangan Aeris yang memegang bajunya sahaja itu sebelum dia senyum senget di balik helmetnya

Motor itu mula bergerak laju . Aeris waktu itu memegang baju Rei dengan kuat . Boleh tahan laju juga dia ni bawa . Mereka dua-dua menikmati angin malam itu .

Sehinggalah satu tahap Rei sengaja brek mengejut nasib belakangnya tiada kereta . Aeris ketika itu terus terhadap ke hadapan sehingga tangannya memeluk Rei dari belakang

" Hold me tight . " kata Rei sebelum dia memulas pemegang motor itu dan laju motor itu bergerak di jalan itu

" Bawak perlahan-lahan lah . Laju sangat lah awak bawak ! " Aeris bersuara , tangannya makin lama memeluk kuat Rei . Kalau tak peluk takut dia yang terbang nanti

Sampai sagaja di traffic light yang lampu masih merah itu membuatkan Rei berhentikan motornya . Aeris berundur sedikit ke belakang dengan tanggan yang sudah kembali memegang hujung baju kiri dan kanan Rei semula

" Koyak lah baju aku tu nanti kalau kau pegang macam tu " tegur Rei . Aeris membalas " Habis nak pegang apa ? Pegang baju pun okeylah " katanya

" Kenapa taknak peluk aku ? " Aeris yang terasa malu mendengar soalan Rei itu .

" Takkan malu kot . Kalau tak suka aku , buat apa nak malu kan ? " Rei sengaja berkata begitu , Aeris yang mendengar itu menjeling kecil Rei dihadapannya

Lampu traffic itu mula bertukar hijau semula . Aeris kali ini terus memeluk Rei dengan tangannya berada di perut lelaki itu . Rei yan terasa tangan Aeris di bahagian perutnya itu membuatkan dia senyum sendiri . Suka dia suka !

Dengan sebelah tangan mengawal motor itu tangan kanannya sengaja memegang tangan kanan Aeris sebelum dibawa masuk ke dalam bajunya sendiri . Terus dia melepaskan tangan Aeris yang masih berada di absnya itu .

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now