Sudah sehari kehilangan Rei yang masih tidak dapat dijejak itu membuatkan Aeris tidak dapat tidur nyenyak . Dia rasa dia perlu ke rumah keluarganya untuk berlindung disitu sementara
Aeris mencapai phone miliknya di atas meja itu dan dia mencari nombor abangnya . Terus dia menghubungi Aeriq
" Aik , matikan phone ke along ni ? " pelik Aeris apabila nombor itu tidak bersambung dengan abangnya
Malas mahu hubungi lagi Aeris bersiap sendiri . Baik dia pergi sahaja ke rumah keluarganya itu . Aeris memakai tudung sarung hitam bersama hoodie kelabunya . Kunci motor miliknya dicapai
Waktu itu juga Aeris memandang ke arah satu bilik di bawah tangga rumah mereka itu . Bilik ini memang Aeris tidak pernah masuk kerana berkunci , cuma .. dia rasa seperti ada yang tidak kena sahaja
" Perlu ke aku buka , tiada apa kot dalam ni " Aeris memandang lama ke arah pintu bilik itu
" But .. tak salah kalau nak tengok " Aeris mengambil beberapa langkah ke belekang sebelum dia berlari dan ..
Bum !
Dia merempuh pintu bilik itu dengan sekali rempuhan sahaja . Aeris menggosok bahunya yang terasa agak sengal itu .
Aeris mengangkat wajahnya dan matanya melekat di skrin komputer yang berada di atas meja itu . Aeris mengerut dahi memandang ke arah satu titik merah yang berada di tengah-tengah seperti peta itu
" Apa benda ni ? " Aeris melihat dengan teliti ke arah skrin itu , nampak seperti ..
Lokasi ?
Terus mata Aeris membulat apabila dia dapat menangkap sesuatu . Lokasi ! Mungkin ini lokasi Rei ? Terus phone di dalam poket seluarnya dicapai dan nombor Sara dihubungi
" Sara ! "
.
" Maksudnya kau rasa ini mungkin lokasi Rei sekarang ? " tanya Sara terus pada Aeris
Aeris mengangguk yakin . Sara dan Azri memandang lama ke arah skrin itu , titik merah itu masih kekal di tempat sama . Sara dan Azri berpandangan sesama sendiri seketika
" Hm , aku tak berapa yakin tapi .. mungkin ni boleh jadi lokasi Rei sekarang . " kata Azri pula
" Mungkin dia ada pakai rantai atau apa-apa ke yang bagi lokasi dekat map ni? " andaian Aeris sendiri namun ada benarnya juga
" Tak apa , kitorang akan pergi dalam beberapa jam ni . Kau pergilah rumah keluarga kau dulu duduk situ sementara tunggu semua ni selesai . Apa-apa bagitahu kitorang " tambah Azri lagi
Sara dan Azri melangkah keluar dari rumah Aeris dengan petunjuk yang mereka ada itu . Aeris pula terus mengunci pintu rumah dan melangkah ke arah motor putih itu
" Patut ke aku ikut diorang pergi lokasi tu .. " dia tahu bahaya cuma , dia mahu selamatkan suaminya juga
" Haish nantilah , baik aku pergi rumah mama dulu "
.
Sampai sahaja di rumah ibunya itu Aeris turun dari motor . Namun dia tidak menanggalkan helmet kerana dia meluru laju masuk ke dalam rumah , bertambah pelik lagi apabila pintu tidak berkunci
" Cik Aeris " Aeris menoleh memandang ke arah lelaki yang muncul dengan wajah cemas itu
Pemandu peribadi mama dan papanya
" Mana semua orang ? " tanya Aeris kepada lelaki itu
" Saya tak tahu , semalam saya keluar nak pergi kedai .. balik-balik tengok diorang dah tak ada . Tapi kereta ada je " terang lelaki itu dengan wajahnya yang masih kelihatan cemas
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...