Bab 39

231 15 1
                                    

Aeris duduk sahaja di dalam biliknya . Entah kenapalah , dia sudah pun ikut Hairi datang ke sini namun .. tidak tahulah walaupun dia sudah ikut Hairi namun fikiran dan hatinya masih tidak tenang . Kenapa dia perlu rasa begini ?

" Haih apa dah jadi dengan aku ni .. " Aeris merau wajahnya seketika terdiam semula

Pintu biliknya yang dibuka itu membuatkan Aeris menoleh memandang ke arah gerangan yang baru masuk ke dalam biliknya itu

" You okay ke ? " tanya Hairi

" Okay je .. "

" Malam ni I nak keluar , you tinggal rumah dengan Hairina dengan bibik I eh ? I ada kerja sikit malam ni " Aeris hanya mengangguk sahaja mendengar itu

" Nah " Hairi menghulurkan sesuatu kepada Aeris dan terus mata gadis itu bersinar-sinar

" You beli ni untuk I ?! " buku lukis bersama alat lukisan itu diletakkan di atas katil Aeris

" Ya sayang . I lah belikan , I tahu you suka melukis . Nanti tak ada lah you bosan sangat duduk sini " balas Hairi . Dia tidak lepas memandang wajah teruja Aeris

" Thank you ! " ucap Aeris teruja kepadanya

" Dah nanti turun makan . Bibik tengah masak " Aeris mengangguk sahaja . Dia membuka plastik buku lukis itu dan pensil dicapai

" I like your drawings , you're so talented "

Aeris memegang kepalanya , suara yang tuba-tiba berlegar di dalam mindanya itu membuatkan dia tiba-tiba teringat .. itu macam suara ..

Aeris sebenarnya dia sendiri tidak pastu dengan keputusannya ini . Benarkah dia masih cintakan Hairi ini atau pun itu hanya sekadar perasaan bodoh miliknya

Kerana wajah Rei sentiasa bermain di fikirannya tanpa henti ..

" Aduh apa kena ni ? .. " Aeris mengurut perlahan kepalanya

Phone di atas meja itu dicapai . Dia mebuka galeri , mana tahu ada bukti apa-apa yang boleh kukuhkan lagi perasaan dia ini . Namun satu gambar pun tak ada .. seperti sudah di buang semuanya

" Phone aku ke ni ? " phone di tangannya itu dibelek . Mustahil dia hidup dia tidak mengambil gambar langsung

Lagi pun phone ini nampak macam masih baharu . Aeris meletakkan semula phone itu ditepi dan dia mula berfikir sendiri , apa yang dah jadi sebenarnya ni ?

Tok tok !

Aeris turun dari katil dan melangkah ke hadapan puntu bilik itu . Pintu bilik itu dibuka , dia senyum nipis kepada bibik yang berada di hadapan pintu itu

" Mari makan Cik Aeris . Saya dah masakkan " kata bibik itu .

" Okay , tak apa bibik turunlah dulu nanti saya turun makan " balas Aeris namun dia lihat wajah bibik itu seperti teragak-agak

" Hm tapi .. Encik Hairi dah suruh saya panggil Cik turun makan . " kata bibik itu lagi

" Yelah , jom turun "

Mereka berdua turun bersama . Aeris melihat ke arah Hairi yang sudah duduk menunggu dia itu . Hairina turut berada di situ , dia tidak tahulah kenapa Hairina selalu memandang dirinya macam nak dibunuh sahaja

Namun Aeris buat tidak kisah sahaja . Biarkan jelah nanti dia okay sendiri lah tu .

" Duduklah sini Cik " bibik itu menarik kerusi kosong berada di sebelah Hairina itu . Aeris hanya menurut

" Makanlah Aeris , sedap tau bibik masak . I kalau makan mesti bertambah punya " kata Hairi pula .

Aeris tergelak kecil , mereka semua menjamu selera seperti biasa tanpa suara . Tengah makan mestilah kena diam , mana boleh bercakap .

" Sikitnya you makan . Tak nak tambah lagi ? " tanya Hairi . Aeris menggeleng kepalanya

" Tak apa , dah kenyang . I memang tak makan banyak " Aeris menghabiskan air kosong di dalam cawan itu sebelum dia berdiri membawa pinggan dan cawannya ke dapur

" Bagi bibik . Tak payah basuh tahu ? " pesan Hairi lagi

Hairina yang melihat Aeris sudah ke dapur itu memandang abangnya semula . Lelaki ini elok sahaja makan seperti biasa dengan berselera .

" Sampai bila abang nak simpan dia dalam rumah ni ? " tanya Hairina

Hairi yang mendengar soalan adiknya itu menoleh sebentar ke belakangnya . Takut jika Aeris terdengar

" Apa masalah kau ni ? Kau tak tahu ke tujuan kita ? Bodoh ? " kasar Hairi membalas soalan adiknya itu .

" Abang ingat , Rei tu nak duduk diam ke bila abang dah ambik isteri kesayangan dia tu ? Silap-silap dia bom rumah ni tau " kata Hairina lagi

Hairi tiba-tiba gelak mengejek kepada adiknya " Bukan kau suka Rei ? Pergilah rebut dia . Aeris dekat sini , tak kisahnya dia tu "

Hairina terdiam , memanglah dia sukakan Rei cuma .. perlu ke ? Perlu ke dia buat tindakan gila sama seperti abangnya ini hanya untuk dapatkan apa yang dia mahu

" Tapi Rei takkan pandang adik . Dia nak Aeris tu je . Abang sendiri tahu benda tu " kata Hairina

" Jangan risau . Aeris ? Aku punya . Kau ngorat jelah si Rei tu " selamba sahaja Hairi berkata kepadanya

Mereka diam seketika apabila melihat Aeris sudah keluar dari kawasan dapur itu .

" I naik kejap eh , nak solat " Aeris berlalu melintasi mereka dan naik ke biliknya . Hairi hanya memandang sahaja sebelum tumpuannya beralih pada adiknya semula

" Pandai-pandai kau lah nak buat macam mana untuk dapatkan jantan tu . Suka hati engkau , aku malas nak campur " kata Hairi apabila melihat Aeris sudah masuk ke biliknya

" Habis Aeris ? Dia takkan lepaskan Aeris . "

" Aku akan buat juga untuk dia tinggalkan Aeris . Aku akan jaga Aeris semula " balas Hairi kedengaran agak kasar mahu membuktikan katanya itu tidak main-main

" Tujuan kita bukan tu kan ? Abang salah tujuan ke ? " seperti menyindir Hairina bertanya kepada Hairi

" Suka hati aku lah . Kau menyibuk asal ? " Hairi bangun dengan membawa pinggan dan cawannya ke dapur

" Ingat . Kau jangan buat kerja gila . Aku tahu kau jaga dia elok-elok malam ni . Jangan sampai terlepas " pesan Hairi lagi kepada Hairina

Hairina hanya mengangguk sahaja . Apa ila melihat Hairi sudah menjauh , dia tersenyum sinis . Jaga baik-baik ya ?

Forever Her ProtectorWhere stories live. Discover now