Bab 25

2K 89 7
                                    

Hari ini, Miyya Medeena dan Maisara Maleena pulang ke rumah sewa milik Tarique Razeen untuk mengambil barangan mereka, sampai sahaja dari jauh dia lihat ada lori yang sedang memunggah barang-barang dalam rumah itu.

"Miyya! Kau kena kuat!" Ezylin sentuh tangan wanita yang hanya angguk kecil lalu hadiahkan senyuman kecut.

"Aku tahu....." Miyya bawa kaki masuk ke dalam rumah, bila masuk sahaja, pembantu peribadi Tarique Razeen iaitu Syakirah sedang mengarahkan pekerja pengangkut itu untuk keluarkan semua barang.

"Kira....." Terus wanita itu pusing lalu berjalan rapat ke arahnya.

"Puan...." Sayu suaranya, dia tahu wanita ini sedang rapuh.

"Maaf...." Hanya itu yang mampu pekerja suaminya ucapkan.

"Tak apa, Kira.....awak just jalankan kerja awak, saya okey! Cuma saya nak tanya Encik Tariq memang pergi Indonesia ke?" Syakirah angguk perlahan.

"Dah berapa hari?" Dia cuba telan pahitnya kenyataan yang bakal dia terima nanti.

"Rasanya dah tiga hari termasuk hari ni, rasanya esok balik lah tu....".

"Dia pergi dengan siapa?" Sengaja nak sakitkan hati sendiri gamaknya.

"Encik Tariq pergi dengan Dato' rasanya, Datin pun ada...." Syakirah seakan tahu apa makna dari pertanyaan itu setelah lihat apa yang berlaku baru-baru ini.

Miyya Medeena angguk bersama senyuman hambar. Syakirah tepuk perlahan bahu isteri atasannya.

"Jangan risau, perempuan tu memang pergi bali tapi bukan dengan mereka, cuma kebetulan flight yang sama je...." Sekali lagi Miyya angguk faham. Hati sedikit tenang.

"Kira, saya datang ni nak ambil barang saya..... tapi saya minta tolong awak jangan beritahu Encik Tariq ya? Saya tak nak jumpa dengan dia, dan boleh tak awak bagi nombor akaun Encik Tariq? Saya nak transfer duit dia balik....tapi janji jangan bagi tahu dia ya?" Syakirah angguk sebelum menghantar mesej pada Miyya Medeena.

"Mai, pergi ambil dulu baju kita...." Maisara Maleena angguk sebelum berlalu meninggal kan dua wanita itu berurusan sebentar. Selesai semua urusan, Miyya Medeena meminta diri.

Sewaktu Miyya Medeena menapak keluar sempat dia pandang sekitar rumah yang banyaknya kenangan Encik Muaz di sini, dia tahan air mata dari luruh, rasa rindu mula terkuak keluar. Cepat-cepat dia melangkah untuk masuk ke dalam kereta Ezylin yang menunggu.

"Miyya, kau okey?" Miyya Medeena yang berada di belakang di pandang menggunakan cermin di atas kepala, gelisah dia melihat riak Miyya yang menahan tangisan.

"Kenapa diorang buat aku macam ni, Ezel? Apa salah aku?" Akhirnya dia lepaskan jua tangisannya, penat dia tahan seorang diri. Walaupun dia sudah menceritakan semuanya pada mereka berdua semalam setelah diasak bertubi-tubi.

"Sabar, Miyya, mungkin ni pengajaran untuk hang supaya jangan baik sangat dengan orang lain, simpan sedikit curiga untuk orang terdekat hang.....bila dah jadi macam ni kita nak salahkan siapa pula?" Ezylin pun sama, dia tahan sebak atas nasib sepupunya ini.

"Aku....aku betul-betul tak sangka....aku kongsi semua cerita dekat dia masalah aku, padahal dia bersorak suka dengan kehancuran aku....." Miyya tersedu-sedan seorang diri di belakang, perlahan dia labuh kan kepala di atas tempat duduk kosong di sebelahnya, menangisi dirinya di situ.

"Dah, Miyya! Kau kena bangun! Lawan! Jangan tunjuk yang kau lemah! Kau kuat! Buatkan orang yang buat kau macam ni menyesal dengan kebodohan dia sendiri...." Maisara Maleena seka air mata yang mula menitis. Mereka bertiga serentak diselubungi suasana sedih.

"Aku tak pernah fikir nak kikis duit suami aku, aku cakap waktu tu sekadar melawak, tak sangka dia ambil serius.... Aku tak ada niat pun, aku cuma fikir kalau Tariq mampu tak salahkan dia tolong aku yang serba kekurangan ni? Aku pun sedar diri, Ezel...." Teresak-esak dia yang terbaring lemah, penat sangat sejak kebelakangan ini.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now