"cukup tak duit tu? Kalau tak cukup I boleh tambah!" Sindiran yang cukup pedas namun, Miyya hanya tayang wajah kosong.
"Cukup! Nanti kalau nak pakai tubuh saya, sila bayar! Terima kasih!" Selepas itu, wanita itu terus berlalu pergi begitu sahaja ditelan gelap malam.
Tarique Razeen kacip gigi sekuat hati melihat wanita itu pergi begitu sahaja, jam di tangannya di lihat, 9.30 malam. Masih awal untuk ke rumah ayah mentuanya, jadi dia pilih biarkan dahulu isterinya berbagi duit itu dengan abah dan adiknya sepuas hati.
Dalam perjalanan ke rumah Encik Muaz, tidak puas air matanya mengalir, rasa sangat terhina dia ketika ini, tak tahu lagi apa yang perlu dia lakukan, hanya pasrah yang dia lakukan sekarang.
"Cik, cik Okey tak?" Pemandu grab yang berbangsa Cina itu bertanya apabila sedar tangisan tanpa suara penumpangnya.
"Sa....saya okey....." Dia lap air mata tadi dengan laju, tak mahu terlihat oleh orang, bahkan keluarganya sendiri, dia harus terlihat bahagia sentiasa.
"Cik dah sampai...."
"Terima kasih....." Setelah lakukan pembayaran dia bergerak masuk ke dalam rumah yang terlihat sunyi sahaja dari luar.
"Assalamualaikum......"
Tarique Razeen duduk di balkoni banglo dua tingkat yang akhir-akhir ini rajin dia kunjungi, rumah itu adalah hadiah yang dia sediakan untuk isterinya, Miyya Medeena sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama nanti tetapi semua angan-angan itu nampaknya gagal semua bila rumah tangga mereka seakan sedang di bawa ombak besar.
Tak tahu mana silapnya sehingga sekarang dia masih pendam rasa rindu pada isterinya yang ceria dan bersemangat, senyuman dan gelak ketawa Miyya seakan hilang setelah dia pilih dingin pada sosok lembut itu.
Dulu, Miyya Medeena seorang yang lembut dan baik, pesonanya yang biasa-biasa sahaja berjaya mencuri perhatiannya pada malam itu.
Flash back.
Mata dia tidak lepas memandang seorang gadis yang sedang ketawa bersama beberapa gadis yang lain. Dalam banyak-banyak gadis matanya tertarik pada sosok itu sahaja. Dia yang sedang bersembang dengan rakan-rakan bisnesnya ketika itu tidak dapat menumpukan perhatian pada mereka.
"Ehemmm....bro! Aku nak tanya sikit boleh?" Tarique bertanya sambil mata masih tidak lepas pada sosok itu.
"Apa tu! Penting ke? Pasal kerja? Alah, kau ni nanti-nanti lah, malam ni dekat sini kita enjoy luu...." Raden Raes angkat gelas yang berisi jus oren itu sambil menari mengikuti rentak lagu yang di pasang.
"Penting! Tapi bukan pasal kerja!" Dia berganjak melepasi kedua kawannya yang asyik berjadig dug.
Tarique Razeen meletakkan lengannya ke atas penghadang besi yang bercantum dengan kapal persiaran miliknya, sambil pusingkan gelas yang ada airnya itu seraya sesekali meneguknya, mata masih pada sekumpulan gadis yang asyik ketawa.
"Apa tu?" Raden Raes hampiri sambil meneguk air di tangannya.
Raden Raes kenyit dahi pelik dengan sikap kawan rapatnya ini, tadi kemain bertanya, bila dia bersuara eh, dia malah termenung sendiri.
"Bro! Kau kenapa?" Raden rangkul bahu Tarique.
"Tak ada apa-apa cuma aku nak kau tengok sana!" Dia tunjuk menggunakan isyarat mata, Raden seakan faham terus dia kalih pada sekumpulan gadis yang asyik bergelak ketawa. Dia kecilkan mata mengamati.
"Yang mana kau usya ni?"
"Tu, yang baju kuning cair tu...." Raden tangkap seorang gadis yang mengenakan t-shirt besar berwarna kuning cair bersama seluar baggy berwarna putih, penampilannya menarik ditambah wajah yang nampak neutral serta senyuman gummy membuatkan sesiapa sahaja akan tertawan.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...