Malam menjelang tiba . Aeris mula termenung sendiri dan sesekali matanya memandang tangannya yang masih berbalut itu sebelum memegang kepalanya yang berbalut pula . Bilalah agaknya dia boleh sembuh
Rei yang baru keluar dari bilik mandi itu dipandang . Lelaki ini memang tidak pulang ke rumah langsung . Melekat di bilik wad Aeris ini sepanjang masa .
" Hm .. Rei ? " Rei memandang Aeris apabila Aeris memanggil dirinya . " Yes ? Kenapa ? Nak apa-apa ke ? " tanya Rei dan tangannya mencapai sehelai singlet hitam dan disarung ke tubuhnya sendiri
" Um , mana keluarga awak ? Saya dah dua minggu dekat sini .. keluarga awak tak ada datang pun . Diorang tak suka saya ke ? " tanya Aeris dengan akalnya memikirkan macam-macam . Mana keluarga Rei ?
Rei diamkan diri mendengar soalan itu . Terbit satu keluhan di bibirnya sebelum dia menggeleng kepala sahaja " Aku tak ada family . Memang hidup sorang " jawab Rei
" Kenapa ? Mana family awak ? " tanya Aeris lagi
" Diorang dah tak ada . " Rei menjawab lagi dengan nada mendatarnya , nampak seperti tidak berminat dengan soalan ini
" Urm , Hairina tu ? Siapa .. ? " teragak-agak Aeris menanyakan soalan itu . Rei mengerut dahi kecil , mana pula dia tahu pasal Hairina .
" Mana tahu pasal Hairina ? "
" Tadi phone awak ada mesej . Nampak nama dia . " jawab Aeris jujur . Dia dapat rasa suara Rei seperti tegang sahaja
" Hairina tu kawan aku . Dahlah tak payahlah fikir . Buang masa je , ni kau nak makan apa-apa ke ? Aku boleh belikan " laju sahaja Rei menukar topik . Aeris menggeleng perlahan kepalanya
Serentak itu juga phone Rei berbunyi . Mereka berdua meandang ke skrin yang sudah menyala itu , Aeris melihat nama yang sama tertera di skrin phone itu
Hairina
Rei merengus kasar dan terus panggilan itu di angkat .
" Apa kau nak ? " agak kasar nada Rei menyapa Hairina . Lama Aeris memandang Rei yang diam sahaja dengan phone menekap di telinga itu . Pasti gadis itu sedang bercakap sesuatu
" Eh aku peduli apa jantan tua tu cari aku sekali pun sebab anak dia kena tangkap ? Aku tak kisah langsung lah " Rei berkata dengan nada tertahan . Tidak mahulah tinggi suara dalam talian ni
" Aku tak takut kalau dua orang dua nak upah orang bunuh aku sekali pun . Siapa diorang aku nak kena takut ? . Manusia biasa je " Rei meraup rambutnya ke belakang sambil bercakap itu
" Kau patut risaukan diri kau tu sebab banyak berhubung dengan aku . Tak risau kalau diorang tahu ? Silap hari bulan . Badan kau kena kerat . " mendengar ayat itu mebuatkan Aeris merasa gerun sendiri
Ada apa dengan perempuan nama Hairina ni dengan diri Rei ?
Aeris memandang lagi Rei yang sedang diam itu sebelum dia lihat wajah Rei seperti berubah dengan rahang diketap " Kalau diorang sentuh Aeris , memang mati orang tua tu aku kerjakan ! Sama macam anak si-l diorang tu !" terus panggilan itu dimatikan
Aeris tersentak mendengar apa yang baru Rei katakan itu . Turun naik nafas Rei menahan marahnya , dia tidak akan bagi orang lain untuk sakitkan Aeris lagi . Tak akan !
Rei berpusing dengan matanya memandang Aeris yang turut kaku memandang ke arahnya itu . " Aku keluar sekejap " kunci kereta diambil dan kaki sudah berjalan untuk keluar dari wad itu
" Awak nak pergi mana ? "
" Sekejap je " balas Rei . Dia sudah membuka pintu wad itu mahu keluar namun Aeris bertanya lagi " Tapi dah malam- "
" Duduk diam je boleh tak ? Pandai-pandailah aku jaga diri . Kau tidur jelah " terus dia menutup pintu wad itu selepas berkata begitu
Aeris sendiri terdiam mendengar balasan Rei itu . Dia bukannya kental sangat , dengar orang cakap begitu pun boleh buat dia sentap sendiri . Aeris termenung sendiri setelah itu dan tertidur
.
Rei meraup wajahnya , pasti Aeris terasa dengan dia . Dia tidak boleh jika bercakap tentang isterinya , Rei akan rasa risau sendiri . Tapi itu tetap salah dia kerana marah Aeris tanpa sebab .
" Haih apa aku buat ni .. " Rei perlahan-lahan membuka pintu wad itu dan meninjau sedikit ke dalam . Rasanya Aeris sudah tertidur kot
Rei terus masuk dan menutup pintu wad itu . Jaket hitamnya ditanggalkan dan diletak di atas sofa . Setelah itu dia mendekati Aeris sebelum matanya memandang raut wajah Aeris yang lena tidur itu .
Tangannya naik mengusap lembut pipi kanan Aeris , namun gadis itu tiba-tiba membuka matanya memandang Rei . " Sorry .. aku ganggu kau tidur ke ? " Rei laju mengangkat tangannya semula
Aeris tidak menjawab malah dia hanya memusingkan tubuhnya membelakangi Rei dengan wajah tiada riak apa-apa .
Rei memandang Aeris yang membelakangi dirinya itu sebelum dia senyum senget . Ohh merajuk ?
" Marah aku ke ? " Rei menyentuh bahu Aeris dengan lembut namun gadis itu tidak memusingkan tubuhnya hanya diam sahaja
" Aku minta maaf . Aku tak patut termarahkan kau tadi .. I'm sorry okay ? " Rei cuba memusingkan tubuh Aeris menghadapnya namun Aeris mengeraskan badan
Tindakan drastik Rei naik ke katil itu dan baringkan diri sebelah Aeris . Aeris terus duduk dan memandang Rei dengan riak tidak percaya
" Apa awak ni ? Sempitlah . Pergilah tidur sana , tangan saya dahlah berbalut . Susahlah awak ni " tangan kiri Aeris menolak bahu Rei agar turun dari katilnya semula namun Rei buat tak endah
" Taknak , isteri saya kat katil . Saya tidur sini juga " tangan Rei memeluk pinggang isterinya dengan selamba membuatkan Aeris ternganga sebelum dia memukul tangan Rei yang memeluknya pula
" Dah marah orang nak peluk-peluk pula ! " Aeris menjeling Rei disebelahnya namun Rei hanya ketawa kecil sahaja
Rei duduk semula dan merapatkan diri ya di sebelah Aeris . Walaupun isterinya masih dalam fasa mahu mengingati dirinya , namun perangai Aeris masih sama
" Sorry sayang , aku tak ada niat pun nak marah kau . Minta maaf ya ? " ujar Rei dengan tangannya memeluk Aeris dari belakang namun tidaklah terlalu kuat tidak mahu menyakitkan tangan Aeris yang masih berbalut itu
Aeris mendengar sahaja tutur Rei itu . Mulutnya dikemam , taknak senyum !
" Dahlah tepilah , saya nak tidurlah . " tangan Rei yang memeluk dirinya itu cuba dialihkan
Rei laju mengucup pipi kiri Aeris membuatkan Aeris terkaku semula . Tidak semena-mena pipinya merah , tak guna betul ! Terus dia berdehem dan memasang wajah kelat semula
" Cium-cium , pergi sana lah " Aeris terus menolak badan Rei turun dari katilnya . Rei mengalah juga dia turun juga dari katil dengan gelengan kepala kecil
" Yelah , manalah nak tidur dengan aku kan ? Katil sempit . Dah tidurlah dulu " suara Rei seperti merajuk sahaja . Aeris memandang Rei yang sudah berbaring di sofa itu dengan berbantalkan jaket miliknya tadi
Sudah ! Aeris pula yang rasa serbasalah , nak gurau-gurau sikit pun tak boleh .
" Awak " Rei membuka matanya memandang Aeris yang memanggil dirinya itu
Aeris mengalihkan pandangan sebelum dia mengesot ke kiri memberi ruang . Rei yang melihat itu terus bibirnya tersenyum semula . Taktik menjadi !
" Boleh ke ? Nanti sempit " tanya Rei lagi
" Baring jelah " Aeris membaringkan dirinya semula dengan membelakangi Rei . Drip ditangannya masih ada , tak pasal-pasal kalau berpusing-pusing nanti tercabut pula
Rei terus membaringkan dirinya disebelah Aeris dan tangannya perlahan-lahan memeluk pinggang isterinya itu . Aeris membiarkan sahaja malah dia juga senyum nipis , selesa .
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...