Bab 19

1.7K 87 17
                                    

Tarique Razeen mundar-mandir seorang diri di ruang tamu yang terlihat kelam dan suram, telefon di tangan di ketuk-ketuk pada telapak tangan, nafas menderu-deru tidak terkata, sesekali mata mengerling jam yang terletak elok di sebelah tangan kirinya.

11 malam.

"Mana kau pergi Deena? Dah pukul berapa dah ni! Kenapa lewat sangat kau balik? Kerja apa sampai tengah malam ni?" Gusar tak terkata dia ketika ini, tak tahu pula dia wanita itu pulang selewat ini, semalam elok sahaja dia pulang awal.

Kerana takut baran makin naik, dia berlalu masuk ke bilik lalu masuk ke dalam bilik air, dia perlu merendam amarah tadi supaya nanti bila wanita itu pulang, dia tidak lagi menyakitinya.

Seketika dia terlena kerana kehangatan air suam yang memberikan ketenangan pada hatinya, tidak sedar akhirnya dia terlelap di situ hampir sejam lamanya, bila dia tersedar terus dia bangun dan bersihkan dirinya takut Miyya sudah menunggu untuk mandi.

Klik.

Bilik kelihatan masih kosong dan sunyi, makin berkerut dahinya, tak menyempat dia pakai baju, dia kuak sedikit pintu bilik untuk melihat ke ruang tamu, masih sama kosong dan sendu. Terus dia bawa langkah ke almari baju, cari baju yang sesuai dia sarungkan pada tubuhnya.

Tergesa-gesa dia keluar, mata tertumpu pada jam dinding yang besar.

12.10 pagi.

Tiba-tiba amarahnya mencanak naik, kaki dia bawakan ke balkoni apartment, keluar sahaja dia terus jenguk ke bawah, kebetulan kelibat Miyya Medeena yang sedang berjalan perlahan mendaki jalan tar yang membukit tertangkap oleh matanya.

"Kau memang dah melampau Deena!" Dia pusing tubuh ke dalam lantas kaki menapak laju ke arah pintu utama, kata kunci pada pintu automatik itu diubah serta-merta.

Setelah itu, dia kembali menapak ke dalam, tubuhnya dihempas kasar ke sofa, berderu-deru nafasnya cuba di atur sebaik mungkin menanti kedatangan isterinya.

Dalam sepuluh minit kedengaran bunyi seseorang memasukkan kata laluan lantas berkali-kali dia dengar butang kekunci itu ditekan untuk membuka pintu. Hatinya tersenyum sinis.

Beberapa saat kemudian, smartphonenya berbunyi, nama Miyya Medeena naik sebagai pemanggil, sekali lagi dia tersenyum sinis memikirkan wajah kelam-kabut wanita itu. Dia biarkan sahaja panggilan itu berlalu, tak sampai sesaat panggilan kembali masuk.

"Aku nak rasa macam mana sakit hati aku, Deena! Kau buat macam kau ketua keluarga! Ikut suka kau sahaja nak keluar bila, nak balik bila kan? Okey, kau menangislah dekat luar tu sendiri".

Entah berapa belas kali Miyya Medeena hubungi dia, semua dia abaikan malah ada yang dia tolak dengan sengaja. Suka hati dia ketika ini. Seketika tiada lagi panggilan yang masuk, mungkin wanita itu penat menghubungi dia.

Remote televisyen dia capai dan terus dia buka, volume suara dia sengaja naikkan tanda ada orang di dalam rumah. Sesaat kemudian, telefonnya kembali berdering, mengekek dia gembira kerana berjaya buatkan orang di luar sana gelabah.

Tamat panggilan, sesaat ada mesej masuk.

'Tariq, awak ada dalam rumah ke?'.

Tarique Razeen angkat sebelah bibirnya, tak tahu kenapa saat ini hatinya terusik bila menerima mesej dari isterinya, sejak akhir-akhir ini sudah tidak ada mesej dari wanita itu.

Tidak mahu rasa bersalah dengan tindakannya, dia biarkan televisyen terbuka lantas kaki dia bawa masuk ke dalam bilik, tubuh yang pegal dia baring kan.

"Bukan niat aku nak buat kau macam tu, Deena! Tapi kau tahu aku ni suami kau, aku syurga kau! Abah kau bukan siapa-siapa!, walaupun aku tak rasa keluarga kau akan kuras semua harta aku sekaligus, tapi aku pun tak nak keluarga kau gelap mata dengan kemewahan yang akan kau limpahkan pada diorang."

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now