Bab 51

1.2K 78 2
                                    

Tarique Razeen pandang wajah isterinya dengan rasa sayu di hati, mereka terlihat seperti pasangan sempurna di mata kasar tetapi siapa sangka pada hakikatnya dirinya seperti patung yang menunggu respon dari insan bergelar Miyya Medeena.

"Sayang....abang pergi kerja dulu ya?" Dia hampiri Miyya Medeena yang sedang melayan dua anaknya di ruang tamu.

Miyya Medeena angguk sebelum hampiri dia dan menyalami tangannya. Setelah itu, wanita itu kembali ke arah Malique dan Maura, sambung kembali melayan anak-anak mereka. Tarique kemam bibir menahan sayu di hati.

"Assalamualaikum..." Ucapnya perlahan sebelum pusingkan tubuh lantas menapak perlahan keluar dari rumah dengan berat hati.

Setelah pemergian lelaki itu, perlahan Miyya dudukkan diri di atas sofa seraya mata mengerling ke arah pintu utama yang sudah tertutup rapat, dia buang nafas kesal dengan kasar.

'maafkan Deena.....'.

Tarique Razeen perlahan bawa kaki masuk ke dalam balai polis yang menahan Siti Fatimah, wajahnya sedingin ais, masuk sahaja dia diminta menunggu di ruang menunggu. Lima minit kemudian, muncul Siti Fatimah yang nampak bersinar melihat kedatangannya, Jeremy yang baru menggantikan posisi Syakirah yang sudah meletakkan jawatan kerana hal peribadi juga terlihat mengerunkan.

"Tariq....." Duduk sahaja dia di hadapan lelaki itu terus air matanya keluar, terketar-ketar tubuh itu.

"Tariq....saya minta maaf, tolonglah benarkan saya keluar, saya tak sanggup duduk dalam ni, saya takut... Semua orang buli saya....saya takut sangat-sangat.... tolonglah....." Dia memohon lagi tetapi wajah Tarique hanya dingin merenung dirinya.

"Kau nak aku lepaskan kau lepas apa yang kau dah buat pada hidup aku?!!" Suara itu datang dari celahan gigi yang tersepit walaupun wajahnya masih kelihatan tenang tetapi tidak dengan suaranya yang mula mengeras.

"Ma...maaf....." Siti Fatimah menunduk takut.

"Kau tahu! Kau bukan sahaja buat Miyya koma! Tapi kau buat dia hilang ingatan! Kau tahu tak?" Terus terpanggung wajah Fatimah seakan tidak percaya.

"Apa? Kau terkejut? Haa? Bukan ni yang kau mahukan? Haaa?" Mencerlung Tarique ketika itu.

"Tariq.....saya....saya minta maaf....saya betul-betul nak minta maaf.....saya tak ada niat! Saya hanya ingin menyelamatkan diri sampai saya sanggup melakukan perkara-perkara yang berada di luar jangkaan saya.... saya betul-betul minta maaf......tolonglah....saya dah serik....." Kali ini tangisannya pecah, dia tersedu-sedan menangisi dirinya.

"Maaf? Kau rasa apa yang patut aku lakukan pada perempuan macam kau? Hmmm?"

"Saya tak kisah! Asalkan awak boleh lepaskan saya...."

Tarique Razeen nampak berfikir seketika, lama sehingga akhirnya dia bangun dan terus melangkah keluar meninggalkan Siti Fatimah yang terkulat-kulat menunggu jawapan dari mulut lelaki itu.

Masuk ke dalam kereta Tarique Razeen terus membelek-belek smartphonenya, dia membuka rakaman CCTV yang dipasang di dalam rumahnya, dia ingin tahu apa yang sedang di lakukan oleh Miyya ketika dia tiada.

Sesungguhnya, dia rindukan isterinya.

Seketika dia mengerutkan dahi apabila melihat Miyya Medeena sedang bersembang dengan Mak Aji tanpa rasa kekok tak seperti sebelum ini, isterinya jarang berkomunikasi dengan pembantunya, terus dia membuka pembesar suara agar dia boleh tahu apa yang sedang isterinya bualkan, kerana hatinya seakan merasakan kejanggalan pada pembantunya.

"Puan Deena...sampai bila Puan nak sembunyikan semua ni dari Tuan Tariq ?"

Tarique Razeen kenyit kan dahi, Jeremy juga turut melihat dia dari dalam cermin atas, mereka berdua cuba fahamkan maksud pertanyaan itu.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now