Bab 36

2.7K 112 14
                                    

Siti Fatimah perhatikan dari jauh sebuah keluarga yang sedang menikmati makan tengahari mereka, semua terlihat serius, tiada langsung suara orang bersembang, seakan masing-masing dalam dunia mereka.

Perlahan kaki dia bawa masuk ke dalam kafe syarikat mereka, sengaja dia berjalan dekat dengan meja yang di duduki oleh keluarga besar itu, mengharap mereka memanggil dia untuk sertai bersama.

Namun, semua sia-sia kerana kelibatnya langsung tidak dihiraukan, bahkan Tarique Razeen sendiri hanya buat-buat tidak kenal sedangkan mata mereka sempat bertembung tadi.

'kenapa dengan diorang semua?'.

Sejak kepergian Miyya Medeena, keluarga itu sudah semakin jauh darinya, langsung tiada khabar berita, tentang Puan Zahirah yang masuk hospital juga baru sahaja di ketahui semalam sewaktu dia ke pantri, kedengaran gosip mula menyebar ke mana-mana. Bila dia ingin melawat, wanita tua itu rupanya sudah pulang.

'kenapa semua buat tak tahu dekat aku? Aku tak boleh duduk diam ni! Aku kena bertindak juga, kalau tak sampai bila-bila pun aku tak akan dapat Tarique Razeen!'

Perlahan dia menapak mendekati meja yang ada berdekatan dengan keluarga itu, dia labuh kan punggung lantas dia berlagak tenang, dia ambil sudu lalu menyuap nasi ke dalam mulut, sambil mata mengerling ke arah meja itu.

"Mommy, Hani naik dulu! Ada meeting kejap lagi...." Tihani Roses terus bangun mengorak langkah meninggalkan Encik Talha, Puan Zahirah dan Tarique yang masih lagi menikmati makanan mereka.

Macam-macam cara dia cuba fikirkan namun, tiada satu pun yang mampu dia lakukan, sehingga akhirnya mata dia dan Puan Zahirah bertembung.

Terhenti seketika.

Lantas, wanita tua yang nampak elegan itu ukir senyuman manis lalu kembali fokus pada pinggan di hadapannya. Siti Fatimah kerut dahi pelik.

Tak tahan dia ingin bangun untuk ke sana, tetapi sekali lagi dia terhenti bila ada seseorang wanita yang agak menjolok mata walaupun bertudung menghampiri dengan gembira, Puan Zahirah sambut dengan ceria.

Dari jauh dia cuba mencuri dengar perbualan mereka.

" Mommy, nice to meet you" Wanita itu menyalami tangan tua itu lalu mencium pipi Puan Zahirah.

"Put, baru balik ke?"

"A'ah.....semalam mommy, itu pun mama yang minta Put balik katanya kita ada perjumpaan keluarga kan?"

"Bukan perjumpaan keluarga tapi birthday mama long kamu.... kita mungkin tak buat dekat rumah dia tapi dekat Villa Tariq dekat Sabah tu....." Puan Zahirah hulurkan air ada Puteri Salsabila.

"Wah, abang Tar dah ada villa lah....kaya lah abang Tar ni...." Bahu Tarique Razeen dia tepuk sedikit walaupun tiada reaksi dari lelaki itu.

Sedangkan Siti Fatimah melopong tidak percaya, tak sangka lelaki itu kaya sampai mampu miliki villa sendiri. Terangguk-angguk dia kerana kagum.

"Mestilah, Tar beli Villa tu untuk isteri dia, nama Villa tu pun JDT tau..."

"Owh, untuk Deena? Habis tu kenapa letak JDT? Johor darul takzim ke?" Puteri Salsabila kembali betulkan riaknya yang kurang suka.

"Hahahaha, bukanlah! JDT diorang ni lain...."

"Apa yang lain mommy?" Puteri Salsabila teguk air yang dihulurkan tadi, hampa pula terasa.

"Journey DeeTar...." Puan Zahirah senyum meleret setelah mengatakan nama villa itu.

Siti Fatimah mula tak keruan, tak tahu kenapa dia seakan tak boleh terima dengan semua yang dia dengar, selama ini elok je Puan Zahirah ajak dia sekali, seperti di Bali tempoh hari, walaupun pada hakikatnya dia yang seakan terhegeh-hegeh selalu mengekori keluarga besar itu kerana dia tahu Puan Zahirah jenis yang cepat luluh.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now