Miyya Medeena hanya diam sepanjang perjalanan setelah berlaku kejadian yang menegangkan tadi, Tarique Razeen hanya mengerling wanita itu dari hujung mata sahaja, dia tahu wanita itu mesti sangat terpukul dengan kenyataan yang baru sahaja dia ketahui tadi.
"Maaf kalau abang buat sayang rasa sakit hati macam ni, abang tak ada niat..... abang cuma tak nak rumah tangga kita yang baru sahaja kita bina ni hancur kerana kawan sayang sendiri...." Tangan Miyya Medeena yang setia di dalam genggamannya di kucup perlahan.
"Abang tahu sayang syok dengan apa yang jadi tapi pada hakikatnya sayang kena tahu yang dia ada niat tak elok pada sayang.... Abang tak nak kehilangan sayang, walau macam mana pun, abang akan pertahankan sayang seadanya..... Abang tak nak rasa kehilangan yang pernah abang rasa sebelum ni....abang tak sanggup...."
"Kehilangan sebelum ni? Maksud abang?". Tarique terdiam sekejap mencari ayat yang sesuai.
"Tak adalah.....abang cuma takut kehilangan sayang sebelum abang mampu betul-betul merelakan sayang...." Jauh betul pusing nya.
"Huft, Deena yang patut minta maaf, kalaulah Deena dengar cakap abang mesti Eyma tak ada ruang untuk bertindak macam ni.... Apa-apa pun Deena kena bagi tahu Umi dia supaya suruh dia balik, kalau terus macam ni makin teruk lagi nanti...." Miyya sedia ambil smartphonenya.
"Betul! Sayang kena bertegas, jangan nak back up perempuan tu, kalau tak nanti sayang sendiri yang susah..." Tarique kulum senyuman bahagia melihat tindakan isterinya.
"Kenapa dia datang sini sebenarnya sayang?" Ingin juga dia tahu cerita sebenar.
"Dia cakap dekat umi dia nak kerja dengan abang, dia cakap Deena nak dia kerja dekat sini untuk cari pengalaman, Deena ingat memang nak tolong dia untuk bekerja dekat syarikat abang...." Miyya renung wajah tampan Tarique yang sedang fokus memandu.
"Abang marah?" Tarique menggeleng perlahan namun, wajah masih lurus ke hadapan.
"Abang cuma rasa lepas semua ni, sayang tak payah lah nak tolong dia lagi, hantar je balik kampung lagipun syarikat abang perlukan orang yang ada experience.... So, abang rasa mustahil....." Miyya angguk mengerti.
"Kalau boleh abang tak nak dia wujud di antara kita berdua sampai bila-bila....".
"Maaf, Deena akan suruh abah dia datang ambil dia balik..." Tarique angguk dan mengulum senyum seraya tangan naik membelai dagu runcing Miyya yang juga turut tersenyum malu.
Setelah itu mereka tenggelam dalam fikiran masing-masing, Miyya sibuk dengan smartphonenya dan Tarique masih fokus pada pemanduannya tetapi tautan tangan mereka tidak langsung terlerai.
Kring.....
Smartphone milik Tarique berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk, perlahan dia ukir senyuman bila nama itu naik di layar smartphonenya.
"Hello, bro...."
"Ya! Aku dengan isteri aku ni, kau ada mana?"
"Giant? tak biasa orang kaya macam kau belanja dekat sana...." perli Tarique sengaja ingin mengusik.
"Okey-okey aku pergi dekat kau kejap...." hujung-hujung dia ketawa geli hati bila gerangan di hujung sana tiba-tiba baran.
"Okey bye...."
Setelah panggilan tamat, dia alihkan pandangan pada Miyya Medeena yang juga melihat ke arahnya, seakan ingin memberitahu sesuatu.
"kenapa?"
"Mai, minta tolong ambil dia dekat Giant...."
Eh?. Tarique angkat kening seakan tidak percaya.
"Kebetulan....abang pun nak ke Giant kejap, jumpa kawan abang...".
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...