Bab 48

1.2K 67 19
                                    

Siti Fatimah termenung melihat sisa makanan yang terhidang di depan mata, hatinya terguris dengan layanan lelaki ini padanya, sedaya upaya dia tahan air matanya dari terus mengalir.

Tiga bulan telah berlalu sejak kejadian dia menolak Miyya Medeena sehingga menyebabkan wanita itu koma selama ini dan dia terpaksa menerima ugutan dari lelaki yang bergelar suami kawannya ini untuk menjadi pelayan tanpa bayaran dalam rumah dia sendiri.

"Ingat! Kalau aku nampak muka kau berkeliaran dalam rumah ni aku akan pastikan masa depan kau memang gelap terus dari muka bumi ni........" peringatan keras dari Tarique buatkan dia gerun.

"Deena, maafkan aku......" bisik nya bersama linangan air mata, sisa makanan bekas makan malam Tarique dan anak-anaknya dia telan dengan rasa mual yang tinggi, mahu tak mahu dia terpaksa juga telan kerana perut yang terasa perih kerana seharian kerja tanpa henti.

Baru dia tahu perasaan Miyya bila menahan lapar kerana kekurangan duit, selama ini dia hanya buat-buat tak tahu tentang masalah kawannya itu sehingga dia ambil kesempatan untuk menambahkan kebencian di hati wanita itu kepada suaminya.

"kau nak menangis sampai bila? sampai isteri aku mati ke? haa? aku suruh kau buat apa tadi? kemas rumah ni kan? kau pekak ke?" Sosok Tarique Razeen yang sedang berdiri sambil cekak pinggang di ambang pintu dapur buatkan dia terkejut.

"Tariq....saya kan tengah makan?" Tuturnya cuba mendapatkan simpati.

"ada aku kisah? aku dah suruh kau cepatkan tadi? Mak Aji mana?!" jeritannya sampai ke luar rumah dengarnya.

Tergopoh-gopoh orang tua itu mendapatkan Tarique yang sedang terbakar emosi, Puan Zahirah juga turut berlari mendekati dapur bila suara garau Tarique bergema.

"kenapa ni Tar?" Puan Zahirah pandang silih berganti dua orang yang sedang di landa emosi.

"Mommy, Tar rasa baik mommy suruh dia duduk dalam jail je, menyusahkan je idea mommy ni, Tar tak nak dia jaga Deena, kita tak tahu apa lagi muslihat dia, Tar minta sangat, baik serahkan dia pada polis je.....Tar tak nak dia duduk dalam rumah Tar....." Tarique raup rambutnya ke belakang sambil mengeluh kesal.

"Aunty tolonglah jangan, rosak masa depan Eyma, Eyma mohon sangat, kalau Tariq tak nak tengok muka Eyma, apa kata aunty hantar je Eyma balik ke kampung...." Fatimah hantar renungan mengharap pada wanita tua itu.

"Hantar kau balik kampung? Wah, senang hidup kau? lepas apa kau dah buat pada isteri aku kau nak balik macam tu je? haaa?" Tarique nampak selangkah menuju Fatimah yang ketakutan.

"Tar......" Nasib tangannya sempat diselar oleh Puan Zahirah, kalau tak tahulah apa lagi yang bakal dia lakukan pada wanita itu.

"Tar dah muak mommy, apa sebenarnya niat mommy ni? Tar rasa mommy macam nak tambahkan lagi beban Tar je, apa maksud mommy bawa masuk dia dalam rumah Tar? Rumah ni satu-satunya rumah Tar dengan  Deena..... perempuan macam dia tak layak masuk dalam rumah ni....." Tarique Razeen pandang wajah Puan Zahirah mencari jawapan. Percakapan mereka terdengar seperti bisikan.

"Tar, mommy tak ada niat apa-apapun, mommy cuma nak dia jaga anak-anak kamu untuk dia tebus kesalahan dia, Umi dia pun dah tak nak pedulikan dia, mommy rasa tak salah kalau kita biar dia tinggal dekat sini sementara, lepas Deena sedar......" Perlahan Puan Zahirah mendekati anak lelakinya itu.

"Lepas Deena sedar, baru kita campakkan dia....." Jawapan itu buatkan Tarique makin mencari jawapan dalam diri wanita tua itu.

"Daddy, tak nak dia dapat sijil dia dalam masa terdekat ni, dia akan convo hujung bulan ni, daddy dah tak boleh bertoleransi dengan dia jadi daddy nak kita kurung dia dalam rumah ni supaya lepas ni semua usaha dia sia-sia setimpal dengan kesakitan Deena selama ini....." Perlahan namun, cukup menusuk hati.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now