Miyya Medeena mengeluh kesal melihat Tarique Razeen yang sibuk ke sana ke mari menyusun beberapa ekor patung beruang yang dia beli di dalam bilik yang akan dihuni oleh kedua-dua anaknya nanti.
"Sayang, kalau abang letak katil diorang macam ni Okey tak? Nanti kita boleh bagi dia main kat sini, nanti kalau kita tengok tv diorang boleh datang dekat kita....." Pertanyaan itu di balas dengan tatapan yang sukar ditafsirkan.
'apa semua ni? Kenapa tiba-tiba aku kena ikut dia ke sini pula?'.
Miyya Medeena tayang wajah pelik, perangai Tarique Razeen yang berubah seratus peratus membuatkan dia bergidik ngeri.
"Tariq....." Miyya akhirnya menghampiri suaminya yang ralit menyusun dan membetulkan beberapa perabot lain.
"Awak kata nak selesaikan masalah kita, why awak bawa saya ke sini?" Miyya silang kan tangan ke dada bersama tatapan risih.
Pergerakan Tarique Razeen nampak semakin perlahan kemudian, dia terus bawa langkah melepasi Miyya dan berlalu keluar dari bilik, membulat mata Miyya Medeena, segera dia ikuti langkah lelaki itu.
"Tariq!" Panggil Miyya lagi tak mahu putus asa.
Sampai sahaja kaki ke dalam bilik utama, Miyya tarik tangan Tarique sebelum lelaki itu mendekati katil besar yang adanya Maura dan Malique beradu.
Namun, tak tahu mana silapnya sehingga akhirnya mereka jatuh ke atas sebuah sofa petak yang ada di sisi pintu, terasa tubuhnya dipeluk erat oleh Tarique seolah-olah menahan tubuhnya agar tidak berlaga dengan lantai.
Mendadak hatinya diserbu kegugupan bila mata mereka berdua bertembung menghentikan waktu.
Cup.
Sebuah ciuman mendarat di bibirnya menyedarkan dia dari lamunan tadi, terus dia kalih pandangan ke arah lain, wajah merah cuba di normalkan kembali, lantas dada bidang itu ditolak kuat namun, kudratnya tidak mampu menolak tubuh besar itu membuatkan Tarique mula bertindak liar.
Leher Miyya Medeena yang terdedah dikucup sayang, semua itu buatkan Miyya makin terseksa.
"Tariq! Stop it!" Miyya kuatkan tenaga menolak tubuh itu seraya membangunkan tubuhnya.
Cepat-cepat Miyya lari ke ruang tamu meninggalkan Tarique Razeen yang menyapu bibirnya bersama senyuman nakal, perlahan dia bangun dan mengikuti langkah isterinya.
"We need to talk about our divorced!" Miyya hempas punggungnya dengan kasar di sofa ruang tamu, seluruh ruangan itu dia tilik sehingga akhirnya anak matanya jatuh pada bingkai gambar perkahwinan mereka terbentang luas di dinding utama.
Perlahan dia beralih mencari wajah Tarique, lelaki itu pun sama, merenung gambar itu dengan tatapan penuh sayang.
"Kita tak akan berpisah!".
"We need! Kita dah sepakat dengan janji ni, cukup awak kotakan janji itu dan jalani hidup kita dengan haluan masing-masing.....kalau awak ada rasa hormat pada wanita tolong hormati keputusan saya...." Datar.
Perlahan Tarique Razeen menunduk seakan menghilangkan embun yang ingin menakung. Rambut yang tersusun elok diramas perlahan, kedengaran nafas yang menderu-deru namun, ditahan.
"Maliq menangis...." Sejurus itu dia bangun, perlahan kaki dibawa ke bilik.
Miyya Medeena buang nafas, bukan dia tuli dan bukan juga dia pekak, mana ada tangisan yang bergema, dia sudah hidup 8 bulan dengan anak-anaknya, bunyi suara bayi menangis sangat akrab di telinganya, dia yakin itu semua hanyalah alasan untuk mengelak.
"Ya Allah.....apa lagi yang perlu aku lakukan? Redha? Tak mungkin....." Tak disangka-sangka air matanya akhirnya mengalir, dia tepis air mata yang turun, dia geleng kan kepala untuk menghilangkan sakit yang pernah dia lalui sebelum ini.
YOU ARE READING
[C] | PENAT |
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang...