"keputusan untuk sumbat kau dalam penjara!" Tegas.
Tetapi cukup buatkan Siti Fatimah menggeletar hebat, tergeleng-geleng dia, kaki Puan Zahirah dia capai, di situ dia merayu agar dirinya diberikan kesempatan terakhir.
"Aunty, tolonglah saya....saya tak nak masuk penjara aunty.....tolonglah saya....saya mohon aunty.....".
"Tak! Aku nak kau mendekap dalam penjara seumur hidup kau, aku tak akan biarkan kau hidup senang lepas kau ungkapkan isi hati kau untuk bunuh Deena dan anak-anak aku! Aku akan musnahkan impian kau untuk rampas aku dari Deena! Cukup-cukuplah aku dah menderita dengan semua ucapan palsu kau!" Tarique Razeen kini berdiri gagah menatap nyalang padanya.
Semakin menggigil tubuh Fatimah bila kata-katanya tadi di ketahui oleh Tarique, wajah Miyya Medeena yang juga menatap sendu dia, dia pandang, sedetik kemudian sebelah tangan Miyya terangkat menunjukkan smartphone miliknya yang masih bersambung dengan panggilan yang dia buat tadi, begitu juga Tarique, dia juga keluarkan smartphonenya lalu di angkat sama seperti Miyya.
Senyuman sumbing khas ejekan terbentuk di wajah Miyya Medeena senyap-senyap. Kini, dia rasa dirinya betul-betul sudah tiada harapan bila tindakannya memakan diri sendiri.
Kerana rasa dia tak mungkin dapat lari dari keluarga ini, dia lantas meluru ke arah Puan Zahirah di belakangnya lalu menolak kuat tubuh itu sebelum dia terus berlari ingin keluar dari bilik itu.
"Mommy!!!"
"Tangkap dia!!!"
Dua jeritan serentak menyedarkan Siti Fatimah bahawa dia telah melakukan satu lagi kesalahan, kerana itu juga dia ingin melarikan diri agar dia terlepas dari kesalahan yang dia lakukan.
Baru sahaja dia turun ke bawah, tubuhnya terkaku terus melihat Encik Talha yang berdiri sambil berpeluk tubuh bersama empat anggota polis, seakan menunggu kehadirannya, terus lemah gemalai lututnya, serentak itu Mak Aji juga meluru mengejar Fatimah dari belakang.
"Tuan Talha! Tangkap dia! Dia cekik Deena dan tolak Puan Zahirah!" Dengan tercungap-cungap dia luahkan kata-kata itu.
"Aku memang dah agak dah perempuan bodoh macam kau ni mesti ada niat tak elok pada keluarga aku!!" Encik Talha sudah mengertak kuat giginya.
"Tangkap dia! Sumbat dalam penjara! Selagi masalah keluarga saya tak selesai biarkan dia duduk dalam sana dulu! Nanti saya akan uruskan lawyer saya...." Sejurus itu dua polis terus menarik Siti Fatimah.
"Uncle..... tolonglah Eyma! Tolonglah!!....." Sempat dia merayu untuk meminta simpati.
"Uncle....uncle....Jangan buat Eyma macam ni, uncle Emma sanggup jadi isteri kedua uncle, tapi tolong jangan buat Eyma macam ni, uncle tak kesian ke dekat Eyma? Tolonglah uncle, Eyma sanggup buat apa sahaja untuk uncle, Uncle boleh buat Eyma jadi pemuas nafsu uncle pun tak apa, tapi tolong Eyma..... jangan penjarakan Eyma....." Sanggup dia gadaikan maruah hanya kerana ingin terlepas dari kesalahannya, nampak sangat murah dia ketika ini.
"Hahahaha......apa? Pemuas nafsu? Kau? Kau nak jadi pemuas nafsu aku? Hahahahha..... mimpi apa kau semalam? Kau nak jadi isteri kedua aku? Hey, bagilah beribu perempuan pun dekat aku! Aku tak hingin! Zahirah dah cukup bagus dan baik untuk aku! Kau nak jadi pengganti dia? Hahahhahah......".
Encik Talha tersenyum senget lantas merapatkan mulutnya ke arah Fatimah seraya berkata.
"Dalam penjara banyak yang boleh layan perempuan sial macam kau ni.... hehehe" tidak kalah Redflag dengan anaknya, lelaki itu tersenyum penuh menang.
"Bawa dia! Kalau jadi apa-apa dekat isteri saya, saya akan heret dia ke muka pengadilan....".
Setelah itu, laju dia mendaki tangga untuk melihat ke atas, isterinya yang sedang bersandar pada dinding dia dapatkan, wajah isterinya sedikit mengerut mungkin menahan rasa ngeri yang dia dapat akibat tolakan dari Fatimah tadi.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...