Bab 24

1K 59 2
                                    

"salam takziah ya adik....pak cik doakan korang berdua sabar dan tabah menghadapi ujian kehilangan ayah korang, pak cik balik dulu ya?".

Maisara Maleena angguk sambil tunduk hormat sedikit pada lelaki yang sudah membantu mereka mencari kelengkapan kafan, mandi dan penggali kubur, walaupun cukup payah untuk terima tetapi mereka tetap kuat menguruskan segalanya dari mula hingga akhir.

"Mai....." Maisara Maleena cari gerangan yang memanggilnya.

"Ezel...." Ezylin mendekat sambil bawakan jug kaca yang sudah habis airnya.

"Mana kakak aku?"

"Tu, aku dah suruh dia masuk kereta, aku nampak dia penat sangat, sebab tu aku suruh dia pergi dulu.... semalam pun aku tengok dia tak tidur...." Ezylin tatap kereta Myvi miliknya.

"Ye ke? Ezel aku ada benda nak tanya hang, hang datang sini sebab member hang bertunang kan?" Maisara nampak seperti ingin bertanya sesuatu.

"A'ah tapi tak juga sebab aku datang sini sebab bos aku, member aku tu bos aku, tempat kerja aku, kilang yang aku kerja sekarang ni kilang family dia, dia ajak aku sebab kami rapat, kenapa tu?"

"Aku sebenarnya ada benda nak cerita dekat hang" Ezylin tatap penuh tanda tanya pada adik sepupunya ini.

"Okey, kita bincang ni lepas hantar kakak hang balik, aku pun nak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Miyya, sebab aku rasa yang ada depan aku sekarang ni bukan Miyya Medeena yang dulu.....ada sesuatu yang dia sorokkan pada aku." Maisara Maleena angguk setelah itu mereka masing-masing pulang ke hotel tempat Ezylin menetap sementara.

"Miyya, hang rehat dulu! Aku dengan Mai pergi beli makan kejap, nanti apa-apa hang call aku tau, ni telefon aku satu lagi, hang guna dulu untuk call aku...."

"Terima kasih....." Miyya Medeena sambut huluran itu seraya membaringkan tubuh yang terasa penat.

Ezylin dan Maisara atur langkah keluar dari bilik itu, bila dengar pintu tertutup rapat Miyya hemburkan tangisan yang dia tahan sepanjang perkebumian Encik Muaz tadi. Hati yang sudah remuk semakin remuk melihat status milik Siti Fatimah dengan kapsyen 'Love Bali' semalam.

Dia tahu kawannya itu mesti pergi bersama dengan Tarique Razeen, walaupun hatinya sakit tetapi dia pilih pendam, biar air mata yang berbicara.

'Akhirnya aku temukan titik di mata aku tidak lagi tertarik padamu.....'

Status milik Tarique Razeen semalam juga menguatkan hatinya bahawa pilihan yang dia pilih adalah tepat, capai telefonnya yang dari semalam selepas membaca status kedua orang itu dia putuskan untuk mematikan telefonnya, dia buka kembali dengan tiada apa-apa harapan.

Seperti dugaannya, langsung tiada apa-apa khabar dari suaminya, tidak tahukah bahawa dia baru sahaja kehilangan abahnya. Kerana malas memikirkan dia beralih pada status. Nampak Siti Fatimah membuat deretan status. Hati meronta ingin tahu sebelum membuka status itu dia matikan dahulu tanda biru agar kawannya itu tidak tahu akan kewujudan dia di situ.

Semua status kawannya hanya tentang percutiannya, tiada langsung gambar Tarique Razeen di situ, mungkin wanita itu takut terkantoi dengan dia.

Beralih pada Tarique Razeen, status semalam masih utuh di situ dan tiada status lain lagi, Miyya Medeena pilih padam gambar DP nya membiarkan diisi oleh gambar kelabu sahaja, semua yang mampu dilihat oleh orang dia matikan supaya semua orang tidak tahu keadaan dia sekarang. GPS juga sama.

Setelah selesai dia simpan kembali telefon itu, semestinya dia matikan kerana tidak mahu ada gangguan dari sesiapa pun. Seusai semuanya dia lelapkan matanya yang letih, dia perlukan ketenangan seketika.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now