Doktor David memicit dagunya dengan wajah letih. Sesekali dia curi lihat wajah Tarique Razeen yang juga menunggu jawapan darinya.
"I think I don't know where she go!" Sambil angguk dia mantap menjawab.
"Tak kan you tak tahu langsung mana dia pergi? Lepas pembedahan tu mesti dia minta bantuan ambulans kan? Untuk dia bawa balik ayah dia?" Tarique Razeen nampak sedikit bodoh di situ.
"Pembedahan? She didn't do it!" Doktor David betulkan duduknya sambil tayang wajah tidak kisah.
"What? Do you mean ayah dia tak jalani pembedahan tu?" Keadaan sedikit tegang bila anggukan Doktor David yang membalas soalannya.
Syakirah di sebelah ternganga luas, tak percaya bahawa bos lelaki yang ini memang terus menghentikan perjanjian itu. Sebelum ini lelaki itu yang meminta bantuan dari dia untuk menarik kembali perjanjian itu untuk sementara, atas alasan pesakit belum bersedia tapi siapa sangka rupanya lelaki ini ada niat tersendiri.
"Jadi, diorang balik atau teruskan pembedahan tu?" Menggigil-gigil tangannya ketika soalan itu dilontarkan.
"Tak sempat! Encik Muaz tak sempat jalani pembedahan tu....." Doktor David tenung tepat ke dalam anak mata Tarique Razeen.
"What do you mean?" Tarique kentalkan hati menunggu jawapan dari doktor lelaki itu.
"Encik Muaz meninggal keesokan harinya kerana kegagalan jantung.....". Tarique Razeen terkaku, tubuhnya melemaskan, jantungnya ikut berirama tidak sekata.
Sekarang wajah memohon Miyya Medeena ketika mendatangi nya setelah tahu dia tidak menepati janjinya yang ini mula menerjah benaknya. Bukan dia tidak simpati tetapi tekad wanita itu yang membunuh rasa simpati itu maka, ego mula menguasai.
Dapat dia rasakan sakit yang isterinya itu terima di hari yang sama, kawan baik sendiri kantoi mengkhianati dia dan khabar kematian orang dia sayang, betapa hancur dan luluhnya jiwa seorang manusia bernama Miyya Medeena Binti Muaz.
Bahkan, suaminya sendiri mengkhianati ketulusan hatinya, ditambah orang sekeliling mereka juga sudah percaya dengan dia hanya kerana niatnya yang tidaklah sebesar mana.
"lepas ayah dia meninggal, Puan Deena terus urus semua urusan dan sejak tu saya sudah tak lihat dia lagi sehinggalah hari ini dan lebihan ubat yang dia beli juga turut dipulangkan atas alasan sudah tiada yang memerlukan lagi......jadi, lepas dia bawa ayah dia keluar memang dah tak nampak dia di mana-mana lagi.....saya minta maaf Encik Tariq, saya tak dapat tolong awak lagi....".
"Ah, dan ada satu lagi, sebelum saya terlupa, masa Puan Deena buat transaksi dengan pihak kami, ada satu barang dia yang tercicir". Doktor David bangun lalu berjalan mendekati satu laci lantas, sehelai kertas yang berlipat dua dikeluarkan dan di bawa ke arahnya. Dia menunggu dengan sabar.
Bila Doktor David sudah berada di depannya, lelaki berbangsa India itu hulurkan kertas itu pada dia, dia sambut huluran itu dengan hati yang tidak keruan. Perlahan tangan membuka kertas itu, dia berkerut-kerut cuba memahami semua yang bertulis namun, tetap sahaja dia tidak faham.
"surat apa ni doktor? saya tak faham...." Tarique pantas hulurkan kembali kertas itu pada lelaki tadi.
"sebelum tu saya minta maaf sebab saya dah buka kertas ni sebelumnya, sebab untuk tahu siapa yang punya dan dari pemerhatian saya surat ini datang dari klinik kesihatan Kuala Lumpur, dan saya perhatikan nama diatas yang tertera disini adalah nama Puan Deena....sebab tu saya simpan, mana tahu dia akan datang tuntut...." Kertas yang ada di depannya di biarkan sahaja kerana dia tahu apa isinya.
"jadi, apa yang tertulis dalam ni doktor?" kertas tadi di ambil lagi, dia masih tatap penuh tanda tanya. Syakirah di sebelah curi pandang sebelum matanya terbuntang luas.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...