Empat hari selepas semua kecoh yang terjadi itu mereka semua sudah boleh tarik nafas lega . Hairi dan Hairina masih dalam penjara tunggu untuk mendapat hukuman yang sepatutnya
" Love , sabar perlahan-lahan . Jatuh saya ni nanti " tegur Rei
Aeris menarik tangannya laju untuk turun ke bawah . Dia risau dia terjatuh sahaja . Aeris pula dia tidak fikir semua tu dah , dia terlalu teruja untuk tunjukkan sesuatu kepada Rei .
" Awak duduk sini " Aeris menolak Rei agar duduj di sofa . Penutup mata lelaki itu dikemaskan
" Eh sayang nak pergi mana ? " Rei memegang tangan Aeris apabila terasa isterinya mahu melepaskan tangan mereka
" Alah duduk jelah ! " Aeris laju membuka kain yang menutupi hasil lukisannya itu
" Sayang , nak tunjuk apa ni ? " tanya Rei apabila Aeris tidak membuka lagi penutup matanya
" Sabar ! " Aeris menghalang . Aeris duduk disebelah Rei apabila dia sudah mendekatkan lukisan itu kepada arah mereka
Aeris membuka penutup mata Rei .
" Cantik tak , cantik tak ? " teruja Aeris bertanya
Rei terkedu melihat hasil lukisan Aeris di hadapannya . Terdapat banyak lukisan mereka berdua dalam satu canvas lukisan itu , siap bewarna lagi .
Rei menyentuh lembut canvas itu . Cantik .. cantik sungguh .
" Awakk , cantik tak ? " Aeris bertanya lagi apabila Rei tidak membalas soalannya
Rei memandang Aeris sebelum dia menarik isterinya itu ke dalam pelukan . Aeris senyum lebar , tahulah yang Rei suka lukisan ni .
" Cantik sangat .. thanks , my love " bisik Rei seraya dia mengucup lembut dahi Aeris
" Saya buat ni seminggu tau , punyalah gigih nak sorok dari awak . " kata Aeris . Dia buat waktu-waktu pagi sahaja . Waktu Rei belum bangun tidur lagi hehe
" Thank you " Rei mengucup sekali lagi dahi Aeris dengan senyuman manis di bibirnya
Rei meleraikan pelukan mereka . Mereka tidak berkata malah mata memandang sesama sendiri dengan senyuman dibibir .
" Ey geramnya ! " Rei menarik sedikit muka Aeris ke arahnya dan dicium seluruh wajah Aeris
" Eihhh ! Rei ! Lepaslah ! " ketawa Aeris dibuatnya . Dia sedaya upaya menahan wajah Rei yang masih mencium pipinya itu
" Awak comel sangat " Rei mencubit perlahan pipi Aeris
" Hmm kesian muka awak lebam-lebam lagi ni .. " Aeris menyentuh lembut rahan Rei yang masih lebam itu
" Tak apa .. janji hensem kan ? Saya kacak lagi tak ni ? " tanya Rei
Aeris tergelak kecil " Yaaa awak sentiasa kacak Rei Koa Arien " jujur Aeris dengan tangannya bergerak menepuk lembut pipi Rei
Rei memegang tangan Aeris yang berada di pipinya itu . Suka ! Suka sangat .
" Hmm mama .. mama macam taknak jumpa saya je .. " luah Aeris tiba-tiba . Terus hilang suasana bahagia tadi .
" Kenapa pula cakap macam tu ? "
" Saya call mama .. tapi mama tak angkat . Call along dia kata mama memang macam babyak diamkan diri je . " Aeris ceritakan kepada Rei . Dua hari lepas dia call abangnya itu .
" Mungkin mama serba salah , sayang pergilah jumpa dia dekat rumah tu . Pujuk dia " cadang Rei
" Awak .. awak tak marah papa ke ? " tanya Aeris pula tiba-tiba
" Kenapa pula saya nak marah papa awak ? " Rei pula bertanya semula
" Dia kan selalu cakap nak pisahkan saya dari awak sebab dia kata awak tak jaga saya .. awak tak marah papa kan ? " Aeris bertanya lagi . Tangannya naik memeluk kakinya yang turut berada di atas sofa itu
" Love , duduk elok-elok " Rei menegur , tangannya menurunkan kaki Aeris .
Apabila sudah dilarang begitu kepala Aeris berbaring di riba suaminya itu . Rei senyum sahaja dengan tangan sibuk mengelus rambut Aeris
" Saya tak marah , biasalah dia kan papa awak . Dia mesti taknak tengok anak kesayangan dia ni sakit lagi , sebab tu bila saya terbuat salah sikit dia terus nak marah . Tapi saya tak kisah pun .. " panjang Rei menerang kepada Aeris . Tangan tidak henti mengusap lembut kepala Aeris di ribanya itu
" Ooh .. macam tu eh ? "
" Macam tu lah , sayang " jawab Rei dan dia menunduk mengucup lembut dahi Aeris
" Dahlah nanti petang kita pergi rumah mama , awak kena pujuk dia tau ? Faham tak ? " Aeris mengangguk perlahan
Aeris kekal berbaring di riba Rei dengan tangan Rei yang masih mengelus lembut rambutnya . Selesaa
.
Aeris dan Rei berpimpin tangan untuk masuk ke dalam rumah Dato Arez . Aeris gementar , dia harap maknya terima kedatangan dia . Dia risau pula kerana manalah tahu mama ada terasa dengan dia ke ..
" Love , don't think too much okay ? " lembut suara Rei berpesan padanya
Aeris senyum nipis dengan mengangguk kecil sahaja . Mereka berdua mengetuk pintu dahulu dan menunggu apabila pintu dibuka muncullah wajah Aeriq .
" Along " Aeris tunduk menyalam tangan Aeriq . Terus dia memeluk tubuh abang sulongnya itu
" Rindu along ke ? " Aeriq membalas pelukan adiknya seraya tangan mengusap lembut kepala Aeris yang berlapik tudung itu
" Rindu la juga , mama mana " Aeris bertanya sebaik sahaja meleraikan pelukan mereka
" Ada dalam bilik dia , adik pergilah jumpa dia dulu .. " kata Aeriq . Sempat dia bersalaman dengan Rei yang berada di sebelah Aeris
Aeris berjalan melepasi mereka , dia perlahan-lahan berjalan menuju ke bilik Datin Arna . Pintu itu dibuka dan dia melihat ke arah Datin Arna yang duduk di hadapan mejanya sendiri .
" Mama .. " suara Aeris menegur perlahan
Namun Datin Arna merasa lebih gelisah dengan kedatangan anak perempuannya itu . Dia .. dia tak sanggup berhadapan dengan anaknya , dia rasa dia teruk kerana disebabkan dia anak dia yang tanggung .
" Mama .. " Aeris menyentuh lembut bahu Datin Arna
Datin Arna menoleh sekilas memandang Aeris sebelum dia mengalihkan pandangannya ke luar rumah semula .
Aeris masih memaksa bibirnya untuk senyum . Dia mencapai tangan Datin Arna dan dikucup lembut . Namun tangan Datin Arna tidak dilepaskan
" Mama .. Aeris ada buat salah ke ? Kalau Aeris ada buat salah .. Aeris minta maaf sangat . Aeris taknak tengok mama macam ni , mama ada masalah ? " tanya Aeris , dia kini duduk disebelah maknya
" Mama minta maaf .. "
Aeris diam dahulu mahu terus mendengar apa yang Datin Arna mahu katakan .
" Disebabkan salah mama dengan mak Arien .. kamu berdua yang perlu tanggung derita ni . Sedangkan mama hanya buat-buat macam tak tahu .. sedangkan mama dah dapat rasa ini semua angkara kesalahan mama sendiri " panjang Datin Arna menerang serta meminta maaf
" Mama memang pentingkan diri waktu tu .. mama tak hiraukan mak Hairi sangat sebab dia orang tak berada , berbeza dengan mak Arien .. mama memang jahat .. mama tak salahkan Hairi seratus peratus . " sambung Datin Arna lagi tanpa sedar dia sudah berubah sebak sendiri
" Mama .. Aeris tak salahkan mama . Kita semua ada salah sendiri .. apa mama buat memang salah . Tapi itu bukan satu tiket untuk Hairi untuk dia seksa .. dera dan hampir buat perkara tak baik dekat Aeris . " Aeris pula memberi balasan katanya
" Mama tak perlu rasa serbasalah .. benda dah jadi kita tak boleh ubah . Mama pergilah melawat Hairi dengan Hairina nanti .. minta maaf dengan diorang . " Aeris memegang lembut tangan Datin Arna dan diusap lembut
Datin Arna memandang anak perempuannya . Setitik air matanya mula mengalir , dia menarik Aeris ke dalam pelukan . Aeris memeluk erat ibunya itu .. apa pun salah dia , itu semua kesalahan lampau . Namun salah tetap salah .. kita perlulah minta maaf
YOU ARE READING
Forever Her Protector
RomanceRei Koa Arien x Aeris Nalia Semua yang terjadi , semua sudah diketahui . Rahsia disembunyikan daripada si dia hanya untuk melindungi . " No matter what happened , I always put you first my love " - Rei Koa Arien Dia .. lelaki yang melindunginya...