Bab 11

867 48 2
                                    

Miyya Medeena usap perutnya yang masih kempis, tak sangka ada malaikat kecil di dalam rahimnya, rasa bahagia mula bertandang walaupun ketika ini si ibu sedang berjuang seorang diri mencari nafkah.

Mulai sekarang dia perlu lebih cermat dalam perbelanjaan, duit bil Encik Muaz, duit belanja Maisara dan duit keperluan bakal anaknya nanti, begitu juga dengan bil hospital, nampaknya dia perlu ikat perut sedikit untuk beberapa bulan ini.

"Perlu ke mama bagi tahu papa? Agak-agak papa seronok tak?" Dia bermonolog sendiri, rasa sebak sangat ketika ini.

Apa-apapun yang berlaku antara mereka, si kecil ini tidak bersalah jadi, dia tetap perlu beritahu suaminya, ada sahaja penerimaan lelaki itu dia perlu bersedia.

"Aku tetap kena bagi tahu dia, dia berhak tahu...."

Hari ini, kak Kartini izinkan dia pulang awal kerana adanya time slip, dia berjalan menyelusuri jalan yang kian ramai dan padat, entah mengapa berita kehadiran si kecil membuatkan hatinya semakin tenang.

Sebelum pulang ke rumah dia singgah di rumah yang didiami oleh Encik Muaz, seronok orang tua itu bila tahu dia datang melawat pada waktu-waktu begini, sehingga akhirnya petang menjelma dia minta diri untuk pulang.

Sengaja dia tidak memberitahu Encik Muaz tentang kandungannya kerana ingin menjadikan suaminya orang pertama yang tahu, memang hari ini dia bersemangat lain macam. Dia harus sampaikan khabar baik ini dengan segera pada Tarique, kalau tidak gembira di hati ini akan semakin membuak-buak.

Semangat dia pulang untuk bertemu Tarique Razeen tetapi malah dia di sambut dengan kedatangan Puteri Salsabila yang sedang gelak ketawa bersama Tarique Razeen. Langsung tidak di sapa dia yang hanya tercegat di situ. Perlahan dia lepas nafas.

Mereka berdua bercerita suka ria sedangkan dia makan hati, tidak mahu bersedih kerana ada nyawa yang perlu sentiasa di jaga dia bangun dan berlalu tanpa sepatah kata.

Letak beg di atas meja solek, dia berlalu masuk ke dalam bilik air, kelelahan yang dia rasa membuatkan dia terlelap di atas mangkuk tandas yang sedang di duduki.

Tok!

Tok!

Sehinggalah suara ketukan pada pintu menyedarkan dia, cepat-cepat dia pakai baju setelah itu dia cuci muka dan segera menuju pintu, dibuka kekunci pintu, wajah Puteri Salsabila muncul, terkejut dia.

Berkerut dia pandang wanita itu, macam mana wanita ini boleh masuk ke bilik mereka, sungguh tidak sopan.

"Awak buat apa dekat sini?" Tanya Miyya Medeena perlahan, walaupun sebenarnya dia marah.

"I nak tumpang toilet!" Dia jawab bersama wajah bersahaja, ada riak jengkel di situ.

"Kan ada toilet dekat dapur? Kenapa sampai perlu masuk ke dalam bilik tidur orang? Tak elok lah! Ni bilik tidur saya dengan Tariq" Miyya masih berlembut.

"Ck, I pinjam toilet je! Bukan I tidur dalam bilik you! Lagipun Tariq tak cakap apa-apa pun, Tariq pun tak kisah I masuk bilik dia! You je yang lebih-lebih! Menyampah betul! Tepi lah! Ergh!" Tubuh Miyya dia tolak sedikit setelah itu dia terus meluru masuk, tak sempat Miyya tahan.

Pusing kepala pada Tarique Razeen yang hanya sibuk dengan smartphonenya, dia tahan sebak di dada, kalau begini sahaja dia sudah kalah apatah lagi jika dia mengamuk, makin menjadi-jadi marah lelaki itu nanti, akhirnya tidak mahu berfikir, dia bawa kaki keluar dari bilik itu, pintu bilik ditutup perlahan.

Kaki di bawa masuk ke bilik tetamu, di situ juga ada tandas kenapa perlu bilik dia?, makin hari makin tercabar sabarnya, berapa lama lagi dia akan hadapi semua ini?. Akhirnya, dia bentang sejadah lalu mengadu pada maha esa bahawa hatinya sudah lelah.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now