Bab 2

1.1K 44 7
                                    

Semakin hari semakin terasa jauh dia dengan suaminya, selalu suaminya akan menunggu dia sewaktu ingin ke tempat kerja dan menghadiahkan kucupan hangat di dahi dan pipinya tetapi hari ini lelaki itu pergi begitu sahaja tanpa menyapa dia dan sarapan bersama.

Terduduk seketika dia di kerusi meja dapur seorang diri mengenangkan nasib dirinya, bahkan, keluarga mentuanya juga seakan jauhkan diri darinya, semalam Puan Zahirah datang melawat ke rumahnya namun, layanan yang di terima agak dingin dan acuh tak acuh, buatkan dia makin tertanya-tanya.

"Apa salah saya Tariq.....kalau saya salah tolonglah cakap pada saya..... Jangan buat saya macam ni....." Tak terasa tiba-tiba ada air mata yang mengalir perlahan di pipinya.

Kring.....

Tangisannya terhenti apabila ada panggilan yang masuk, nama ayahnya naik sebagai pemanggil, dia tepis laju air matanya lalu kembali mengawal emosi dan suaranya.

"Hello....abah kenapa tu?" Suara dia tukarkan menjadi ceria agar orang tua itu tidak menghidu masalahnya.

"Ayah teringin nak makan tomyam seafood ya? Okey, suruh Mai siapkan ayah, kita pergi cari kedai tomyam yang sedap ya, dalam sepuluh minit Miyya sampai..." Tamat sahaja panggilan dia bergegas bangun, menutup makanan tadi dengan tudung saji lalu dia berlalu ke bilik.

Selesai bersiap dia keluar dari bilik, apartment mewah itu ditinggalkan tanpa sedar ada mata yang memerhati tingkah lakunya dari dalam telefon, merengus kasar lelaki itu.

"Mana lagi you nak pergi ni?" Tarique Razeen masih tidak puas hati, tak sangka isterinya langsung tidak menghalang ketika dia bertindak keluar dari rumah tanpa menyapanya, dia inginkan wanita itu marah-marah untuk hilangkan rasa sakit hatinya.

Sejurus itu nombor isterinya di hubungi, lama namun tiada sambungan, makin terbakar hatinya ketika itu, isterinya makin tidak hormat padanya, sepatah kata pun tidak meminta izin darinya.

"Makin hari makin melampau you dengan I, Deena! You buat I macam kuli you je! You memang nak kena! I akan buat you melutut sebab buat I macam ni!" Pen ditangan di lempar kasar atas meja.

Sekali lagi dia lakukan panggilan tetapi masih lagi sama, isterinya tidak menjawab panggilannya, makin bengang dia, nombor Siti Fatimah di dail.

"Hello! Deena ada dengan kau?"

"Tak ada? Dia masuk kerja tak hari ni?"

"Dah berhenti? Bila?"

"Semalam? Tak apa lah kalau macam tu! Kalau dia ada datang dekat kau bagi tahu aku!"

"Tak! Tak perlu! Ini urusan aku dengan dia!"

"Tak nak! Aku banyak kerja! Kau makan sendiri! Terima kasih!" Terus dia matikan panggilan, masuk aplikasi WhatsApp dia hantar mesej pada Miyya Medeena.

"Mana kau pergi ni! Kau sengaja nak bagi aku marah ke? Kau dah tak sayang aku ke? Mana kau pergi? Angkat lah telefon!! Argh!!"

Seharian dia lakukan kerja dengan amarah yang menguasai diri, semua tumpuannya pada si isteri yang entah ke mana perginya, tak tahu lagi dia ingin berkata apa sesungguhnya hanya sabar yang dia mampu lakukan sekarang.

Selesai sahaja melakukan kerja, dia angkat punggung lalu membawa beg kerjanya keluar dari pejabat, semua pandangan tertumpu pada sosoknya garang dan tidak ramah itu, dia harus pulang awal hari ini, dia ingin pastikan apa yang Miyya Medeena lakukan sebenarnya.

"Hari ini aku akan buat kau tak berkutik! Aku tahu mesti kau pergi pada keluarga kau! Apa lagi yang keluarga kau tengah hasut kau untuk minta pada aku? Tak cukup lagi aku dah tolong ayah kau?"

"Tak apa, kita tengok apa lagi benda busuk yang kau nak!".

Ruang tamu yang kelam dan sunyi menyapa diri Miyya Medeena, perlahan dia tutup pintu lalu berjalan masuk, hari ini hatinya tenang kerana mampu memberikan senyuman pada si ayah tercinta, sepanjang hari ini juga dia tidak mengusik langsung telefonnya.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now