Bab 10

957 47 8
                                    

Siti Fatimah tenung pinggan dan cawan bekas milik kawan baiknya, Miyya Medeena. Air sirap ais yang masih tinggal separuh disedut perlahan, ayat yang dituturkan oleh Miyya membuat hatinya mula bergelora.

"Aku tak ada sesiapa dah, aku cuma ada abah, Mai, Tariq dan kau, aku harap di saat aku jatuh korang semua ada dengan aku, aku akan kecewa dengan diri aku kalau salah seorang dari korang tinggalkan aku..."

Berkali-kali dia telan air liur, rasa bersalah mula menguasai diri, Miyya Medeena adalah kawan sekelas yang sangat baik dan selamba, pertuturannya juga sangat lembut dan manis, selalu mengalah dan bijak dalam pembelajaran mahupun sukan sekolah.

Cuma malangnya kawannya itu adalah disebabkan dia hadir dari keluarga yang serba kekurangan, tetapi tak pernah sekalipun dia lihat kawan baiknya itu mengeluh atau berputus-asa. Disebabkan itu juga dia selalu merasakan Miyya Medeena sebagai pesaing terdekatnya selain Asyikin Zuraida.

Kerana Miyya Medeena seorang yang lemah dan tidak sukakan pergaduhan lain dengan Asyikin Zuraida, oleh itu dia memilih untuk menjadikan Miyya Medeena sebagai pesaing utamanya, ditambah lelaki yang dia sukai dalam diam ternyata menyukai Miyya Medeena, semua itu menambahkan kebencian di hatinya.

"Maaf, Deena! Kau dah buat aku benci kau! Aku kesian dekat kau tapi aku tak boleh undur lagi dendam aku, Syafiq sepatutnya jadi milik aku, bukan kau! Jadi, Tariq akan jadi milik aku, bukan kau! Adil bukan? Kau rampas orang yang aku suka dan aku rampas orang yang kau suka.....selamat menderita Deena! Sekali lagi aku minta maaf..." Renungan tajam Siti Fatimah membunuh sesiapa sahaja yang melihat.

Memang jauh disudut hatinya agak ragu dengan tindakannya tetapi wajah Syafiq yang kusut dan selekeh bermain di matanya, semua yang menimpa lelaki itu disebabkan oleh Miyya Medeena.

"Kenapa kau selalu sangat bernasib baik, Deena? Dulu Syafiq, sekarang Tariq.... Apa kurang aku? Aku pun layak bahagia! Mana boleh kau seorang sahaja yang bahagia.... Aku perlu dapatkan sikit kebahagiaan kau, kau pun tak kisah kan?" Dia bermonolog sendiri, ditarik nafas dalam-dalam, walaupun ada keraguan dia tetap tekad.

Tak sangka pula dia, Tarique Razeen menggunakan ideanya untuk menyakiti hati Miyya Medeena, tetapi dia tertanya-tanya kenapa lelaki itu tidak menggunakan minyak wangi dan lipstik miliknya. Mungkin tidak mahu menambahkan perencah lagi, tetapi tidak mengapa, asalkan lelaki itu sudah termakan dengan semua cakapnya, dia harus bekerja keras sedikit untuk rancangan seterusnya.

"Aku kena singkirkan kau, Miyya Medeena!"

Seusai itu, dia pun beredar dari situ, dia perlu cari cara lain untuk buat Miyya sendiri tinggalkan Tarique, tidak mahu dia dianggap perosak rumah tangga orang lain, setelah Miyya tinggalkan Tarique barulah dia bertindak seperti mengambil berat tentang kesedihan dia.

Rasa sangat licik dirinya ketika ini, namun, dia tidak mahu tekadnya luntur kerana rasa bersalah itu.

Sambil berjalan menuju pejabat tempatnya bekerja separuh masa yang tidak jauh dari situ, dia dail nombor Tarique, lama panggilan itu ingin bersambung namun, dia tetap tunggu dengan sabar. Seketika panggilan ke tiga tersambung, suara malas di hujung sana buatkan dia cekalkan hati.

"Hello, Tariq! Saya ada sesuatu nak bagi tahu awak! Tadi, saya baru sahaja jumpa Deena, ada benda yang dia bagi tahu saya..." Senyuman licik terbentuk.

"Okey, awak ambil saya boleh?"

"Alah, ye lah! Nanti saya send location!" Setelah tamat panggilan dia mendengus kuat.

"Tempat bini kau konon! Dah buat dia macam tu boleh pula kau masih nak jaga hati dia....ergh!!" Telefon kembali di letakkan dalam beg, sepanjang jalan dia mengomel sendiri mengutuk Tarique Razeen.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now