Bab 15

966 51 6
                                    

Tarique Razeen menggenggam erat penumbuknya, cermin yang ada di hadapannya dia pandang dengan lekat, rasa marah dan tercabar bercampur menjadi satu, tak sangka akhirnya dia sendiri yang hancurkan kebahagiaan yang dia impikan.

"Arghhhhhhhhh!!!"

Prang!...

Kerana geram dengan diri sendiri dia tumbuk cermin bilik air itu sekuat hati. Habis berkecai tiada rupa lagi cermin yang tidak bersalah itu, darah yang mengalir di celahan luka yang terkena serpihan kaca dibiarkan sahaja.

Sempat dia lihat rakaman CCTV untuk tahu apa yang sedang isterinya buat setelah pertengkaran hebat tadi, rupa-rupanya Miyya Medeena tidak tahu kewujudan kamera litar tertutup yang ada dalam bilik itu, patutlah dia berani buat semua itu, tak tahulah jika tidak ada benda alah itu mesti makin banyak kesalahan yang dia terlepas.

Lihat wajah sembab si isteri tadi dia yakin isterinya kecewa dengan tindakannya, dia pun tak sangka yang dia sanggup bertindak begitu, mungkin rasa tercabar.

Ya!, mungkin dia tercabar bila Miyya Medeena berani melayangkan tamparan sulung padanya, tapi itu semua salah dia dan rasa tercabar kerana kesalahan dia, wanita yang sangat dia sayangi meminta untuk dilepaskan.

Dan rasa tercabar itu buatkan dia keluarkan syarat yang sangat menyayat hati. Miyya Medeena datang ke sini sehelai sepinggang, mana dia ingin dapatkan duit yang pernah dia gunakan sebelum ini dan tempat untuk keluarganya tinggal setelah dia lepaskan syarat itu semalam.

"Maafkan abang... abang egois!!" Tangan yang masih berdarah di genggam sekuat hati.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

***************

Miyya Medeena memasukkan baju lama miliknya ke dalam beg sandang yang dia bawa dari kampung, walaupun hanya beberapa helai, dia tetap perlu bawa baju itu keluar dari rumah ini sebelum dia yang dihalau. Bukan kerana dia ingin keluar dari rumah itu tetapi untuk langkah pertama supaya nanti dia tidak terkocoh-kocoh membawanya bila di halau nanti.

Telefon dia capai, layar yang sudah retak kerana terjatuh semasa pertengkaran tempoh hari dia tekan dengan hati-hati. Mesej dia hantar pada Tarique Razeen.

'hari ni saya pulang lambat, kalau awak balik, awak tidur dulu! Terima kasih!'

Selesai masukkan baju dia terus melangkah menuju pintu utama, hari ini dia minta separuh hari kerana dia perlu pergi mencari kerja sampingan yang lain, ingin harapkan gaji dari kerjanya sekarang rasanya makan beberapa tahun untuk cukupkan semua hutang itu.

Sekarang yang dituntut sahaja sudah 12 ribu belum di campur lagi dengan 27 ribu untuk kos pembedahan jantung Encik Muaz. Tak kisahlah bagaimanapun, dia perlu langsaikan dahulu yang 12 ribu itu, setelah pembedahan abah dia akan berusaha lagi untuk cari yang selebihnya.

Hanya satu sahaja yang dia harapkan iaitu dia harap Tarique Razeen masih tidak mungkiri janjinya untuk tolong dia membayar kos pembedahan Encik Muaz.

"Abah, bertahan sikit je lagi, nanti pembedahan abah dah selesai kita balik kampung ya?" Dia bergumam sendiri.

Seharian dia mencari kerja yang boleh dia dapatkan, punya khusyuk sehingga dia lupa ingin makan, selepas selesai menghantar maklumat peribadinya ke beberapa tempat yang menjadi target, dia kembali masuk bekerja seperti biasa.

Lelahnya seakan tidak terasa kerana semangat yang dia dapatkan.

"Kau kena kuat! Semua orang sayang kan kau! Miyya Medeena!"

Kini, cukup seminggu dia menjalankan tiga kerja dalam sehari, seperti sekarang dia bekerja sebagai juruwang di salah satu restoran cepat saji, KFC di pagi hari selama empat jam, tengahari pula dia berkerja sebagai jurujual dia kedai bakery yang dia kerja sebelum ini, malam dia bekerja sebagai juruwang di 7E sehingga lewat malam.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now